CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Che Ta Akan Berpantang Setahun Agar Kekal Cantik

22-8-2014 04:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24792| Komen: 154

Setahun Tempoh Pantang Bersalin Che Ta Agar Kekal Cantik


Rozita dan suaminya Zain Saidin tidak sabar menanti kelahiran bayi mereka. 

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan akan menjaga pantang bersalin dan hanya memilih makanan tertentu selama setahun untuk mengekalkan kecantikan tubuh badannya.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 41, berkata, dia akan mengelak mengambil makanan tidak berkhasiat, sejuk dan berangin yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri di usia tua.

"Saya sangat titik beratkan tentang pantang selepas bersalin termasuklah tidak keluar rumah 45 hari dan pantang makan untuk jaga badan.

"Biasanya saya akan berpantang dengan hanya memilih makanan tertentu dalam masa setahun sehingga kadang-kala menyebabkan saya hilang selera seperti tidak lagi gemarkan sayur sawi," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran syarikat Laugh Out Loud milik penyanyi Dafi dan pengurus artis, Afeeq di Binjai 8, Premium Soho di sini Rabu lalu.

Majlis turut dihadiri suami Che Ta iaitu Zain Saidin, Sasha Saidin, Zaina Zain, Sabhi Sadhi, Sherry Ibrahim, Fazli Zainal dan Marsha Milan.

Rozita yang kini hamil tujuh bulan juga mengakui kecewa terhadap segelintir wanita yang mengabaikan amalan berpantang kerana mereka menganggap amalan itu sesuatu yang tidak penting.

Katanya, perkara tersebut merupakan amalan tradisional yang sememangnya berkesan untuk kebaikan kesihatan serta telah diamalkan nenek moyang sejak zaman dahulu.

"Saya kesal melihat wanita yang tidak jaga pantang, walaupun mereka kata mereka kuat untuk keluar atau melakukan aktiviti ketika dalam tempoh berpantang, namun kesan yang akan mereka dapat ketika hari tua.

"Saya lihat emak saya masih kuat walaupun usia dia sudah lanjut. Ini adalah kerana amalan dia yang sangat menjaga pantang ketika bersalin dahulu.








Tambah Rozita, selepas bersalin nanti dia akan dijaga oleh ibunya, Zabedah Saad yang kini berusia 62 tahun.

Dalam pada itu, Rozita mengakui sudah mempunyai nama untuk anak perempuannya dan akan didedahkan pada majlis cukur jambul iaitu tujuh hari selepas kelahiran bayi tersebut.

Bagaimanapun, Rozita berkata, ia akan menjadi hak siaran eksklusif stesen televisyen Astro terlebih dahulu.

Sementara itu, Rozita berkata, suaminya pelakon Zain Saidin merupakan orang yang paling teruja untuk menanti kelahiran bayi itu.

Katanya, Zain tidak membenarkan dia untuk pergi membuat pemeriksaan kandungan itu sendirian tanpa kehadirannya.

"Dia paling teruja, kalau nak pergi check-up, tidak boleh pergi tanpa dia. Sampaikan jadual check-up saya terpaksa ditukar mengikut jadual penggambaran dia.

"Kalau dalam bilik check-up, dia paling sibuk bertanya macam-macam pada doktor dan ambil banyak gambar bayi untuk simpanannya,” katanya.

Selain bayi yang bakal lahir, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinanya terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimo 22-8-2014 09:22 AM
Aku pantang 100 hari pon dh xlarat seksa jiwa raga....ni pantang setahun perghh...respek respek
Quote afie_m 22-8-2014 09:23 AM
ikut sukalah cik tah oiiiiiiiiiiii.....
Quote apiang 22-8-2014 09:24 AM
ah gitue ler...
Quote apiang 22-8-2014 09:24 AM
ummah pprt jgn lupa duk ngadap astrokk sat nanti..kan ada tayang cmno dia pantang. hikhik
Quote putehkundor 22-8-2014 09:25 AM
Jgn pantang ITU sudah.....
Merana zain tunggu setahun....
Quote putehkundor 22-8-2014 09:27 AM
Ni gambaq latest kot..nampak debab sikit che ta...tapi berseri la muka dia
Tapi suka Sgt cover perut....
Quote NHolmes 22-8-2014 09:28 AM
bambimo posted on 22-8-2014 09:22 AM
Aku pantang 100 hari pon dh xlarat seksa jiwa raga....ni pantang setahun perghh...respek respek

Dia pantang setahun tu makanan noks! Bukan aktiviti
Quote myakayina 22-8-2014 09:30 AM
ajegile pantang setahun? che ta mmg x nak kalah bab2 kecantikan ni..yelah dpt suami muda..haruslah kena lagi meletop kebaboom.. bagus che ta..
Quote tomet05 22-8-2014 09:30 AM
fuhhh .. pantang aktiviti malam sekali ke ?
sangap la zain camni ..
Quote bambimo 22-8-2014 09:33 AM
NHolmes posted on 22-8-2014 09:28 AM
Dia pantang setahun tu makanan noks! Bukan aktiviti

Tahu....tu yg i respek..larat dia nk pantang makan...rebus2 xmkn cm org biasa...
Quote shiraloveyou 22-8-2014 09:33 AM
Untung cheta sampai ke majlis cukur jambul pn ade hak eksklusif penyiaran...lps ni masa majlis cukur jambul cucu cheta pn astro jgn lupa cepat2 dptkan hak penyiaran eh kang kena sambar dgn tv3 plk
Quote kakasotong 22-8-2014 09:36 AM
Lahai xhabis2 ke media ni dok buat coverage psl dia ni??? Meluat jgak setiap masa seme citer dia jah. Lantaklah nak bpantang berapa lama pun.

Kesah pulak iols
Quote prettyuglybabe 22-8-2014 09:39 AM
sekarang belum tua ke cik ta??
Quote NHolmes 22-8-2014 09:40 AM
bambimo posted on 22-8-2014 09:33 AM
Tahu....tu yg i respek..larat dia nk pantang makan...rebus2 xmkn cm org biasa...

Cheta mak dia support suruh berpantang traditional n jaga dia.. So org sekeliling kena paham n bg moral support kat ibu2 berpantang.. Tapi ade jugak yg degil hehe.. Ade orang pantang makan sampai dua tahun pun ada.. Certain foods lah
Quote budakmanentah 22-8-2014 09:41 AM
xpayah sembang sgt la.semua pon nati nak siar kat tv.gigih sgt kekdahnya
Quote cemp 22-8-2014 09:52 AM
respek...aku dlm pantang pon boleh bedal sate lg ya ampun..memang tak kuat sungguh dlm pantang ni..macam2 teringin..goreng pisang pon nampak sedap..

pasni kena pantang betol2 la balik..
Quote selendangungu 22-8-2014 10:04 AM
takutnya aku tgk tangan che ta pegang zain tu...
ape ke peliknya tgn dia tu????
Quote kaogi 22-8-2014 10:06 AM
wah .. pantang setahun.. mau cantik yea CIk TA
Quote fuzzyfuzzy 22-8-2014 10:09 AM
org yg kuat je mampoo berpantang lama2 ni...
aku operate kat perut, seminggu je pantang..lps tu bedal makan shrimp scampi, quesadillas bagai..
belum campur nasi sambal belacan lagi..heeheheh

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.176692 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top