CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

MIG Minta Aeril Zafrel, Wawa Zainal Tarik Laporan Polis

3-9-2014 03:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33893| Komen: 162

Isu Kereta Hilang: MIG Minta Aeril Zafrel, Wawa Zainal Tarik Laporan Polis




Sekitar Julai 2014 lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan satu status tulisan Wawa Zainal melalui akaun Twitter mengatakan kereta Suzuki Swift milik beliau telah dicuri dan dilarikan oleh pihak yang didakwa rapat dengan dirinya sebelum ini.


Ramai yang mula berspekulasi ketika itu yang kereta tersebut disembunyikan oleh pengurusan lama Wawa Zainal & Aeril Zafrel iaitu MIG namun David Teo sendiri tampil menafikan yang mereka ada kena mengena dengan isu kehilangan kereta tersebut.


Hari ini kami menerima satu rakaman audio perbualan telefon yang dipercayai antara wakil syarikat MIG dan pengurus Aeril Zafril, Shahriman Wahab yang antara lain meminta supaya pihak Wawa Zainal menarik balik laporan kehilangan kereta tersebut.

Wakil MIG membuat permintaan tersebut selepas pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membekukan permohonan untuk memperbaharui cukai jalan ekoran ada laporan polis tentang kehilangan kenderaan tersebut dan mengakui ianya ada dalam jagaan pihak MIG.

Apa yang kami faham dari rakaman perbualan tersebut, kereta Suzuki Swift itu dibeli atas nama MIG atas sebab umur juga kelayakan namun pengurus Aeril Zafrel dedahkan wang pendahuluan kereta itu dibayar oleh Wawa Zainal selain duit pelakon itu terus dipotong sehingga kini.

UPDATE-1: Aeril Zafrel menerusi akaun Instagram beliau turut memuat naik satu status meminta jasa baik David Teo dan pihak MIG untuk memulangkan semua dokumen dan pakaian dalam kenderaan tersebut.



Pihak MIG mahu pun Aeril Zafrel, Wawa Zainal sendiri mesti muncul untuk memberikan kenyataan tentang isu ini yang nampaknya belum reda sejak berbulan lama. Dengarkan rakaman perbualan yang kami terima dan nilaikan sendiri.



Lagu Tema
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PongKang 2-9-2014 07:35 PM
xde rezeki mereka... bertabahlah
Quote edoraixora 2-9-2014 07:44 PM
Memasing nk tunjuk keras kpale
Smpai bile pun tak setel
Quote famri7 2-9-2014 07:46 PM
Bukan ke psngn nih dimaafin ummah marhaen lepas spam gamba anak mureka yang precious..pasni nk spam apa plak?
Quote kakasotong 2-9-2014 07:53 PM
Meluat pulak iols dgn pasangan ni *tetiba*

Quote kakikuDibibirmu 2-9-2014 07:53 PM
tertinggal seluar dalam kereta ka?
Quote munchkin 2-9-2014 08:03 PM
Moga diselesaikan secara baik. Kenapa duit wawa masih dipotong utk kereta tu. Hentikanlah standing instruction kalau ye tu standing instruction.
Quote malaywood.NET 2-9-2014 08:06 PM
yummy..           
Quote sixret 2-9-2014 08:11 PM
Sebab tu, kena cepat2 tukar nama. Wawa bayar deposit dan bayaran bulan2. MIG x ada kuasa buat macam tu walaupun dibeli atas nama MIG. Bawa ke mahkamah, mmg kalah. Tunjukkan bukti resit.
Quote milot 2-9-2014 08:20 PM
xsangka ankel david buat cmni. bukn ankel baik kah? tgu penjelasan MIG ..
Quote drlinda08 2-9-2014 08:22 PM
AZ nak tunjuk keras kepala sgt..
David Teo pun layan kan je la..
dedua xnak kalah.
Quote nadieya 2-9-2014 08:24 PM
lepas 1 kes 1 kes...
harap yg ambil pulangkan...
jgn seksa org dgn hukuman sendiri
Quote tepisket.. 2-9-2014 08:31 PM
Pergh, makan duit org gak derg ni. No wonder byk retis blah
Quote fezy 2-9-2014 08:49 PM
yg aku paham, MIG beli. bukan wawa yg masih bayar tiap2 bulan melalui standing instruction ke hapa, yg aku paham, mig tolak duit deposit & bayar bulan2 dr duit due ke wawa ni.

masalahnya, wawa ni masih bawah naungan mig ke yg income si wawa berlakon di bayar ke management? kok tak, mmg le keta tu hak mig.
dan lagi, kok ya pun sawa masih membayar sampai skrg, ape ke sengal nk bayar sampai skrg kok ket dah xde ngn dia. katanya keta tu ditarik tahun lepas lagi. bila masa sepanjang dia "menghilang" tu diaada job yg mig leh tolak duit dia berlakon?
Quote soraya 2-9-2014 08:54 PM
kesian la....kete swift pun jadi hal...kehkehkehkeh
Quote mitnick 3-9-2014 06:25 AM
david teo pon silap laa, dlu cakap xde kaitan rupa-rupanya kereta tue mmg ade kat MIG.... kat sini pon da nmpk ala2 bermuka2....



Quote CrowneGlory 3-9-2014 06:31 AM
Amboi sengkek benor ke David... Cina kalau x menipu mmg x sah... Aritu deny sekrg terbukti..puas la dorg ni dikutuk habis2an...rupanya mig penipu.. Last edited by CrowneGlory on 3-9-2014 06:32 AM

Quote maxim 3-9-2014 06:34 AM
kakikuDibibirmu posted on 2-9-2014 07:53 PM
tertinggal seluar dalam kereta ka?

seluar dalam wawa tertinggal dalam kete
Quote chaintea 3-9-2014 06:47 AM
Yawnnn....
Next!
Quote deanswify 3-9-2014 07:48 AM
entah-lah kalau tengok jalan cerita patut kereta itu memang milik wawa. david come on man takkan you nak revenge sampai begini swift aje pun. celah gigi hang aje. adoi.

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.309963 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top