CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Isteri Jimmy Shanley Mengandung ?

15-8-2014 03:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22431| Komen: 50

Jimmy Shanley dikatkan bakal timang anak kedua



PETALING JAYA: Penyampai radio Jimmy Shanley mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang komen mengenai gosip bahawa dia bakal menimang anak untuk perkahwinan kali keduanya.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, berkata, dia belum bersedia membuat pengumuman tersebut namun akan memberitahu berita gembira itu apabila sudah tiba masanya nanti.

"No comment buat sementara ini. Rileks dulu... Nanti-nanti bila saya sudah bersedia, saya akan beritahu.

"Ia masih lagi terlalu peribadi untuk diceritakan buat masa ini," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis.

Selasa lalu, Jimmy menerusi laman sosial Instagram
telah memuat naik sekeping foto sebuah katil bayi yang disambungkan ke katil dewasa dengan kapsyen "Ada extension plak katil...ermmm".

Foto tersebut membuatkan pengikut-pengikutnya menganggap  Jimmy bakal menimang anak bersama isteri barunya, Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 7 Jun lalu.

Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.

   
                                       

1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 15-8-2014 02:11 AM

   


   Foto katil bayi yang dimuat naik menerusi laman Instagram Jimmy.



Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan yang diberi hak penjagaannya oleh mahkamah kepada  Nursuhaila Eliani.

Sementara itu, ditanya pula mengenai kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua, Jimmy berkata, dia bersyukur apabila dirinya berasa sempurna dengan kehadiran seorang isteri yang sangat memahami.

"Allhamdulillah. Kehidupan saya sangat sempurna ketika ini. Saya bersyukur kerana diberi seorang isteri yang terbaik.

"Mungkin apa yang berlaku sebelum ini ada hikmahnya. Cuma sekarang ini saya lebih selesa untuk tidak mendedahkan hal-hal peribadi.

"Saya pun tidak mahu isteri tertekan dengan gosip-gosip berkaitan keluarga kami," tuturnya.
Quote alieyrina 15-8-2014 02:20 AM
Alamak..cantik la katil bb tu..kat mana nak beli
Quote changa=famri7 15-8-2014 02:20 AM
alieyrina posted on 15-8-2014 02:20 AM
Alamak..cantik la katil bb tu..kat mana nak beli

mothercare ada jual kot

Quote alieyrina 15-8-2014 02:32 AM
changa=famri7 posted on 15-8-2014 02:20 AM
mothercare ada jual kot

Nanti nak gugel..baru pasan dlm insta tu ada org tnya gak  
Quote fifie_olin 15-8-2014 07:46 AM
dia delete dh pic katil ni...
Quote malaywood.NET 15-8-2014 07:51 AM
aku tak pernah tahu apakah produk dia ni..
Quote Suchi 15-8-2014 08:05 AM
changa=famri7 posted on 15-8-2014 02:11 AM
Foto katil bayi yang dimuat naik menerusi laman Instagram Jimmy.



bkn ke kat fb pun ramai duk share gambo katil cenggini tp ade ibu n bby tido lah
semua nk cari
or suh laki buat kan..
walhal dah lama dah wujud katil gini cuma yelah kat malaysia mmg xtaulah ada ke tak
kat ikea tak nmpk pun.
Quote ida88 15-8-2014 08:07 AM
Kalau yer, tahniah utk jimmy
Quote star_anisse 15-8-2014 08:39 AM
nk katil mcm tu jugak.. hihi
Quote biggirlduncry 15-8-2014 08:45 AM
lor... apa yg pelik nya org yg nikah sah kalau mengandung.
ramai je yg tak nikah boleh ngandung siap main buang2 lagik
Quote khaira01 15-8-2014 08:59 AM
baguslah..
Quote hemoh2 15-8-2014 09:43 AM
bagus...bagus...tumpang hepi...congrats

Quote itik_kuning 15-8-2014 09:50 AM
gambar katil tu ada kat page ape ntah kat fb. bukan gambar katil dia pun.

iols pun berkenan.
Quote asteruk 15-8-2014 10:24 AM
jimmy dah abis study kat uitm shah alam belum?

skrg masih deejay radio ufm tu lg ke?

Quote ladyfree 15-8-2014 10:29 AM
masih dejay kat ultra..tp tukar shift lak.. skrg on air  time malam...
Quote BebeQ 15-8-2014 10:31 AM
Suchi posted on 15-8-2014 08:05 AM
bkn ke kat fb pun ramai duk share gambo katil cenggini tp ade ibu n bby tido lah
semua nk cari
o ...

apa pasal la diorang tu pening2. baby cot biasa kan boleh guna sebagai extension gini. jatuhkan sebelah palang dan rapatkan ke katil. settle.

kalau beli katil baby jenis playpen tu bukan jenis kayu, memang tak dapat membantu la.
Quote amyra_aima 15-8-2014 10:32 AM
alamakkk i nak caari gak katil baby camnie. senang. xde anak pertamaa kecik ati nnti sbb xley tdo sblh mummy diaa...
Quote menjad 15-8-2014 10:38 AM
dah tau xnak citer yg ko pi upload gambo mengundang spekulasi pesal... bangang bertingkek betul!
Quote ZaraPalarae 15-8-2014 11:00 AM
sungguh ker.. tahniah!

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.382388 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top