Rokok Murah Bawah Padah Ini boleh menyebabkan perokok mengalami kadar ketagihan lebih tinggi dan menyukarkan mereka menghentikan tabiat merokok. Bagi menangani masalah ini, penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui Ops Outlet yang dilancarkan Mac lalu kini giat menjalankan serbuan di semua premis yang disyaki menjual rokok tidak sah di seluruh negara. Malah, penguat kuasa turut menjalankan serbuan sama di premis yang sebelum ini pernah diserbu kerana menjual rokok tidak sah. Dalam serbuan terbaru di Butterworth, Pulau Pinang; Masjid Tanah, Melaka dan Kuantan, Pahang semalam, dua peniaga ditahan kerana didapati menjual rokok tidak sah di premis mereka iaitu masing-masing di Bukit Mertajam dan Masjid Tanah. Namun, tiada tangkapan dibuat dalam serbuan di Kuantan. Di sebuah pasar mini di Taman Bandar Baru Masjid Tanah Utama, Masjid Tanah, penguat kuasa JKDM menemui 10 karton rokok tidak sah jenama John yang di sembunyikan dalam premis berkenaan.
Dalam serbuan sama di sebuah kedai buku di Jalan Besar Bagan Ajam, Butterworth, JKDM menahan pemilik premis berkenaan berusia 40-an selepas pemeriksaan menemui puluhan karton rokok tidak sah membabitkan pelbagai jenama disembunyikan di sebalik surat khabar dan di bawah rak pameran jualan barangan di premisnya. PENGUAT kuasa Kastam membuat pemeriksaan rokok tidak sah ketika Ops Outlet di Jalan Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang. Peniaga terbabit didakwa mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang dan tidak lebih daripada 20 kali barang atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. mengikut Akta Kastam 1967. Sejak Ops Outlet dilancarkan, JKDM melakukan pemeriksaan terhadap 4,317 premis dan daripada jumlah itu 1,444 didapati menjual rokok tidak sah. |
ADVERTISEMENT