'Baby S' Nama Manja Bayi Liyana Jasmay
Pelakon filem ‘Papadom’, Liyana Jasmay, 25, berpantang secara tradisional dan akan dijaga oleh bidan selama 44 hari. Liyana telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan seberat 2.9 kilogram pada 13 Mei 2014 pada jam 7.40 malam di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. “Liyana sudah keluar dari hospital. Buat masa ini, dia dalam keadaan baik-baik sahaja, namun Liyana masih lagi penat kerana ini merupakan pengalaman baru bagi Liyana. Dia bakal berpantang secara tradisional Melayu selama 44 hari dan akan dijaga oleh bidan mulai hari ini. Jadi, pemakanan Liyana akan dijaga dan amalan berpantang seperti pemakaian bengkung dan penggunaan jamu akan dilaksanakan,” ujar ibu kepada Liyana, Datin Habsah Simpon ketika dihubungi oleh GUA.
“Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat, amalan pantang tidak boleh diabaikan. Lagipun, Liyana melahirkan anak secara nornal. Amalan berpantang secara tradisional Melayu juga menjadi satu kemestian dalam keluarga kami,” katanya lagi. Bercakap mengenai nama cucunya, Habsah menyatakan belum ada lagi nama yang diberikan, namun Liyana dan suaminya telah mula menggelarkan bayi mereka dengan nama ‘Baby S’ semenjak dalam kandungan lagi. Habsah juga memanjatkan rasa syukur kerana proses kelahiran bayi sulung Liyana berjalan dengan lancar. “Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kami sekeluarga gembira dengan kehadiran ahli keluarga baru ini. Sepupu-sepupu Liyana yang masih kecil juga seronok dan teruja dengan kehadiran Baby S,” ulasnya lagi. Pelakon filem ‘Kami’ ini melangsungkan perkahwinan bersama dengan suaminya, Fathuddin Mazlan, 29, di sebuah majlis gilang gemilang di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 2 Februari 2013. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=766627&extra=&page=7
|
ADVERTISEMENT