CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Kajol Bakal Lancarkan Saluran Baharu Astro

12-8-2014 10:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7202| Komen: 13

Kajol Bakal Lancarkan Saluran Baharu Astro

Kajol
   
   
PETALING JAYA: Bintang filem Bollywood iaitu Kajol bakal berada di Kuala Lumpur pada 20 Ogos ini sempena pelancaran saluran baharu Astro yang dikenali  BollyOne HD.
   
Stesen televisyen itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin berkata, penghormatan itu diberikan buat Kajol bersesuaian dengan saluran berkenaan yang akan memaparkan filem-filem Bollywood.

Tambah kenyataan itu, saluran berkenaan yang akan diperkenalkan pada 1 September depan bakal mempamerkan filem-filem Hindi dalam kualiti HD.

Selain Kajol, pelakon Aaron Aziz dan Lisa Surihani akan turut menyertai pelancaran berkenaan.
4

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aufa 12-8-2014 10:22 AM
Melaka tak nak beri datuk pada kajol ?
Quote jula7 12-8-2014 12:03 PM
bayar lagi ke nak tgk chanel ni?
Quote shanshero 12-8-2014 08:14 PM
Pegi mampos
Quote adlii 13-8-2014 04:38 PM
teringat cerita kuch kuch hota hei
Quote tepisket.. 13-8-2014 08:29 PM
dia ni nmpk macam riuh. tapi sbenarnya pendiam n suka baca buku
Quote adlii 15-8-2014 12:53 AM
jula7 posted on 12-8-2014 12:03 PM
bayar lagi ke nak tgk chanel ni?

kemungkinan besar kena bayar

Quote dauswq 15-8-2014 03:06 PM
adakah akn byk citer kajol dlm cenel tu nnt?
Quote aufa 17-8-2014 08:59 PM
Mesti ramai peminat kajol akan pergi nanti
Quote changa=famri7 21-8-2014 03:33 AM
            'Kuch Kuch Hota Hai' Memori Terbaik Kajol       
Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 12:49 AM
                                
Kajol yang pertama kali berkunjung ke Malaysia cukup teruja dengan keramahan peminatnya yang disifatkan cukup sopan.
   
                                                    (Ubah saiz teks)       
        KUALA LUMPUR: Aktres terkenal Bollywood, Kajol mengakui filem lakonannya bersama Shah Rukh Khan iaitu Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) pada 1998 adalah memori terbaiknya sepanjang bergelar pelakon.

Kajol, 40, berkata, sehingga ke hari ini filem berkenaan bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepadanya tetapi juga peminat KKHH yang masih meminati karya tersebut sehingga ke hari ini.

"Kuch Kuch Hota Hai adalah sebahagian daripada hidup saya dan ia bukan sekadar filem tetapi adalah memori terbaik dalam hidup saya.

"Sehingga ke hari ini perasaan seronok berada di set penggambaran bersama pelakon-pelakon lain dapat dirasai dan amat bersyukur ia masih kekal dihati peminat," katanya.

Kajol berkata demikian ketika sesi temubual bersama pelakon Lisa Surihani sempena pelancaran saluran Astro Box Office (ABO) BollyOne HD 251 di Hotel JW Marriot di sini pada malam Rabu.

   


   Kajol kelihatan ceria ketika ditemubual oleh pelakon Lisa Surihani.



Tambah Kajol, dia tidak dapat membayangkan pelakon wanita lain melakonkan watak Anjali dalam KKHH selain daripada dirinya kerana peranan itu dekat dihatinya.

Dalam pada itu, Kajol berkata, ini adalah kunjungan kali pertamanya ke negara ini dan cukup teruja dengan keramahan peminat yang disifatkan cukup sopan.

Bagaimanapun kedatangan julung kalinya itu tidak ditemani oleh suaminya aktor Ajay Devgan.

"Sejak saya sampai ke Kuala Lumpur ramai peminat yang menyapa dan melambai ke arah saya.

"Paling saya hormati mereka peramah dan paling penting penuh sopan santun," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran saluran Astro Box Office (ABO) BollyOne HD 251 yang mengkhususkan penyiaran program eksklusif dari Bollywood, Kajol berkata, ia satu tindakan baik selain memberi peluang kepada peminat yang menggemari filem daripada India.
   Kajol melancarkan saluran Astro Box Office (ABO) BollyOne HD 251 yang mengkhususkan penyiaran program eksklusif dari Bollywood.




Jelas Kajol, keunikan filem-filem dari Bollywood yang penuh warna membuatkan penonton menggemarinya dan yakin saluran itu akan mendapat sambutan hangat.

"Peminat filem Bollywood pasti akan teruja dengan saluran itu dan saya yakin ia akan mendapat sambutan hebat.

"Biarpun berbeza bahasa namun penonton masih boleh meminati karya-karya dari India kerana ia istimewa dan penuh warna," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Kajol berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem terbaharunya terbitan suaminya dengan membawakan watak isteri mafia.

Selain itu, Kajol akan kembali bergandingan dengan Shah Rukh Khan menerusi sebuah filem arahan Rohit Shetty.

Selain KKHH, Kajol juga popular menerusi  filem seperti Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kabhi Kushi Kabhi Gham dan My Name Is Khan.
Quote nanacinta 21-8-2014 12:05 PM
minat sangat dgn kajol...dia ni pandai berlakon la...
Quote jeygi 21-8-2014 12:32 PM
masih x berubah wajah dan bentuk badan si kajol neh...
ttp sweet d mata ku...
Quote jarikuku 21-8-2014 07:21 PM
muka kajol tak nmpk tua pun/
nmpk sama je dari dulu sampai skrg.
Quote NonaNaga 22-8-2014 01:01 AM
Kulit kajol ngan lisa lebih kurang jek...cerah..suka kajol forever..dia artis bollywood yg kecapi kejayaan kerjaya dan rumahtangga.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.193849 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top