CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Erma Fatima Selar Laporan Bakal Failkan Cerai

11-8-2014 10:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19661| Komen: 115

Erma Fatima Selar Laporan Bakal Failkan Cerai

Erma nafi bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Bade Azmi.


PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah drama Erma Fatima menyelar laporan kononnya dia bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan panggilan Bade.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 46, berkata, gosip berkenaan tidak benar sama sekali selain menyifatkannya sebagai karut.

"Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu?

"Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Menerusi laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan, Erma turut dikatakan sedang mencari peguam untuk menguruskan permohonan perceraiannya itu terhadap Bade.

Bade berkahwin dengan isteri keduanya pada Mac lalu.
Tindakan Erma itu dikatakan berpunca daripada tekanan hidup bermadu dengan Aida Abdullah yang dikahwini Bade pada Mac lalu selain wanita berkenaan kini hamil.

Dalam pada itu, Erma menjelaskan, perkahwinannya bersama Bade tidak mempunyai sebarang masalah dan pelik bagaimana cerita berkenaan timbul.

Jelas Erma, dia juga tidak mengetahui siapakah dalang disebalik penyebaran gosip tersebut yang dikatakan teman rapatnya namun enggan melayan gosip seperti itu.

"Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata," jelasnya.

Erma sebelum ini mengakui memberi keizinan dan kebenaran kepada Bade untuk berkahwin dengan Aida Mac lalu dan meminta agar semua pihak mendoakan kebahagian pasangan tersebut.

Pasangan itu berkahwin sejak 24 tahun lalu dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12 dan Nurain kini berusia lapan tahun.


Bagus
2

Marah
7

Terkejut

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucing_gebu 11-8-2014 07:00 AM
sabor je la...anyway tahniah kt bade hajat nk punya zuriat sendiri nak tercapai juga akhirnya...
Quote kitty_lynne 11-8-2014 07:02 AM
Yg dok nafi kn tu biasanya btul ujung2 nya...
Hrp2 citer ni x btul la ye
Quote pinkzara 11-8-2014 07:41 AM
sebenarnya reporter nak bgtahu..madu erma dah ngandung.
Quote aTiKah_aYuNi 11-8-2014 07:46 AM
harap2 bersungguh laa x benar......
Quote leezzaliza 11-8-2014 07:52 AM
Redha mcm mane pun, dlm ati mesti ade rase terguris lebih2 lg bila madu dah peknan hasil hubungan dgn suami sendiri...
Quote mixed 11-8-2014 08:34 AM
pinkzara posted on 11-8-2014 07:41 AM
sebenarnya reporter nak bgtahu..madu erma dah ngandung.

itu yg sebenarnya wartawan nak kasi lagakan2
nk erma sedih ke org dah taw madu dh preggy

bertabahlah kak erma, anak dara skrg lbh selera dgn laki org dr yg bujang
hidup nk senang dgn kemewahan.
Quote NHolmes 11-8-2014 08:38 AM
Selar - word of the month kah?
Sebelum ni hencap
Quote schababe 11-8-2014 08:39 AM
bertabah la kak erma..
Quote CrowneGlory 11-8-2014 08:41 AM
Tabahnya erma... Kalau aku madu peknen mesti trbyg laki bersenggama dgn pompuan tu... Geli..mesti rasa nk bunuh je dorg berdua..:@
Quote bbalik 11-8-2014 08:42 AM
ujung2 itu le jadinya walau dok nafi2...
Quote mixed 11-8-2014 08:47 AM
baru pasan @maxim avvy save gaza ko dato iman rupanya

Quote Sofea 11-8-2014 08:58 AM
Siapa yang ikut IG Erma mungkin akan bersetuju dengan artikel ni. Feel sorry for Erma. Madu beliau patut contohi artis seperti Zarina Zainuddin  yang ambil suami orang tapi tau diri.

Doakan yang terbaik untuk Erma Last edited by Sofea on 11-8-2014 09:35 AM

Quote SyaAnis 11-8-2014 09:18 AM
sedihnya...

tabah la ye kak erma...
Quote xAthenax 11-8-2014 09:30 AM
Hopefully it is just rumors
lama sudah Erma ni suruh Bard kawin apa
even tawar gi minang  Raja Ema untuk Bard
memang lah hati terguris but anak2 angkat mereka tu kesian le
close to both parent
Quote nh83 11-8-2014 09:36 AM
pinkzara posted on 11-8-2014 07:41 AM
sebenarnya reporter nak bgtahu..madu erma dah ngandung.

kan..jahat sungguhhh.. moga insaflah pihak2x yg terlibat..keja nk bg rumahtangga org ranap ja..ngeri ada makhluk mcm nih
Quote cruz2 11-8-2014 09:41 AM
Sofea posted on 11-8-2014 08:58 AM
Siapa yang ikut IG Erma mungkin akan bersetuju dengan artikel ni. Feel sorry for Erma. Madu beliau p ...

apa yg madu  dia dh buat?
Quote aderaderker 11-8-2014 09:43 AM
Jangan le cerai..
Sian anak2..
Quote Suchi 11-8-2014 09:45 AM
CrowneGlory posted on 11-8-2014 08:41 AM
Tabahnya erma... Kalau aku madu peknen mesti trbyg laki bersenggama dgn pompuan tu... Geli..mesti ra ...

perempuan mmg suka bygkn secara visual kan.. hahah
lg satu mesti takut dibandingkn cth dr fizikal dan aksi
laki jelah yg tau hat mana lebih bagus ' aksinya'

menda2 camnih lah yg mengganggu emosi, rasa rendah diri dan down yahamat..

tambah parah bila sesuatu yg paling penting iaitu kemampuan hamil n melahirkan..
jgn kata org kita, semua pompuan di dunia pun rasa sgt sensitif bab tuuu..

igt dulu2 kawan iols tua setahun dr laki dia, kawen dah setahun lum ada tanda peknen..
mass kat surau dia ckp kt iols, rasa sedih n risau sgt.. takut suami dia cari lain sbb dia lum peknen lg.. dahlah laki dia muda dr dia..

hurmmm sedih betul rasa
sian org pompuan.... dahlah masyarakat selalu menekan
diri sendiri pun asik rasa insecure...
semua yg dibuat utk kbhgn org tersayang.. hati sendiri jaga sendiri

jarang dengar org laki meroyan takut bini cari laki lain sbb lum peknen2..
balik2 pompuan gak yg diugut mcm2
ko tak hebat diranjang cari lain
ko takleh peknen cari lain
ko tak pandai masak cari lain
Quote tomet05 11-8-2014 09:58 AM
sian kan ..

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.187829 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top