CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Zizan Razak Elak Jelaskan Fotografi Pra Perkahwinan Di Jepun

26-8-2014 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24429| Komen: 130

Zizan Razak Elak Jelaskan Fotografi Pra Perkahwinan Di Jepun



PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak mengambil pendekatan untuk tidak mengulas berhubung dakwaan dia bersama kekasihnya, Emma Maembong telah menjalani sesi fotografi pra perkahwinan di Jepun baru-baru ini.

Zizan berkata, dia berpendirian demikian kerana menyifatkan perkara itu terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum.

"Perkara itu (sesi fotografi pra perkahwinan) satu benda yang sangat peribadi buat saya.

"Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini," katanya kepada mStar Online.

Baru-baru ini Zizan ke Jepun bersama Emma bagi menjalani penggambaran program pelancongan di negara itu.

    
Kunjungan ke negara matahari terbit itu dikatakan turut membuatkan mereka mengambil kesempatan merakamkan foto pra perkahwinan.

Difahamkan pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan.

Bagaimanapun, Zizan menafikan mereka berkahwin pada bulan tersebut.

"Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan.

"Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi," tuturnya.


Bagus
2

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_blingblings 25-8-2014 01:42 AM
Awalnya buat pra wedding fotografi?
Quote DennisTrillo 25-8-2014 01:45 AM
bosang tul ngang citerr diorg... emma maembong mmg comeeeeeee
Quote beta_carotene 25-8-2014 01:47 AM
Melayu berkerak memang batak sangat dgn trend pre-wedding photography

Si liyana jasmay siap cium2 dahi lagi utk PRE-WEDDING PHOTOGRAPHY dia..

Harap lepas ni tak keluar trend2 seperti PRE-JIMAK dsb nya ya..
Quote munchkin 25-8-2014 02:00 AM
lantakpilah
...
Quote batman_2007 25-8-2014 03:15 AM
Kelakar giler
Quote drivethru 25-8-2014 05:23 AM
Dah mampu....biar jer la. Kalo aku byk duit pun, aku pun nk buat kat paris mcm che ta.
Quote meteorspeed 25-8-2014 07:23 AM
buhsan aku ngan zizang nie.. hipokrit betull.. lantakkan ajer dia nak kawin ker tak kawin ker.. mcm la glamer benor ekeke
Quote rosasa 25-8-2014 07:24 AM
bosan
Quote deanswify 25-8-2014 07:25 AM
patut-lah bekukan duit sykt dia. pakai tuk wedding. pra-wedding pula dekat Japan. Mau beriban-riban habis!
Quote nadieya 25-8-2014 07:26 AM
bosan...
sepanjang tahun ni mcm cerita bercinta dorg je...
Quote stars83 25-8-2014 07:31 AM
aku tgk retis melayu yg bz buat foto pra wedding,retis non muslim xde pun thegeh2 wat foto pra wedding..tgk jaclyn victor,tau2 je dh kawen..
Quote redz85 25-8-2014 07:33 AM
"Perkara itu (sesi fotografi pra perkahwinan) satu benda yang sangat peribadi buat saya.

"Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini," katanya kepada mStar Online.


bukan salah dia.. wartawan yang bodoh..
Quote RatuDunia94 25-8-2014 08:04 AM
ko kan milik peminat zizan... hal peribadi ko adalah hak peminat!
ko xde hak lgsung utk merahsiakan dr peminat!
Quote blairchuck 25-8-2014 08:07 AM
menyampah ok dua ketul ni. kawen2 je la. semak
Quote NHolmes 25-8-2014 08:08 AM
RatuDunia94 posted on 25-8-2014 08:04 AM
ko kan milik peminat zizan... hal peribadi ko adalah hak peminat!
ko xde hak lgsung utk merahsiakan ...

Makin lama makin tak minat zizan.. Entah nape..

Sorry OT kejap

Uols, aishwarya sekarang dah slim balik ke?



Quote nkhairuddin1 25-8-2014 08:16 AM
zizang dah jepang berpisah tiada ...
Quote RatuDunia94 25-8-2014 08:20 AM
NHolmes posted on 25-8-2014 08:08 AM
Makin lama makin tak minat zizan.. Entah nape..

Sorry OT kejap

dah slim jugak.... tp x se slim masa zaman anak dara lah..

latest pics...




Quote kemboja2020 25-8-2014 08:21 AM
aku makin tak minat zizang.. bajet hot sgt nak couple dgn pan asia je. dedulu bajet nak ngorat juliana evans..tak dpt. now emma maembong plak.. boleh la dr tak dpt langsung kan zizang
Quote hanuma 25-8-2014 08:27 AM
mcm mana la foto pra perkawinan zizang nie

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.062538 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top