CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Filem Tembus Tak Laku, Ahmad Idham Selar Pengkritik

8-8-2014 05:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27285| Komen: 196

Ahmad Idham Selar Pengkritik 'Tin Kosong' Komen Filem Tembus


Ahmad Idham akui penonton masih mahu filem berunsur komedi ringgan


PETALING JAYA: Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak akan menerima sebarang pendapat atau kritikan daripada pengguna laman sosial yang kebanyakkannya tidak berkelayakan daripada segi pengetahuan akedemik untuk menilai filem terbaharunya berjudul Tembus.



Ahmad Idham berkata, kebanyakan pengguna laman sosial yang digelarnya sebagai 'tin kosong' itu hanya memberi komen negatif yang tidak membina dengan mempunyai agenda menjatuhkan reputasi filem tersebut.


Barisan pelakon hebat dalam filem Tembus.


"Saya malas nak layan pengkritik-pengkritik filem di laman sosial itu, mereka bukan mengkritik sebaliknya hanya memburuk-buruk dan mengutuk filem tersebut sahaja.

"Saya gelar mereka sebagai tin kosong kerana mereka tidak mempunyai sebarang ilmu dalam bidang ini dan tidak layak untuk meletakkan taraf filem saya di tahap mana," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Ahmad Idham berkata demikian ketika diminta mengulas tentang filem Tembus yang dikritik sebagai filem tidak berkualiti oleh segelintir pengguna laman sosial di Twitter.

Dalam masa yang sama, Ahmad Idham telah membalas kritikan tersebut dengan melabelkan mereka sebagai 'tin kosong' kerana tidak mempunyai kelayakan untuk bercakap tentang filem.

Perkara tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati pengikutnya yang menganggap pengarah itu sebagai tidak menghormati penonton filem yang  menyokong karya itu dengan menontonnya di pawagam dan kemudiannya memberi komen.

Sementara itu, Ahmad Idham berkata, sebagai anak seni dan pengarah yang sudah berada lama dalam industri dia menerima semua kritikan daripada pelbagai pihak terhadap karya-karyanya.

Bagaimanapun, katanya, kritikan tersebut perlulah membina dan boleh membantunya untuk memperbaiki lagi mutu filem yang bakal dihasilkan pada masa akan datang.

"Saya sudah lama dalam bidang ini dan sudah tentu saya boleh terima apa juga kritikan untuk filem-filem saya, namun bagi saya sebuah kritikan itu perlulah sesuatu yang membina.

"Kritikan yang mereka lemparkan di laman sosial itu hanya boleh menjatuhkan moral dan semangat pengiat seni sahaja, kalau misalnya pengarah yang dihentam itu adalah pengarah baru mungkin mereka akan cepat putus asa," katanya.


   Antara status dan komen penonton di laman sosial Twitter Ahmad Idham.

Dalam pada itu, Idham mengakui kutipan filem Tembus yang ditayangkan pada 28 Julai lalu agak perlahan berbanding filem Mat Tudung yang turut ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Idham berkata, salah satu faktor yang dikesan ialah kecenderungan masyarakat masih lagi mahu menonton filem-filem yang bercorak komedi dan santai berbanding filem genre berat seperti Tembus.

"Saya akui kutipan filem ini agak lembab dan baru mencecah RM400,000 selama seminggu ditayangkan, filem ini sebenarnya hanya  eksperimen saya untuk menguji pasaran filem tempatan. Saya mahu tengok sambutan filem terhadap filem berat dan drama seperti ini.

"Ternyata penonton Malaysia masih lagi mahukan filem yang ringgan dan santai. Kalau diikutkan ramai pengkritik filem yang hebat memberi bintang lebih kepada filem Tembusberbanding Mat Tudung," ujarnya.


Tambahnya, selain itu, faktor insiden pesawat MH17 dan peperangan di Gaza turut menjadi faktor apabila masyarakat Malaysia masih berada dalam keadaan sedih dan tidak mahu berbelanja untuk bergembira.

Filem Tembus dibarisi artis-artis hebat yang mengabungkan tiga negara iaitu Aaron Aziz, Luna Maya dan Fazura yang menceritakan tentang skandal serta penculikan kanak-kanak.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zila_hakimie 7-8-2014 01:56 PM
tak baca artikel sampai habis..
however, gelarkan org as tin kosong,
is it educated way?
Quote af_1993 7-8-2014 02:00 PM
tidak akan menerima sebarang pendapat atau kritikan daripada pengguna laman sosial yang kebanyakkannya tidak berkelayakan daripada segi pengetahuan akedemik untuk menilai filem terbaharunya berjudul Tembus.



pffft..tidak berkelayakan konon..helloo duit ko pon dpt drpd kitaorg ok yg tgk movie..
berlagak betol dia nih..boycott je filem mamat nih
Quote kosukeconan 7-8-2014 02:05 PM
da tayang kah ni?
tgk trailer c luna tu power lakonan dia
Quote lnakass 7-8-2014 02:09 PM
Berkelayakan atau tidak, semua orang ada hak untuk menyuarakan pendapat. Dah diorang yng tngk, takkan nak suroh orng lain pulak komen? And btw, tin2 kosong tu la yng pegi panggung wayang tngk filem kau tu. Huh :@
Quote loveocean 7-8-2014 02:13 PM
susah tol manusia yg tak leh terima hakikat ni.. hakikat nyer filem ko mmg cam sampah pun.. nasib baik ada tin2 kosong yg dah terbeli tiket dan tgk cita ko.. ko yg patut masuk university balik untuk memajukan tahan pengarahan ko tu..
Quote alesandra 7-8-2014 02:14 PM
Tambahnya, selain itu, faktor insiden pesawat MH17 dan peperangan di Gaza turut menjadi faktor apabila masyarakat Malaysia masih berada dalam keadaan sedih dan tidak mahu berbelanja untuk bergembira.
alasan  neh cam tak boleh pakai la bang...berlaku jujur la ada ke majoriti rakyat malaysia meratab sendu sgt sampai tk boleh buat apa2 psl 2 insiden diatas.raya pulun gak... sampai jem be rejam2..shopping complex sesak penuh org...etc
Quote maxim 7-8-2014 02:15 PM
kosukeconan posted on 7-8-2014 02:05 PM
da tayang kah ni?
tgk trailer c luna tu power lakonan dia

