CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Manis Mulut Pandai Bermain Lidah?

12-8-2014 09:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6080| Komen: 1

Gambar hiasan


Manis Mulut Pandai Bermain Lidah?

Kuala Lumpur: Sifat wanita yang lemah lembut dan manis berkata-kata mungkin menjadi perangkap untuk memperdaya  lelaki dan atas alasan itu mereka lebih cenderung memilih jenayah komersial penipuan yang jelas memerlukan teknik pemujukan.

Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan berkata, penjenayah wanita memanipulasi kelebihan yang ada pada diri mereka selain menggunakan pelbagai modus operandi bagi memastikan kegiatan jenayah itu berjaya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Harian Metro mengenai wanita yang menjadi buruan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Polis Antarabangsa (INTERPOL) selepas terbabit dalam pelbagai jenayah penipuan.

“Tidak susah meyakinkan kaum wanita kerana mereka pastinya lebih mudah percaya kepada kaum sejenis dalam sesuatu perkara terutama membabitkan pelaburan wang tunai.

“Oleh itu ‘tugas’ suspek menjadi lebih mudah. Jika diteliti lebih lanjut kes penipuan biasanya jenayah ini dijalankan dalam tempoh masa yang singkat sebelum suspek menghilangkan diri,” katanya.

Musa berkata, sifat tamak segelintir individu yang ingin menjana kekayaan  berlipat  ganda dalam tempoh singkat juga memberi peluang kepada penjenayah kes berkenaan.

“Mangsa selalunya tidak berhati-hati atau berfikir panjang  kerana mereka berpendapat apa yang dijalankan wanita itu adalah satu bentuk perniagaan dan betul,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 12-8-2014 08:07 AM
apa senjeta lelaki? apa kelebihan perempuan?...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.025426 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top