“Tidak tahu mengapa, hati saya ketika itu agak berat dan takut memikirkan adakah selepas berhijab saya masih boleh menyanyi dan bagaimana pula dengan penerimaan orang lain terhadap penampilan baru saya. “Sehinggalah tiga bulan lalu, selepas pulang dari umrah kali ke dua, saya nekad berhijab kerana terselit rasa malu dalam diri kerana sebelum ini saya tidak percaya dengan apa yang sudah digariskan oleh Allah,” jelasnya ketika di temui pada majlis sidang media telenovela eksklusif Astro Prima, Cinta Ibadah baru-baru ini. Berkongsi lebih lanjut mengenai penghijrahannya, Melly yakin perubahan itu memang sudah tertulis buat dirinya. “Saya benar-benar yakin dengan ketentuan-Nya. Bagaimana sekalipun keadaan saya, saya tidak perlu takut dengan masalah rezeki kerana ia memang sudah diatur oleh-Nya. “Dari situlah bermulanya penghijrahan saya memakai hijab dan mudah-mudahan saya terus istiqamah,” ujarnya.
|
cik_luna posted on 19-8-2014 07:46 PM
baguslah
laki dia berhijrah sama x?
sbab laki dia memang serabut
ADVERTISEMENT