dah tayang..baca review katanya lakonan luna mmg superb!
Quote anwarnuwa 7-8-2014 02:19 PM
bangang jugak AI ni. tin2 kosong ni la yg menyumbang kepada keuntungan filem. buat filem untuk tontonan tin2 kosong bukannya untuk tontonan pengkritik2 ilmiah tu. so kene terima la kritikan tin2 kosong ni

patutlah filem malaysia dah jatuh sbb ada spesis org camni la..
Quote yusra 7-8-2014 02:24 PM
erma patimah versi lelaki. koserr..
Quote znuyul 7-8-2014 02:25 PM
bila manusia mengongkat langit..xsedar ape yang ade dibawah..
Quote arira_arora 7-8-2014 02:27 PM
hello mmg filem22 ko filem sampah... ptot la fazura tk ckp ape.. thun lps kemain dok meroyan kate ke hans filem tk laku...
Quote sangkancil 7-8-2014 02:33 PM
Amad Idham pun ade degree in arts ke?film ke?directing ke?
takde rasanya...setakat pengalaman direct drama,baik lagi Datuk Usop Haslam,sama je stended kau.
Lakonan Luna mmg superb,fakezura x terkejar stended Luna beb.cuma sedihnya tak digarap dgn baik.style directing amad idham so yesterday,so MIG style.
dah mcm film bayangan maut usop selam pun ada.teringat cerita Lari,ingatkan something different la mcm dijanjikan.sekali hampeh,buat rugi baya tix aje sbb x suspens n x thrill lgsg.iols bayo duit tix amad idham,kau nk ckp iols tin kosong jgk ke?skrip amad idham masa lari n tembus x jauh beza.boring.better luck next time Mr Cinderella!
Quote DayangKirana 7-8-2014 02:40 PM
alkesahnyer.. time kire untung tak tengok plak duit tiket tu datang dari poket mereka yang ade degree film ke tak?

dasar pembuat filem syok sendiri..cuba dia bawak2 orang2 yang dia rasa layak untuk bercakap bagi komen tentang filem sampah dia tuh.. kenapa tak buat mcm tuh?

sejak citer Cinderella, dia makin ekk..
Quote PulutDereyan 7-8-2014 02:48 PM
silap nko jugek amad ideham oi..
sapa suruh wat cite camni..
ko bukan tak tau rakyat malaysia mcm mna..
depa suka cite cinta.. cite komedi.. cite gangster pukul2 org tumbuk muka tak lembam..
kalo ko buat cite cmtu for sure meletops letops tebaboom..

bak dialog pilem p romli:
"bukankah kau tau kegemaran aku ialah belacan..kenapa kau masak sayur asam tak campur belacan? sekarang aku akan pancung leher kauuu!!!" Last edited by PulutDereyan on 7-8-2014 02:53 PM

Quote hyie 7-8-2014 02:49 PM
macam biasa, filem2 yang ada miss F mesti tak laku..nape tah
Quote makton 7-8-2014 02:49 PM
ahmad idham yg syok sendiri...
Quote rosevelvet 7-8-2014 02:51 PM
af_1993 posted on 7-8-2014 02:00 PM
pffft..tidak berkelayakan konon..helloo duit ko pon dpt drpd kitaorg ok yg tgk movie..
berlag ...

tin2 kosong tu la yg kuar duit nak masuk panggung tgk citer dia. Kalau taraf2 tin kosong pun dia xleh fulfill, jauh panggang dari api la ko nak fulfill tin biskut
Quote SyaAnis 7-8-2014 03:01 PM
alesandra posted on 7-8-2014 02:14 PM
alasan  neh cam tak boleh pakai la bang...berlaku jujur la ada ke majoriti rakyat malaysia meratab s ...

patutnya alasannya macam ni, "Kurangnya penonton adalah kerana pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu, disebabkan mereka sudah banyak berbelanja & duit yang tinggal hanya untuk bertahan sehingga hujung bulan ini. Selain itu, tradisi "open house" juga menjadi faktor penonton kurang untuk menjejakkan kaki ke panggung wayang pada hujung minggu."

Hahahaha..

Alahai, AI.. aku tengok ramai je orang yang takde degree arts/directoring, tapi boleh je buat short film yang bagus..
sampaikan aku rase, iklan2 kat tv pun lagi meaningful dari filem2 AI nih..

ingat dia sorang je ke yang "berisi", sampai nak gelarkan orang "tin kosong" bagai??
tunduk skit kepala tuh sekali sekala, tengok2 kat bawah gak..
ramai lagi kreatif, tapi tak diberi peluang secara menyeluruh je..
Quote bookehkahkoh 7-8-2014 03:04 PM
jetjet ja orang pendidikan tinggi je blh kutuk filem sampah dia dah kritik tu terima jelah jadikan pengajaran bukannya nak mendabik dada semua org ada hak nak suarakan pendapat tak kisahlah educated ke tak. nyampah dgn org camni

Lihat semua komen(196)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.044570 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top