CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Derita Peniaga Buah Di Ajil

12-8-2014 10:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4304| Komen: 22

Derita Peniaga Buah Di Ajil

Setiap hari peniaga tanggung rugi sehingga terpaksa buang buah-buahan yang busuk begitu sahaja.



HULU TERENGGANU - Peniaga di gerai buah-buahan Ajil kini dihimpit kesempitan hidup apabila hasil jualan mereka tidak lagi menjadi  pilihan.

Hari demi hari, hasil jualan makin menyusut, malah ada kalanya mereka pulang hampa kerana buah-buahan yang dijual tidak langsung dibeli.

Harapan menunggu rezeki melimpah musim perayaan tahun ini ternyata mengecewakan mereka kerana kerancakan urus niaga tidak lagi meriah seperti ketika mereka berniaga di tepi jalan utama sebelum adanya Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) II.

Sinar Harian difahamkan, peniaga terbabit berpindah ke tapak gerai buah-buahan yang ada kini sejak 2011 dengan kadar sewa RM100 sebulan setelah lokasi asal di tepi jalan utama laluan Ajil-Bukit Besi mengundang kesesakan lalu lintas khususnya musim perayaan.

Bagaimanapun, setelah berpindah ke tapak sekarang pendapatan peniaga terjejas kerana lokasi tersebut disifatkan tidak strategik.


Lebih malang, pelanggan makin menjauhi kawasan itu apabila laluan lebuh raya dibuka.


Pelanggan keliru

Seorang peniaga yang enggan namanya dikenali berharap pihak berkuasa dapat memahami nasib yang menimpa peniaga di situ.

"Kami bukannya mahu menghalang pembangunan tetapi punca rezeki kami juga perlu diambil kira, tidak banyak yang kami minta.. cukuplah sekadar diberikan ruang strategik untuk kami mencari pendapatan.

“Asalnya dahulu, terdapat lebih 20 orang peniaga yang menjual buah-buahan dan makanan ringan lain termasuk kerepek. Namun kini, hanya tinggal 12 orang sahaja," katanya.

Dia yang sudah 20 tahun berniaga buah-buahan memberitahu, ketika di tapak lama mereka cukup gembira.

Katanya, musim cuti dan perayaan sentiasa dinantikan peniaga kerana ramai perantau yang berkunjung untuk membeli buah-buahan tempatan.

"Jika dahulu kami tidak menang tangan melayan pelanggan setiap kali musim cuti, tetapi kini buka gerai pun hanya duduk termenang.. tak ada orang datang beli.

"Pernah 11 hari saya tidak ada pelanggan.. walaupun sangat sedih dengan keadaan ini tetapi nak buat macam mana," katanya.

Katanya, lokasi gerai sekarang tidak strategik kerana selain terletak di kawasan rendah jaraknya juga agak ke dalam, iaitu  beberapa meter dari jalan.

Ada pelanggan beritahu dari atas jalan deretan gerai buah ini dilihat seperti rumah murah,” katanya.


Terpaksa ikat perut

Bagi seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenal sebagai Lan, sejak berpindah ke situ, hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Katanya, sejak berniaga 10 tahun lalu, tahun ini hidup mereka suami isteri sangat kesempitan.

Bagi menjimatkan belanja keluarga, kami terpaksa ikat perut.. hanya makan barangan yang dijual di gerai sahaja untuk makan tengah hari.

“Orang tidak nampak gerai kami di sini.. setiap hari kami rugi.. buah-buahan yang kami jual tak laku, lebih sedih apabila banyak yang kena buang kerana sudah busuk," katanya.

Kata Lan, dia buntu dengan nasib mereka, tidak mampu memikirkan apa yang perlu dilakukan lagi.

"Saya sanggup buat sendiri bangsal jika diberi kebenaran oleh pihak berkaitan untuk kembali berniaga di tapak asal kerana potensi mendapatkan pelanggan lebih tinggi di sana,” katanya.


