Jpj Telah Selamatkan Nyawa Saya Dalam kejadian jam 9.30 malam, 15 Ogos lalu, mangsa, prebet Ridwan Ismail, 25, yang bertugas di Kem Tentera Kementah, Jalan Semarak mengalami kecederaan parah di kepala akibat dirempuh motosikal di persimpangan Festival City, Danau Kota, di sini. Kejadian itu menyebabkan mangsa yang menaiki motosikal terpelanting jatuh sebelum diselamatkan pegawai JPJ, Zamri Zainal Abidin yang kebetulan berada di lokasi kejadian. Nurliyana berkata, suaminya yang dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selamat menjalani pembedahan kaki, kelmarin. Menurutnya, suaminya itu mengalami hentakan kuat di kepala dan kecederaan di bahagian lutut kaki kanannya akibat terhumban. “Alhamdulillah kesihatannya kini semakin baik. Dia kini sudah boleh bercakap,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
RIDWAN dikunjungi pegawai JPJ di Hospital Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dalam kejadian sebelum ini, Ridwan yang pengsan sempat diriba Zamri sementara menunggu ketibaan ambulans. Ditanya berhubung status kemalangan suaminya itu, Nurliyana berkata, polis masih menjejaki individu yang merempuh suaminya itu. “Saya difahamkan, individu terbabit belum membuat laporan polis, sekaligus menyukarkan polis melakukan siasatan,” katanya. |
6
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
9
Sedih |
15
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
blackred99 posted on 28-8-2014 07:46 AM
kebetulan je tu.
aku suka baca fb JPJ, org mengutuk tak hengat.
fifie_olin posted on 28-8-2014 08:20 AM
sesape yg nk kuar umh tu x kira la naik keta ke..moto ke...lori ke...jln kaki skali pon..
biasa2 ka ...
Munnalicious posted on 28-8-2014 06:27 AM
Bagus kaka fifie nih... Ai plak sejak skolah dok p skolah naik beskal misti baca Alam Nashrah. Tak ...
ADVERTISEMENT