CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perdagangan Dengan Israel Dihentikan

19-8-2014 03:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6431| Komen: 31

Perdagangan Dengan Israel Dihentikan




KUALA LUMPUR 18 Ogos - Malaysia telah menghentikan perdagangan secara langsung dengan Israel, menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar menghalang perdagangan secara tidak langsung dengan Israel.

Menurutnya, perdagangan secara tidak langsung sukar dielak memandangkan realiti perniagaan global ketika ini menjangkau sempadan sesebuah negara, khususnya yang membabitkan pelaburan langsung asing (FDI) di pelbagai tempat.

Katanya, perdagangan terus mungkin berlaku memandangkan Malaysia merupakan pengeluar sarung tangan getah terbesar dengan penguasaan pasaran 70 peratus pengeluaran dunia.

Disebabkan hal itu katanya, mungkin ada syarikat Israel yang terpaksa membeli sarung tangan getah itu untuk kegunaan mereka.

"Perdagangan (secara langsung) ini telah dihentikan, terutama sekali apabila menilai apa yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin," katanya kepada pelajar-pelajar Malaysia di Sydney, Australia minggu lalu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pelajar, sempena misi perdagangan seminggu ke Australia untuk menggalakkan perniagaan dan pelaburan Malaysia-Australia.

Mustapa berkata, perdagangan secara tidak langsung agak sukar untuk dielakkan, misalnya Malaysia mengadakan perdagangan dengan Palestin, tetapi terpaksa melalui pihak berkuasa Israel.

"Maka, hal itu tidak dapat dielakkan. Jika mahu menghentikannya, Malaysia terpaksa juga menghentikan perdagangan dengan Palestin," katanya.

Mustapa menjelaskan, satu faktor lagi yang membuatkan Malaysia berpotensi menjalinkan perdagangan dengan Israel adalah melalui Singapura, disebabkan negara jiran itu mempunyai hubungan politik dan perniagaan dengan Israel.

Pada masa sama, Singapura merupakan antara rakan dagang terbesar Malaysia.

"Disebabkan hal ini (melalui Singapura), agak sukar untuk mengenal pasti sama ada sesuatu produk itu berasal dari Israel atau tidak," ujarnya lagi.

Mustapa menjelaskan, Malaysia boleh mengambil pendekatan yang ekstrim jika mahu memboikot produk Israel, tetapi mungkin terpaksa menghentikan pembelian barangan-barangan keperluan termasuk kapal terbang penumpang yang turut mempunyai komponen buatan Israel, dan langkah itu sukar dilakukan.

4

Bagus
19

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Equalizer 19-8-2014 10:35 AM
hmmm...
bermakna selama ini Malaysia memang ada melakukan perdagangan secara langsung dgn Israel!!!

Aih! Israel dah berdekad2 dok aniaya rakyat Palestine, baru sekarang nak menilai???
Quote mirae7729 19-8-2014 10:55 AM
jgn nafikan lagilah..kenapa kapal kontena israel boleh masuk westport?tiap2 minggu turun naik kontena
kenapa ada kapal kereta berlabuh di nortport?3500 unit vehicle kite transit dr port klang ke israel..knpe xmasuk berita:@
Quote zjen 19-8-2014 12:50 PM
o, UMNO dah terang terang mengaku selama ni ada bisnes dgn yahudi,  so apa tunggu lagi,  tutup semua kepsi mekdi skang,  ban semua pilem hollywood skang
Quote mixed 19-8-2014 01:08 PM
dulo x mengaku berdagang dgn israel

Quote andygila 19-8-2014 01:17 PM
Boleh juga berhenti guna Windows, Google, Internet, GPS, Facebook dan banyak lagi. Semua ciptaan dan dikontrol Yahudi.
Quote mattzzx 19-8-2014 01:18 PM
Lepas ni macamana nak tau yang perdagangan dengan Israel tu betul betul diberhentikan atau tidak?
Quote monreyes 19-8-2014 01:25 PM
andygila posted on 19-8-2014 01:17 PM
Boleh juga berhenti guna Windows, Google, Internet, GPS, Facebook dan banyak lagi. Semua ciptaan dan ...

tak yah g keje la....
sume system guna mrk punya...
Quote perang_candu 19-8-2014 01:25 PM
mirae7729 posted on 19-8-2014 10:55 AM
jgn nafikan lagilah..kenapa kapal kontena israel boleh masuk westport?tiap2 minggu turun naik konten ...

Proton export preve (rakyat sayang preve) ke Yisroel..?  memang kebangga ..

Quote deanswify 19-8-2014 01:26 PM
eh eh eh iyer?
Quote cak! 19-8-2014 01:28 PM
yahudi upco jadi tuan penasihat apadahal
Quote namirulmukminin 19-8-2014 01:28 PM
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Malaysia telah menghentikan perdagangan secara langsung dengan Israel, menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
HAHAHAHA.... mengaku jugak akhirnya... Dasar Badut Sarkas betul la Pak2 Menteri Pasola neh....
Quote ellZack 19-8-2014 01:30 PM
monreyes posted on 19-8-2014 01:25 PM
tak yah g keje la....
sume system guna mrk punya...

yeaaaa.. tak payah kerja...
Quote MissMamamia75 19-8-2014 01:53 PM
kat pasport malaysia..
terang2 dah tulis..yg paspot tu xleh digunakan kalu nak masuk Israel..

tapiiiiiiii...
Gomen kita leh clear2 buat direct bisnes ngan Israel Zionis laknatullah ini...

apa kah rasional sumer ini..??
Quote zamzam 19-8-2014 02:01 PM
korang memang tertipu selama ni. tiap kali ada seminar dgn MITI aku hilite soalan ni tapi pegawai2 tu tak berani jawab. kan dah terselah ketipuan selama ni??

Quote unhas 19-8-2014 02:28 PM
yang penting ada usaha.baguslah. teruskan
Quote bluehedgehog 19-8-2014 02:39 PM
apa kata an, dzeck, ikan?
Quote Lina66 19-8-2014 04:06 PM
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Malaysia telah menghentikan perdagangan secara langsung dengan Israel, menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.





ya rabbiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......
bersungguh2 poremer Meleis mengutuk Singapore negara Zionis..... tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........    
Quote sahamboi 19-8-2014 04:08 PM
nanti bila pr jadi kerajaan pas akan halalkan hubungan malaysia - israel. halal dan haram mengikut keadaan.. itulah kaedah pas guna dulu kini dan selamanya...
Quote the_killer 19-8-2014 04:10 PM
pulau Ujongs people takyah menyibuk...rakyat Malaysia pon tak suka kerajaan Malaysia ada hubungan dagang ngan israel.....berbanding sebelah selatan red dot..siap ada kedutaan lg

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.196475 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top