Hilang pelanggan selepas lebuh raya dibuka

Masalah serupa turut dialami seorang peniaga yang hanya mahu dikenal sebagai Ahmad, 30-an.

Dia turut berharap, pihak berkuasa dapat mencari pendekatan terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka.

"Kebanyakan pelanggan kami pengguna jalan raya yang singgah membeli buah-buahan sebelum meneruskan perjalanan.

"Kami menerima kesan yang sangat hebat apabila lebuh raya dibuka," katanya.

Katanya, pelanggan mereka kini ramai menggunakan kemudahan lebuh raya berbanding jalan lama iaitu Ajil-Jerangau Jabur.

Oleh itu, peniaga tidak dapat lagi bergantung kepada pengguna jalan raya untuk membeli hasil jualan buah-buahan mereka.

“Ajil merupakan lokasi tumpuan kedua selepas Kuala Berang di daerah ini. Oleh itu, kami cadangkan agar program besar khususnya peringkat daerah dapat diadakan juga di sini bukan hanya tertumpu di bandar Kuala Berang sahaja,” katanya.


Cari alternatif lain

Sementara itu, Adun Ajil, Ghazali Taib ketika diminta mengulas dilema peniaga berkenaan berkata pihaknya sedia maklum serta mengakui masalah tersebut dan mencadangkan agar peniaga terlibat turut mencari alternatif lain bagi mencari rezeki.

“Pelanggan sebelum ini majoritinya pengguna jalan raya tetapi kini ramai telah beralih guna lebuh raya dan kita tidak dapat mengelak daripada situasi ini kerana lebuh raya adalah salah satu kemudahan perhubungan disediakan kerajaan untuk rakyat.

“Bagaimanapun, apa yang dilalui peniaga kini dilihat bersifat sementara dan gerai tersebut juga bukanlah gerai kekal," katanya.

Kata beliau, keadaan dijangka berubah apabila pembangunan pekan Ajil sebagai bandar baru Ajil yang kini rancak dijalankan siap sepenuhnya kelak.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 12-8-2014 08:15 AM
teringat kegemilangan bukit berapit taiping, sebelum highway plus kawasan tu tempat mandi manda,kelah,,antara tempat pekelahan plibg best kt utara..lik utara mesti singgah situ punya..la tempat tu pun tgl sisa2..suma lalu highway...buat highway abis la tempat2 yg menarik
Quote sayawifenikmie 12-8-2014 08:18 AM

hmmmm.... gambar tu gambar apa? nampaks angat banyak buah2an dan kerepeks yg di jual .. tak nampak macam gerai yg mempunyai masalah pelanggan  ... the fruits look fresh ....
Quote Bell 12-8-2014 08:37 AM
Benda mcm nie tak boleh elak. Natural process dlm ekonomi. Di Temerloh, Restoran Delima yg begitu gah selama 30 tahun kerana menjadi hentian utama bas-bas express ke pantai timur akhirnya gulung tikar bila LPT beroperasi.
Quote Bell 12-8-2014 08:40 AM
TuntungReturn posted on 12-8-2014 08:15 AM
teringat kegemilangan bukit berapit taiping, sebelum highway plus kawasan tu tempat mandi manda,kela ...

Apa nama tempat menarik tu? Kena promote la balik. Buat style resort.

Quote espri6006 12-8-2014 08:42 AM
dulu peniaga lemang kijal juga begitu tapi tapak baru diletak tempat laluan utama yang baru jadi lemang itu masih juga laku.
Quote clarizsa 12-8-2014 08:44 AM
nasib lah... kt kg, org x heran pun buah buahan sbb ade kebun sndri.... pastu mgkin harga jual kekadang mencekik ikut jenis kereta yg berhenti pulak... teringin camne pun, kitorang segan nk henti sbb pernah terkena...


peniaga ni pun, buah yg rosak tu buatlah baja, or sedekah ke kambing ke... rugi nya buang camtu je...
Quote kenarikelabu 12-8-2014 08:57 AM
Kita ni setakat dengar keluhan je lah peniaga2 melayu nih...takleh nk wat apa
Quote ninjago 12-8-2014 10:21 AM
clarizsa posted on 12-8-2014 08:44 AM
nasib lah... kt kg, org x heran pun buah buahan sbb ade kebun sndri.... pastu mgkin harga jual kekad ...

kann.. stuju. ada yg letak harga ikut jenis kereta yg benti. nak raih rezeki btul2 ikhlas, baru rezeki datang bergolek2...

