Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 1 pagi ketika mangsa berusia 19 tahun bersama tiga rakannya dalam perjalanan ke Bukit Payong melalui jalan Kampung Lubuk Batu, di sini. Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa bersama rakannya ditahan sekumpulan lelaki sebelum mereka dibawa ke arah tangki air di Kampung Cik Jah, di sini Ketika mangsa sampai di sana, terdapat beberapa lelaki sedang menunggu sebelum mangsa dan rakannya dipukul beramai-ramai. “Kejadian itu menyebabkan bibirnya pecah dan lengan kiri bengkak sebelum mangsa yang kesakitan ditinggalkan bersendirian di tempat kejadian,” katanya. Sumber berkata, mangsa mendakwa kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham dengan seorang suspek sebelum ini. Katanya, sebelum kejadian itu, mangsa menunggang motosikal bersama rakannya berselisih faham dengan suspek ketika berada di lampu isyarat Batu 10, Bukit Payong, di sini, jam 7.30 malam Selasa lalu. “Ketika berada di lampu isyarat itu, suspek yang berada di belakang mangsa merasakan mangsa sengaja ingin melanggarnya, tetapi mangsa tidak mempedulikannya kerana ingin cepat pulang ke rumah memandangkan ketika itu hujan lebat. “Namun, sebaik tiba di Masjid Binjai Rendah, mangsa ditahan beberapa motosikal lain dan mereka bertanya apa yang dikatakan mangsa sebelum ini. “Mangsa memaklumkan ingin pulang ke rumah kerana hujan lebat dan memohon maaf kepada kumpulan itu sebelum segera pulang ke rumah dan tidak menolak kemungkinan dia diserang kerana perselisihan faham itu,” katanya. Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Payong kerana bimbang keselamatannya pada masa akan datang.
|
8
Bagus |
20
Marah |
10
Terkejut |
22
Sedih |
16
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT