Rita Rudaini Pula Marah-Marah Di Laman Instagram.
Ini bukan kisah mengenai tuntutan nafkah terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan dan bukan juga kisah sedih anak-anaknya yang dikatakan tidak menerima perhatian sewajarnya daripada insan bergelar bapa. Sebelum ni pun, pelakon comel Nora Danish ada meluahkan perasaan marahnya terhadap pihak pengurusan Hotel Lego. Nak dijadikan cerita, kali ini Rita Rudaini pun nampaknya macam dah naik angin. Semalam, Rita telah memuat naik sekeping foto yang mengandungi kata-kata tak puas hati dengan sebuah syarikat perkhidmatan jalur lebar di Malaysia. Nak tahu syarikat mana? Kenalah baca sampai habis dulu.
Tak puas hati dengan TM Unifi rupanya! Ha..mudah je kan jadi artis, dalam tempoh masa lebih kurang setengah jam, ramai peminat nampaknya bersetuju dengan pendapat Rita dek kerana mereka pun terkena benda yang sama. Mungkin tak lama lagi, syarikat tersebut pula akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini. Yelah kan, kenalah jaga hati pelanggan sikit. Customers always right. Tak gitu? |
pilot posted on 21-8-2014 05:47 PM
ok takde perkataan bodoh n lembap...
n takde la GM yang kena buang keje....
ADVERTISEMENT