CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Eja Lebih Cerewet

7-8-2014 10:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11887| Komen: 51

Eja Lebih Cerewet


Sejak bergelar ibu kepada anak tunggalnya, Nur Eishal Mohd Silahuddin, dramatis terkenal, Siti Shahrizah Saifuddin kini lebih selektif dalam memilih watak.

Malah, Siti Shahrizah atau lebih mesra disapa sebagai Eja mengakui dia kini lebih cerewet kerana fokus utamanya adalah kepada keluarga.

"Tanggungjawab sebagai isteri semakin bertambah setelah bergelar ibu. Lagi pula, anak itu amanah ALLAH SWT. Jadi, tanggungjawab itu sudah menjadi lebih besar," katanya pada Zass.

Menurutnya, dia kini lebih selesa membintangi telefilem daripada drama atas dasar faktor masa.

"Biasanya, masa bagi penggambaran untuk telefilem lebih singkat dan tidak memerlukan saya ke luar daerah.

"Ini adalah permintaan saya sendiri memandangkan anak saya kini sudah bersekolah," katanya yang sudah terlibat dalam bidang seni selama 18 tahun.

Meskipun begitu, pelakon berusia 41 tahun ini tidak berhasrat berhenti daripada bidang lakonan.

"Tiada istilah berhenti kerana lakonan adalah periuk nasi saya.

"Ini adalah kerjaya saya dan ia bukan dibuat semata-mata untuk mengejar glamor atau menjadi terkenal. Saya masih lagi berlakon, tetapi cuma mengehadkannya kerana fokus saya kini adalah pada keluarga," tegasnya.

Bagaimanapun, Eja menganggapnya sebagai satu peluang keemasan buat pelapis-pelapis dalam bidang ini.

"Lebih baik bagi peluang pada generasi baharu menonjolkan bakat  sekali gus menyokong mereka," katanya yang bakal muncul dalam beberapa telefilem.


2

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 7-8-2014 09:58 AM
Suka iklan raya dia...lucu sangat.
Dia ni cantik dan tinggi....bekas FA mas kan?
Quote zhatul 7-8-2014 10:06 AM
eja mmg cantik
kena dgn wajah keibuan dia
sweet sgt....
Quote gusikuberdarah 7-8-2014 10:06 AM
putehkundor posted on 7-8-2014 09:58 AM
Suka iklan raya dia...lucu sangat.
Dia ni cantik dan tinggi....bekas FA mas kan?

xpasti la pulak..
Quote lucky_peace 7-8-2014 10:20 AM
putehkundor posted on 7-8-2014 09:58 AM
Suka iklan raya dia...lucu sangat.
Dia ni cantik dan tinggi....bekas FA mas kan?

aah, bekas FA MAS... dah lame dah, before die berlakon kiranya aku tahu lagi....
Quote Grengo 7-8-2014 10:22 AM
Family comes first. No compromise on that.
Quote znuyul 7-8-2014 10:57 AM
dia dulu sorok perkahwinan dia kan??
Quote enchikfitz 7-8-2014 11:09 AM
Dia humble. Cuma pelik sikit knp dia nak sorokkan perkahwinan dia dulu? Takut x de job ke?
Quote Cik_Andak 7-8-2014 12:15 PM
Anak dia dah besar kan???ade pic anak dia tak??
Quote kupu2siang 7-8-2014 12:28 PM
memula aku baca sejak bergelar ibu tunggal.. terkejut aku bila lak dia cerai
Quote hanezzafirah 7-8-2014 12:31 PM
kupu2siang posted on 7-8-2014 04:28 AM
memula aku baca sejak bergelar ibu tunggal.. terkejut aku bila lak dia cerai

suspend tau..sbb rasanye astro ria ada buat romantika tuk die...
Quote MissLibra 7-8-2014 12:44 PM
dia ni pembersih bukan main. Pelakon2 & krew2 yg pernah shooting sama dgn dia memang tau sangat perangai dia yg hygiene freak ni. Tapi memang nampak dia selalu cantik tak pernah tampil selekeh (kecuali time berlakon tuntutan watak).
Quote gusikuberdarah 7-8-2014 01:18 PM
zhatul posted on 7-8-2014 10:06 AM
eja mmg cantik
kena dgn wajah keibuan dia
sweet sgt....

kan..muka dia berseri2
Quote gusikuberdarah 7-8-2014 01:26 PM
enchikfitz posted on 7-8-2014 11:09 AM
Dia humble. Cuma pelik sikit knp dia nak sorokkan perkahwinan dia dulu? Takut x de job ke?

mungkin la kot..artis kn takot klu dh kwen nti xde job
Quote jula7 7-8-2014 01:30 PM
dia stilll cantik..
teringat cerita lama yg dia belakon jadi bini mahmod ali basha tu...
Quote no.20 7-8-2014 01:30 PM
aku suka tgk hasben dia, nmpk sgt penyayang esp dgn anak...suka tgk laki yg fatherly camtu...

hasben dia wpun tak hensem, tapi dtg dgn pakej baik & kaya...bertuah dia & anak
Quote gusikuberdarah 7-8-2014 01:33 PM
Cik_Andak posted on 7-8-2014 12:15 PM
Anak dia dah besar kan???ade pic anak dia tak??

aku try gugel gmbr anak dia tahun xde pulak..sume 2013 punye..
Quote gusikuberdarah 7-8-2014 01:33 PM
jula7 posted on 7-8-2014 01:30 PM
dia stilll cantik..
teringat cerita lama yg dia belakon jadi bini mahmod ali basha tu...

tu apa tajuk citenye?
Quote gusikuberdarah 7-8-2014 01:35 PM
MissLibra posted on 7-8-2014 12:44 PM
dia ni pembersih bukan main. Pelakon2 & krew2 yg pernah shooting sama dgn dia memang tau sangat pera ...

owh yeke?aku baru tau dia ni pembersih..
tp ok la gak..artis kne bawak imej yg baik..
jgn dlm gamber je cntik tp kt luar serupa org tarak mandi
Quote gusikuberdarah 7-8-2014 01:35 PM
no.20 posted on 7-8-2014 01:30 PM
aku suka tgk hasben dia, nmpk sgt penyayang esp dgn anak...suka tgk laki yg fatherly camtu...

has ...

biar muka tak hensem yg penting hati tu hensem

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.070055 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top