Quote clarizsa 12-8-2014 10:30 AM
ninjago posted on 12-8-2014 10:21 AM
kann.. stuju. ada yg letak harga ikut jenis kereta yg benti. nak raih rezeki btul2 ikhlas, baru re ...

itulah... busuk hati... pastu hairan rezeki lari... tp bkn semua la...
Quote atai 12-8-2014 10:41 AM
pihak berwajib kena pindah lokasi..bagus juga ada orang berniaga tepi jalan ni..
Quote cowey 12-8-2014 10:45 AM
kalo aku jadi peniaga tu,

dari buah membusuk kat kedai..

bek g sedekah dari buang gi tu jea..
Quote budaktua 12-8-2014 10:52 AM
peniaga buah tepi jln kena bantu...

peniaga barang suria KLCC pun kena bantu....


oh.. negera ku MALAYsia...
Quote kauado? 12-8-2014 10:56 AM
clarizsa posted on 12-8-2014 08:44 AM
nasib lah... kt kg, org x heran pun buah buahan sbb ade kebun sndri.... pastu mgkin harga jual kekad ...

stuju...aku pun pernah kene..dieorg usha kete dlu..cam haromm..xkan la pasni aku nak kene park kete jejauh kan..baik x yah beli terus senang citer

Quote ajie2000 12-8-2014 10:57 AM
Kena buat R & R khusus untuk jual buah-buahan...

kumpulkan peniaga-peniaga tu semula..

Sambil berehat memandu boleh baham buah..
Quote tukul 12-8-2014 11:57 AM
kauado? posted on 12-8-2014 10:56 AM
stuju...aku pun pernah kene..dieorg usha kete dlu..cam haromm..xkan la pasni aku nak kene park ket ...

heheeh...my fren pun kena...penjual buah yg sama dan pembeli yang sama...cuma beza hari pegi beli dan jenis kereta...
hari 1 naik viva...rege murah....tak cukup ...esok tu dia pegi beli lg...kali ni naik merc...mak aihhh...terkejut dia harga dah lari...hihih
Quote kauado? 12-8-2014 12:07 PM
tukul posted on 12-8-2014 11:57 AM
heheeh...my fren pun kena...penjual buah yg sama dan pembeli yang sama...cuma beza hari pegi beli  ...

kes aku plak, dah mase nak bayar rm7/kilo..tetibe tinggal wallet dlm kete..g ambik,n mungkin die tengok kot kete aku pastu time nak bayar tu,silap harga katenyerrrrrrrrr...yg rm7 dah abis, yg aku ambik tu rm15 punyer...cam harom....

Quote kauado? 12-8-2014 12:08 PM
ajie2000 posted on 12-8-2014 10:57 AM
Kena buat R & R khusus untuk jual buah-buahan...

kumpulkan peniaga-peniaga tu semula..

bagus jugak idea nih...biar banyak persaingan,so dieorg xkan jual ngan harga sesuka hati

Quote sakurahati 12-8-2014 12:16 PM
ni kedai yg dekat selekoh bukit besi tu ke?....selalu berenti kat sini beli jagung rebus dulu2...dulu tempat ni happening....pas LPT2 bukak sepenuhnya, mesti lagi sunyi tempat ni...skang ni pun dah jarang lalu, sbb keluar ikut exit Paka..
Quote joeyss 12-8-2014 12:19 PM
aku biasa singgah tempat-tempat yang ada tanda harga je..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042666 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top