CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Bekas Suami Tidak Terkesan Hubungan Izreen Azminda & Amar Baharin

15-8-2014 11:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20242| Komen: 60

Bekas Suami Tidak Terkesan Hubungan Izreen Azminda & Amar Baharin


Gambar kenangan ketika perkahwinan Izreen dan Muhammad Riza.

   
   
PETALING JAYA: Bekas suami Izreen Azminda, 29, Muhamad Riza Baharuddin tidak terkesan dengan khabar angin tentang pelakon wanita itu yang kini digosipkan bercinta dengan aktor Amar Baharin.

Muhammad Riza, 31, yang juga jurukamera bebas berkata, perkara tersebut merupakan hal peribadi yang tidak lagi berkaitan dengan dirinya selepas mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

"Saya sedikit pun tidak tertekan dengan berita-berita yang keluar itu kerana kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.

"Kalau dia bercinta sekalipun itu adalah hak peribadi dan terpulang kepada dia untuk menentukan kehidupannya," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Muhammad Riza berkata, dia masih berhubung dengan bekas isterinya itu kerana Izreen masih lagi berada dalam edah.

Katanya, mereka banyak berkomunikasi tentang hal berkaitan anak lelaki iaitu Adrian Umar, 10 bulan, yang kini dibawah jagaan ibu Izreen di Kedah.

 Izreen dan Amar Baharin digosipkan bercinta apabila sering memuat naik gambar bersama.


Sementara itu, ditanya sama ada perpisahan yang terjadi ada berkaitan dengan hubungan rapat antara kedua-dua pelakon itu selepas bergandingan dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, Riza berkata, dia reda dengan apa yang telah berlaku.

"Perceraian kami mungkin sudah ditetapkan oleh Allah, kalau disebabkan orang ketiga sekalipun saya reda.

"Apa-apa pun alasan perceraian ini pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, saya doakan yang terbaik buat dia," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Riza berkata, dia kini senang dengan kehidupan 'kembali bujang' dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.

Muhammad Riza dan Izreen sah bercerai talak satu pada 9 Jun lalu selepas dua tahun hidup bersama.

Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote az2801 15-8-2014 02:18 AM
Memang pun kau tak kisah kembali bujang..

sengal
Quote kakikuDibibirmu 15-8-2014 03:03 AM
tak terkesan pun kecoh, terkesan lettew, selayaknyalah
Quote leezzaliza 15-8-2014 05:50 AM
Standard ler... Bile dah cerai anak anto balik kg kasi mak jage...  Mak bapak kat bandar idup mcm org bujang... Choiii
Quote maxim 15-8-2014 05:53 AM
mesti la wartawan yg gigih bertanya samada dia rasa terkesan ke x. macam tak logik pula Muhamad Riza Baharuddin saja2 gi carik wartawan nak bgtau dia tak terkesan
Quote nadieya 15-8-2014 07:14 AM
riza ni kiranya dah dua kali duda la kan?
that y la dia tak terkesan...
sbb dah pernah ada experience berpisah...
tp betul jugak, buat apa nak terkesan
perjalanan hidup mesti diteruskan...
kira bagus la tu masih berhubung sbb anak...
jadi mcm linda rafar dgn ex-husband dia... elok je jaga anak2
Quote malaywood.NET 15-8-2014 07:44 AM
motif wartawan jd batu api jumpa bekas laki dia untuk memberi komen..
Quote ida88 15-8-2014 08:06 AM
malaywood.NET posted on 15-8-2014 07:44 AM
motif wartawan jd batu api jumpa bekas laki dia untuk memberi komen..

Kan..mohtip batu api sgt tanye soalan begitu
Same mcm kes wartawan tanye waris mh17 mcmne perasaan die disaat raye nk menjelang
Quote malaywood.NET 15-8-2014 08:11 AM
ida88 posted on 15-8-2014 08:06 AM
Kan..mohtip batu api sgt tanye soalan begitu
Same mcm kes wartawan tanye waris mh17 mcmne perasaa ...

wartawan takda bahan kot nak penuhkan surat kabar. jd terpaksa ambik cita begini walaupun tak penting sangat. hampeh..
Quote nebulagazer 15-8-2014 08:11 AM
leezzaliza posted on 15-8-2014 05:50 AM
Standard ler... Bile dah cerai anak anto balik kg kasi mak jage...  Mak bapak kat bandar idup mcm or ...

Sedey kannnn
pas jg anak
Jg cucu lak
Quote reenz013 15-8-2014 08:20 AM
yg wartawan p cr dia ni napa...cm dh xde bite len nk dikuarkan
Quote cantleyi 15-8-2014 08:27 AM
sesuai sangat yang divorce kalu cengituu
Quote CrowneGlory 15-8-2014 08:30 AM
2 x 5 , 5 x 2 .. Yg anak jugak kena campak ke kampung
Quote damian_lee 15-8-2014 08:35 AM
malaywood.NET posted on 15-8-2014 07:44 AM
motif wartawan jd batu api jumpa bekas laki dia untuk memberi komen..

wartawan Malaysia memang begitu ,,,, suka jadi batu api .... banyak jer kes ... orang2 zaman silam diungkit2 balik

contohnya
time shila "couple"/"putus" ngan joahn sibuk cari chaanaz
time adik beradik aidil ada prob/kontroversi sibuk cari rita rudaini
time ada issues pasal nad/hafnie sibuk cari pelakon ex nad tu

apa la reporter malaysia ni ... busuk sangat perangai .....
Quote pichee 15-8-2014 09:26 AM
soalan wartawan standard...lps nie mesti wartawan akan tnye Johan plak sbb bekas teman lelaki..restu x if izreen ngn amar...

Quote menjad 15-8-2014 10:44 AM
dua-dua mmg nampk kesengalan nyer... yg pompuan dalam edah pun perangai xjaga langsung....
Quote katakau 15-8-2014 10:58 AM
mmg btol lar dorg nie bercinta..tengok pon lain mcm jer..
Quote edoraixora 15-8-2014 11:26 AM
izreen pun....kot dah gelenyar sangat pun, bawak2 ler bsabor
habiskan edah dulu, nmpak sgt ko punca perceraian
Quote apiang 15-8-2014 11:32 AM
ler...ni ke gossip.. hehehe style mak jemah sangat
Quote kakikuDibibirmu 15-8-2014 01:17 PM
damian_lee posted on 15-8-2014 08:35 AM
wartawan Malaysia memang begitu ,,,, suka jadi batu api .... banyak jer kes ... orang2 zaman silam ...

time abby cerai farhan sibuk ambik komen normiang dengan memiang

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.093759 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top