View: 4633|Reply: 31
|
[Tempatan]
Perdagangan dengan Israel dihentikan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Malaysia telah menghentikan perdagangan secara langsung dengan Israel, menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar menghalang perdagangan secara tidak langsung dengan Israel.
Menurutnya, perdagangan secara tidak langsung sukar dielak memandangkan realiti perniagaan global ketika ini menjangkau sempadan sesebuah negara, khususnya yang membabitkan pelaburan langsung asing (FDI) di pelbagai tempat.
Katanya, perdagangan terus mungkin berlaku memandangkan Malaysia merupakan pengeluar sarung tangan getah terbesar dengan penguasaan pasaran 70 peratus pengeluaran dunia.
Disebabkan hal itu katanya, mungkin ada syarikat Israel yang terpaksa membeli sarung tangan getah itu untuk kegunaan mereka.
"Perdagangan (secara langsung) ini telah dihentikan, terutama sekali apabila menilai apa yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin," katanya kepada pelajar-pelajar Malaysia di Sydney, Australia minggu lalu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pelajar, sempena misi perdagangan seminggu ke Australia untuk menggalakkan perniagaan dan pelaburan Malaysia-Australia.
Mustapa berkata, perdagangan secara tidak langsung agak sukar untuk dielakkan, misalnya Malaysia mengadakan perdagangan dengan Palestin, tetapi terpaksa melalui pihak berkuasa Israel.
"Maka, hal itu tidak dapat dielakkan. Jika mahu menghentikannya, Malaysia terpaksa juga menghentikan perdagangan dengan Palestin," katanya.
Mustapa menjelaskan, satu faktor lagi yang membuatkan Malaysia berpotensi menjalinkan perdagangan dengan Israel adalah melalui Singapura, disebabkan negara jiran itu mempunyai hubungan politik dan perniagaan dengan Israel.
Pada masa sama, Singapura merupakan antara rakan dagang terbesar Malaysia.
"Disebabkan hal ini (melalui Singapura), agak sukar untuk mengenal pasti sama ada sesuatu produk itu berasal dari Israel atau tidak," ujarnya lagi.
Mustapa menjelaskan, Malaysia boleh mengambil pendekatan yang ekstrim jika mahu memboikot produk Israel, tetapi mungkin terpaksa menghentikan pembelian barangan-barangan keperluan termasuk kapal terbang penumpang yang turut mempunyai komponen buatan Israel, dan langkah itu sukar dilakukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...
bermakna selama ini Malaysia memang ada melakukan perdagangan secara langsung dgn Israel!!!
Aih! Israel dah berdekad2 dok aniaya rakyat Palestine, baru sekarang nak menilai??? |
|
|
|
|
|
|
|
jgn nafikan lagilah..kenapa kapal kontena israel boleh masuk westport?tiap2 minggu turun naik kontena
kenapa ada kapal kereta berlabuh di nortport?3500 unit vehicle kite transit dr port klang ke israel..knpe xmasuk berita:@ |
|
|
|
|
|
|
|
o, UMNO dah terang terang mengaku selama ni ada bisnes dgn yahudi, so apa tunggu lagi, tutup semua kepsi mekdi skang, ban semua pilem hollywood skang |
|
|
|
|
|
|
|
dulo x mengaku berdagang dgn israel
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh juga berhenti guna Windows, Google, Internet, GPS, Facebook dan banyak lagi. Semua ciptaan dan dikontrol Yahudi. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni macamana nak tau yang perdagangan dengan Israel tu betul betul diberhentikan atau tidak? |
|
|
|
|
|
|
|
andygila posted on 19-8-2014 01:17 PM
Boleh juga berhenti guna Windows, Google, Internet, GPS, Facebook dan banyak lagi. Semua ciptaan dan ...
tak yah g keje la....
sume system guna mrk punya...
|
|
|
|
|
|
|
|
mirae7729 posted on 19-8-2014 10:55 AM
jgn nafikan lagilah..kenapa kapal kontena israel boleh masuk westport?tiap2 minggu turun naik konten ...
Proton export preve (rakyat sayang preve) ke Yisroel..? memang kebangga ..
|
|
|
|
|
|
|
|
yahudi upco jadi tuan penasihat apadahal |
|
|
|
|
|
|
|
kat pasport malaysia..
terang2 dah tulis..yg paspot tu xleh digunakan kalu nak masuk Israel..
tapiiiiiiii...
Gomen kita leh clear2 buat direct bisnes ngan Israel Zionis laknatullah ini...
apa kah rasional sumer ini..??
|
|
|
|
|
|
|
|
korang memang tertipu selama ni. tiap kali ada seminar dgn MITI aku hilite soalan ni tapi pegawai2 tu tak berani jawab. kan dah terselah ketipuan selama ni??
|
|
|
|
|
|
|
|
yang penting ada usaha.baguslah. teruskan |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata an, dzeck, ikan? |
|
|
|
|
|
|
|
nanti bila pr jadi kerajaan pas akan halalkan hubungan malaysia - israel. halal dan haram mengikut keadaan.. itulah kaedah pas guna dulu kini dan selamanya... |
|
|
|
|
|
|
|
pulau Ujongs people takyah menyibuk...rakyat Malaysia pon tak suka kerajaan Malaysia ada hubungan dagang ngan israel.....berbanding sebelah selatan red dot..siap ada kedutaan lg |
|
|
|
|
|
|
| |
|