CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jajan Berbentuk Rokok Cetus Kontroversi

25-6-2014 03:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10199| Komen: 41

Description: Kisah Bermula Apabila Pengawas Sekolah Merampas Jajan Gula-Gula Getah Bentuk Rokok Itu Dalam Kawasan Sekolah Dipercayai Dibeli Murid-Murid Dari Seorang Penjaja Yang Berniaga Di Luar.



RAWANG - Minggu lalu laman Facebook kecoh dengan aduan mengenai makanan ringan berbentuk rokok yang dijual di luar sekolah di sekitar Rawang.


Kisah bermula apabila pengawas sekolah merampas jajan gula-gula getah bentuk rokok itu dalam kawasan sekolah dipercayai dibeli murid-murid dari seorang penjaja yang berniaga di luar.

Tinjauan Sinar Harian selama dua hari bermula kelmarin, mendapati aktiviti menjaja rancak berlaku di luar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri (BTP) 2.

Semalam, seorang penjaja makanan ringan di luar kawasan sekolah itu cabut lari sebaik terlihat kehadiran van penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Sementara mereka berniaga dari dalam kereta segera menutup bonet masing-masing sebelum berlalu meninggalkan kawasan sekolah.

Difahamkan aktiviti menjaja dilakukan bermula jam 12 hingga 1 petang dan kembali semula sekitar jam 6 petang sewaktu murid sesi petang pulang.

Mereka (penjaja) hanya mengosongkan kawasan jika melihat MPS datang, dan kembali berniaga selepas van penguatkuasa meninggalkan kawasan.

Sumber penguatkuasa berkata, satu sitaan telah dibuat kelmarin dan pihaknya sentiasa akan meneruskan pemantauan selepas menerima aduan orang awam mengenai aktiviti menjaja di luar kawasan sekolah.

“Kita bagi nasihat dulu kepada penjaja dan jika degil tindakan sita akan diambil kerana tidak mempunyai permit dan jarak niaga kurang 100 meter dari kawasan sekolah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK BTP 2, Azman Sapian berkata, aktiviti menjaja di luar pagar sekolah dekat kawasan menunggu memang mengganggu laluan yang digunakan murid dan penjaga.

“Kita tak halang mereka meniaga dan tiada hak menutup pintu rezeki mereka tapi cara mereka letak jualan di tempat menunggu mengganggu keselesaan murid yang tunggu penjaga dan van sekolah tiba.

“Soalnya siapa yang akan dipersalahkan jika murid alami keracunan makanan. Kami juga ada nasihat penjaja supaya jual makanan yang berkhasiat bukannya makanan ringan apa lagi barang mainan yang mahal,” katanya.

Mengulas mengenai penemuan gula-gula getah berbentuk rokok, isu itu katanya tentu sekali menimbulkan keadaan kurang senang dalam kalangan ibu bapa kerana dibimbangi membawa pengaruh negatif dalam pembesaran anak-anak.

“Kita terpaksa mendapatkan kerjasama daripada MPS selepas nasihat secara baik yang diberikan kepada penjaja tidak diendahkan malahan menjual makanan makanan ringan berbentuk rokok dekat dengan kawasan sekolah.

“Penjaja jangan salahkan sekolah atau PIBG jika dikenakan tindakan oleh MPS kerana nasihat yang diberikan tidak diendahkan hingga menyebabkan penjaja lain berdekatan turut terkena tempiasnya,” katanya.

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih
16

Lawak

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 25-6-2014 10:27 AM
gambar mana gambar?
Quote rospinki 25-6-2014 10:28 AM
dari zaman dulu2 dh ada apa..cinggam mcm okok...aku salu beli
Quote kembangkembung 25-6-2014 10:40 AM
rospinki posted on 25-6-2014 10:28 AM
dari zaman dulu2 dh ada apa..cinggam mcm okok...aku salu beli

same la hahaha..memula stail dlu konon cam isap rokok..siap fuhh fuhh konon kuar asap hahaha

Quote shamsadis 25-6-2014 10:48 AM
gambar2
Quote callance 25-6-2014 11:00 AM
gambar?????
Quote Omong 25-6-2014 11:05 AM
gua mana ko lepak? aku nak tumpang sekali . .
Quote zafira 25-6-2014 11:06 AM
rospinki posted on 25-6-2014 10:28 AM
dari zaman dulu2 dh ada apa..cinggam mcm okok...aku salu beli

ah'ah... aku pun selalu beli.....

Quote idadzira 25-6-2014 11:06 AM
dah lama dah benda ni....baru skrg nak kecoh
Quote highcastle 25-6-2014 11:07 AM
Tak silap aku ni bubble gum cigarette.

Quote rospinki 25-6-2014 11:08 AM
kembangkembung posted on 25-6-2014 10:40 AM
same la hahaha..memula stail dlu konon cam isap rokok..siap fuhh fuhh konon kuar asap hahaha

kan...eksen ngan kengkawan ..
Quote rospinki 25-6-2014 11:11 AM
zafira posted on 25-6-2014 11:06 AM
ah'ah... aku pun selalu beli.....

cinggam tu je mcm okok..tk silap dlm kotak adela dlm 5 btg je..zaman aku umo brpa tah.
Quote MissNigga 25-6-2014 11:49 AM
chewing gum berbentuk rokok ni dah lama exist kat malaysia ar..sejak jaman iols kecik lagi

biler dah besau... iols chewing rokok versi layen pulokkk
Quote letter2 25-6-2014 01:16 PM
mana bideo cinggam?
Quote rospinki 25-6-2014 03:19 PM
STONER posted on 25-6-2014 03:10 PM
ni kan.haha

ya la tu..lejen

yg tampal2 tu ko igt ada gula2 yg kulit dia mcm keemasan pastu kita sapu kt muka jadi bling2
Quote iza_yuss 25-6-2014 03:24 PM
rospinki posted on 25-6-2014 10:28 AM
dari zaman dulu2 dh ada apa..cinggam mcm okok...aku salu beli

hehe.... kan?

same lah... aku pun slalu beli mase kecik

sedap rase dia...
Quote TuntungReturn 25-6-2014 03:28 PM
STONER posted on 25-6-2014 03:10 PM
ni kan.haha



yg ni la anak menakan aku dok tmpal kt bahu.cam tatu
Quote TuntungReturn 25-6-2014 03:29 PM
gula2 legend gula2 udang yg leh mkn skali plastic sama gula2 bulat cam panadol..ade koko, strawberi, kopi..la ade jual lik.tpi kecik skit
Quote clarizsa 25-6-2014 03:39 PM
rasa cm lama dh ujud.....
Quote clarizsa 25-6-2014 03:43 PM
STONER posted on 25-6-2014 03:36 PM
ada jual lg ke? aku nk gi beli la lama tk makan

kt tesco ada je... tp dia jual sekotak byk2 la.. best main tatu air tu dulu...

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064039 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top