CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1964|Reply: 3

[Tempatan] Selisih Faham Boboy Di Balun Geng Motosikal

[Copy link]
Post time 4-8-2014 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Marang: Seorang remaja cedera di bibir dan tangan selepas diserang sekumpulan lelaki kerana perselisihan faham dalam kejadian di  tapak kuari, di sini, Khamis lalu.

  Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku  jam 1 pagi ketika mangsa berusia 19 tahun bersama tiga rakannya dalam perjalanan ke Bukit Payong  melalui jalan Kampung Lubuk Batu, di sini.

  Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa bersama rakannya ditahan sekumpulan lelaki sebelum mereka dibawa ke arah tangki air di Kampung Cik Jah, di sini

Ketika mangsa sampai di sana, terdapat beberapa lelaki sedang menunggu sebelum mangsa dan rakannya dipukul beramai-ramai.

“Kejadian itu menyebabkan bibirnya pecah dan lengan kiri bengkak sebelum mangsa yang kesakitan ditinggalkan bersendirian di tempat kejadian,” katanya.

  Sumber berkata, mangsa mendakwa kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham dengan  seorang suspek sebelum ini.

  Katanya, sebelum kejadian itu, mangsa menunggang motosikal bersama rakannya berselisih faham dengan suspek ketika berada di lampu isyarat Batu 10, Bukit Payong, di sini,  jam 7.30 malam  Selasa lalu.

“Ketika berada di lampu isyarat itu, suspek yang berada di belakang mangsa merasakan mangsa sengaja ingin melanggarnya, tetapi mangsa tidak mempedulikannya kerana ingin cepat pulang ke rumah memandangkan ketika itu hujan lebat.

“Namun, sebaik tiba di Masjid Binjai Rendah, mangsa ditahan beberapa motosikal lain dan mereka bertanya apa yang dikatakan mangsa sebelum ini.

“Mangsa memaklumkan ingin pulang ke rumah kerana hujan lebat dan memohon maaf kepada kumpulan itu sebelum segera pulang ke rumah dan tidak menolak kemungkinan dia diserang kerana perselisihan faham itu,” katanya.
  Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Payong kerana bimbang keselamatannya pada masa akan datang.

Read here: http://www.hmetro.com.my/articles/2014080404323520140804043235/Article?mutakhir
Last edited by GhostWalking on 4-8-2014 12:56 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2014 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Luka kat bibir pun nak kecoh..

Sutun la ni..

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 08:46 AM | Show all posts
natang mu..........................
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:21 AM | Show all posts
vudus..............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.308440 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list