Peminat Kirim E-Mel Suruh Zul Ariffin & Ayda Jebat Kahwin Segera Pelakon yang kini semakin menginjak naik namanya dalam industri lakonan tanah air selepas membintangi drama bersiri Rindu Awak 200%, Ayda Jebat memberitahu yang dia ada menerima e-mel daripada peminat-peminatnya yang menyarankannya supaya berkahwin dengan Zul Ariffin dan dia ketawa besar mengenangkan cadangan para peminat itu. “Saya mendapat beberapa e-mel dari peminat yang menyuruh saya untuk berkahwin dengan Zul Ariffin secara realitinya. Mereka semua terlalu fanatik dan saya tahu chemistry yang kami ada dalam drama tersebut membuatkan drama itu benar-benar menjadi,” katanya ketika ditemui semasa majlis rumah terbuka media hiburan petang kelmarin. Ayda turut menceritakan bahawa dia senang sekali bekerja bersama Zul Ariffin kerana baginya Zul seorang yang professional dan Ayda sebelum itu juga ada turut mengetahui bahawa Zul memang mempunyai seorang kekasih. “Dia seorang kawan yang baik dan professional dalam setiap apa yang telah dilakukannya. Siapa yang tak kenal dia memamg anggap yang dia seorang yang serius tetapi sebaliknya. Ya, saya tahu yang dia mempunyai kekasih dan tak pernah pula saya bercakap soal itu ketika penggambaran drama melainkan urusan pekerjaan sahaja,” ujarnya. Dalam perkembangan berkaitan, Ayda Jebat juga telah ditawarkan untuk menjadi duta kepada produk Aura White yang dikenali sebagai ‘Aura White Bubbly’ yang sesuai digunakan untuk remaja remaja yang berumur 13-25 tahun. “Saya sungguh teruja sekali untuk bekerjasama dengan mereka & ini merupakan rezeki selepas saya membintangi drama ‘Rindu Awak 200%’. Pemilihan saya untuk menjadi duta kepada produk tersebut adalah kerana mereka menginginkan personaliti remaja yang ada pada diri saya selepas mereka menonton drama tersebut,” terangnya
|
10
Bagus |
5
Marah |
1
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
edoraixora posted on 20-8-2014 11:20 AM
tgh fenomena, memang lar
serupa lah kes si shahnaz ngan nelydia ari tuh
peminat pun tak agak2
lipstickz posted on 20-8-2014 12:44 PM
Malas nak komen sbenarnye tp nak komen jugak la sbb da byk thread psl ni
Ayda - x payah ler nak b ...
ADVERTISEMENT