CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3254|Reply: 9

[Jenayah] ‘Terima kasih abang JPJ...’

[Copy link]
Post time 28-8-2014 07:17 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: “Saya berterima kasih kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang membantu menyelamatkan suami saya yang menjadi mangsa langgar lari,” kata Nurliyana Mohd Norwi, 21.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, 15 Ogos lalu, mangsa, prebet Ridwan Ismail, 25, yang bertugas di Kem Tentera Kementah, Jalan Semarak mengalami kecederaan parah di kepala akibat dirempuh motosikal di persimpangan Festival City, Danau Kota, di sini.
Kejadian itu menyebabkan mangsa yang menaiki motosikal terpelanting jatuh sebelum diselamatkan pegawai JPJ, Zamri Zainal Abidin yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Nurliyana berkata, suaminya yang dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selamat menjalani pembedahan kaki, kelmarin.

Menurutnya, suaminya itu mengalami hentakan kuat di kepala dan kecederaan di bahagian lutut kaki kanannya akibat terhumban.
“Alhamdulillah kesihatannya kini semakin baik. Dia kini sudah boleh bercakap,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
RIDWAN dikunjungi pegawai JPJ di Hospital Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam kejadian sebelum ini, Ridwan yang pengsan sempat diriba Zamri sementara menunggu ketibaan ambulans.   Ditanya berhubung status kemalangan suaminya itu, Nurliyana berkata, polis masih menjejaki individu yang merempuh suaminya itu.
“Saya difahamkan, individu terbabit belum membuat laporan polis, sekaligus menyukarkan polis melakukan siasatan,” katanya.

Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014082804290320140828042903/Article/index_html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 07:46 AM | Show all posts
kebetulan je tu.

aku suka baca fb JPJ, org mengutuk tak hengat.

apa2 pun harap mangsa cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:16 AM | Show all posts
blackred99 posted on 28-8-2014 07:46 AM
kebetulan je tu.

aku suka baca fb JPJ, org mengutuk tak hengat.

mungkin aku perlu singgah sekali sekala di sana untuk mencari bahan hiburan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:18 AM | Show all posts
kesiannya..
smoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:20 AM | Show all posts
sesape yg nk kuar umh tu x kira la naik keta ke..moto ke...lori ke...jln kaki skali pon..
biasa2 kan la baca ayat Qursi....in sha ALLAH ...dilindungi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:27 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 28-8-2014 08:20 AM
sesape yg nk kuar umh tu x kira la naik keta ke..moto ke...lori ke...jln kaki skali pon..
biasa2 ka ...

Bagus kaka fifie nih... Ai plak sejak skolah dok p skolah naik beskal misti baca Alam Nashrah. Tak tau pasaipa tp stiap kali naik beskal misti baca doa tu sampai skang. Hihihi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2014 08:40 AM | Show all posts
Munnalicious posted on 28-8-2014 06:27 AM
Bagus kaka fifie nih... Ai plak sejak skolah dok p skolah naik beskal misti baca Alam Nashrah. Tak ...

x kisah la ayat ape skali pon dek munna...janji kita igt ALLAH....pasti ALLAH igt kat kita...gitewww
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:06 AM | Show all posts
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 06:13 AM | Show all posts
semoga Allah SWT memberi rahmat ke.. Zamri Zainal Abidin ..Amin
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
oo..yg tu aku nampak ritu..ingat eksiden maut..kt situ mmg keta atau motor suka langgar lampu merah sbb kdg2 jem so kalau merah pun masih nk gerak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.054003 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list