Rombakan MAS: 6,000 Akan Hilang Pekerjaan
KUALA LUMPUR : Khazanah Nasional Berhad yang juga pemegang saham terbesar Malaysia Airlines (MAS) merancang penstrukturan semula ke atas MAS berikutan kerugian tiga tahun berturut-turut yang dicatat oleh syarikat penerbangan terbabit. Pembatalan tempahan serta pengurangan jumlah penumpang secara drastik yang dialami MAS berikutan insiden MH370 dan MH17, di tambah pula dengan biaya operasional yang tinggi, memburukkan lagi keadaan MAS. Khazanah yang memegang 69.37% saham MAS merancang untuk menarik keluar MAS dari penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yang akan melibatkan kos bernilai RM1.37 billion. Penstrukturan semula ini akan menyaksikan pemotongan tenaga kerja yang melibatkan lebih dari 5,000 hingga 6,000 orang daripada 20,000 jumlah keseluruhan, pengurangan laluan serta destinasi penerbangan, juga penjualan sebahagian dari unit kejuruteraan. Langkah penambahbaikan juga bakal dilakukan terhadap jaringan pesawat milik MAS yang sudah usang..
Sebahagian dari pekerja yang terbabit akan di tempatkan di syarikat-syarikat yang ada hubungan dengan kerajaan untuk membantu mengurangkan impak negatif ekoran dari kehilangan pekerjaan. Khazanah dijangka akan mengumumkan program penstrukturan ini pada 28 Ogos setelah mendapat persetujuan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. |
jengkoil posted on 25-8-2014 11:01 PM
Patut dah lama buat kot...tapi kesian jgk..
Selagi percaya rezki dari ALLAH dan rajin berusaha..i ...
CiliPadiSedap posted on 25-8-2014 11:16 PM
daripada buang 20 000 baik buang yg corrupt dan buat MAS rugi.
mcm sakit kencing manis. penyak ...
juliez posted on 26-8-2014 12:50 AM
@R2D2 tt tumpang thread ye. Isu yg lebih kurang sama. Malas nak buka thread baru
MAS lost 200 c ...
ADVERTISEMENT