CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Bayaran Kena Tinggi Kalau Nak Panggil Johan?

14-8-2014 04:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22604| Komen: 122

Bayaran Kena Tinggi Kalau Nak Panggil Johan?


Johan ada cara sendiri untuk buat amal kebajikan.



PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Johan (Raja Lawak) memberitahu dia terpaksa menolak mana-mana undangan persembahan untuk majlis amal yang menawarkannya bayaran rendah  berbanding harga sebenar khidmatnya.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 30, berkata, dia mempunyai caj tertentu jika undangan tersebut membabitkan aktiviti-aktiviti amal.

"Ramai pihak yang panggil untuk saya buat persembahan amal dengan bayaran sagu hati dengan alasan ia adalah untuk majlis amal.

"Kalau mereka mahu buat amal, mereka perlu bayar dengan harga saya untuk persembahan itu," ujarnya kepada mStar Online tanpa menyatakan bayaran sebenar khidmatnya.

Bagaimanapun, Johan berkata, jika dia tidak dapat menerima tawaran berkenaan, dia akan mencadangkannya kepada rakan-rakan pelawak yang lain mengikut kemampuan pihak penganjur.

Dalam pada itu, Johan berkata, dia mempunyai cara tersendiri untuk melakukan amal kebajikan tanpa melalui mana-mana agensi ataupun majlis amal.

Katanya, perkara tersebut sudah diamalkannya sejak mula menceburi bidang hiburan iaitu berkongsi rezeki dengan orang yang kurang berkemampuan.

"Banyak cara untuk kita beramal selain menyertai majlis amal. Sejak saya mula bekerja lagi saya sudah amalkan perkara ini kerana bagi saya kalau kita ingin murah rezeki, kita perlu jadi pemurah dahulu.


"Saya ada menjaga anak yatim yang mana saya sediakan keperluan mereka, malah setiap waktu terluang kami sekeluarga akan pergi ke rumah kebajikan orang tua atau anak yatim untuk menziarah dan memberi sumbangan yang termampu," ujarnya.

Tambah Johan, dia yakin amal kebajikan yang dilakukan itu menjadi punca dia berada pada kedudukannya kini.

Sementara itu, ditanya tentang kerjaya dalam bidang lakonan, Johan berkata, dia terpaksa melepaskan banyak tawaran berlakon filem dan drama bagi membahagikan masa bersama keluarga dan komitmen terhadap penyampai radio Era FM.

"Sejak menjadi penyampai radio memang saya banyak tolak tawaran berlakon filem dan drama kerana tiada masa.

"Saya ada komitmen dengan radio Era FM iaitu bermula sebelum pukul 6 pagi saya perlu ada di konti dan balik pada pukul 10 pagi, kemudian meluangkan masa bersama keluarga sehingga pukul 10 malam.

"Kalau ada penggambaran sudah tentu saya akan balik sehingga lewat malam dan masa tidur dan masa bersama keluarga saya akan terganggu," ujarnya.

Dalam pada itu, Johan mengakui ada beberapa stesen radio lain yang cuba untuk merisik mengenai perkhidmatannya di Era FM.

Bagaimanapun, kebanyakannya tidak memberi maklum balas selepas dia memberikan harga yang diinginkan.

"Ada juga beberapa stesen yang tanya tentang harga yang Era FM beri kepada saya, namun saya kata jika mereka mahu saya, mereka perlu tanya kepada saya sendiri berapa harga yang saya inginkan.

"Kalau mereka boleh bayar harga saya itu sudah tentu saya pergi, namun saya tidak rasa saya penyampai radio paling mahal di Malaysia, ada lagi yang lebih mahal daripada saya," ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nonarona 13-8-2014 02:55 PM
Lawak lagi kah si Johan ni?
Quote toteng 13-8-2014 02:57 PM
Statment..cm bintang popular la pulak
Quote msxx 13-8-2014 02:57 PM
Demand satu hal, pastu war2kan pulak pd public psl byrn die mesti up to his standard. Takpela, rezeki tgh kencang, blh la demand, bila dah suam2 kuku esk, jgn nk merayu bagai srh org bg job pulak. Susah nak mencari artis mcm kak pah, cukup2 profesional, tahu bl perlu dibayar setaraf namanya & tahu pula menyumbang amal.
Quote apiang 13-8-2014 03:00 PM
hehehe kesian johan..

kesian produser

kesian radio

kesian...

sapa tau berapa gaji penyampai radio ek..anggaran..
Quote Jagendas 13-8-2014 03:03 PM
salute johan
haritu dlm sembang teh tarik pon
dia ade cite sblm masuk raja lawak dia jual otak otak
Quote Jagendas 13-8-2014 03:04 PM
apiang posted on 13-8-2014 03:00 PM
hehehe kesian johan..

kesian produser

dulu salleh yaakop dlm 18k sebulan kalau tak silap
Quote maxim 13-8-2014 03:05 PM
Psl ada johan ray n haniff la aku dh x layan era skang. Sekor2 wat lawak bodoh pastu mengilai sesama snirik. Senang keje dj skang
Quote maxim 13-8-2014 03:06 PM
apiang posted on 13-8-2014 03:00 PM
hehehe kesian johan..

kesian produser

Halim othman dlu 40k..dulu la
Quote batman_2007 13-8-2014 03:09 PM
Kureng dh johan nie.
Skrg jihan sungguh lawak okaayy
Quote kakikuchantik 13-8-2014 03:09 PM
kate linda onn paling mahal... x kisah la aku sokong je ko jemaaaahhhh
Quote epysha 13-8-2014 03:10 PM
toteng posted on 13-8-2014 02:57 PM
Statment..cm bintang popular la pulak

abi hurairah skirt tudung saji..sembelit kew...
Quote reenz013 13-8-2014 03:11 PM
bape rate majlis amal dia ni
Quote bottombikini 13-8-2014 03:14 PM
maxim posted on 13-8-2014 03:05 PM
Psl ada johan ray n haniff la aku dh x layan era skang. Sekor2 wat lawak bodoh pastu mengilai sesama ...


sama la mek! dah lama tak dengar ERA pasal 2 orang ni..yg sorang act cam kelaka..yg sorang lagi act cam mat salleh..

johan ni ke yg amik cuti sebulan utk beramal, join grup manatah pi mendalami agama di bulan pose. member kata dia story ni kat astro. mungkin caj mahal tersebut utk membiayai 'perjalanan pahala' tersebut barangkali....
Quote katakau 13-8-2014 03:15 PM
so brite yg dia ikat kontrak 1M tue kira betol lar eh?..ker mcm mana?..
Quote PongKang 13-8-2014 03:16 PM
cuba gandingkan jihan dgn johan
Quote kentel 13-8-2014 03:22 PM
haiyohh...
Quote Suchi 13-8-2014 03:24 PM
aritu nmpk dia kat wanita hari ini
emm dia nih baguslah jenis family man
tp rasanya elok takyah org tau sgt..
bkn pe sbb ade sebut selalu bg hadiah kt bini bgai kan
kang ade lah yg nk numpang kebahagiaan skali
Quote annehuda 13-8-2014 03:24 PM
kalau bayaran murah sgt nnt tak mampulah heols nk membeli beg harga ratus ribu utk bini heols kan?
Quote azanorehan 13-8-2014 03:32 PM
mcm riak pulak

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.295721 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top