Kanak-kanak bersuara kutuk kezaliman Israel KUALA LUMPUR - Kekejaman rejim Zionis bukan hanya dikritik hebat oleh golongan belia dan dewasa, malah kanak-kanak turut menyuarakan bantahan melalui perhimpunan yang berlangsung di Dataran Merdeka. Padang dataran hari ini dibanjiri ratusan kanak-kanak di samping ibu bapa masing-masing sambil memegang poster dan sepanduk. Tanpa mempedulikan terik matahari dan dahaga, mereka setia berhimpun sehingga ke upacara penutup. Bagi Solehin al Muhammadi, 9, dia hanya mampu berdoa agar kesemua rakyat Palestin dilindungi dari serangan tentera Israel Dia yang merupakan kelahiran Palestin turut mengutuk keras serangan yang dilancarkan Israel ke atas Gaza. "Apa yang dilakukan oleh mereka (Israel) tidak baik, ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa terbunuh," katanya. Mohd Amri Nasir, 9, sanggup mengikut bapanya hanya untuk berhimpun menyokong penentangan terhadap Israel. Menurutnya, apa yang telah dilakukan oleh rejim Zionis disifatkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. "Israel telah menyerang Gaza selama berhari-hari, sudah ramai yang terkorban dalam serangan itu. Israel sepatutnya berhenti dari terus menyerang penduduk di Gaza," katanya kepada Sinar Harian Online. Nur Amira Shuhada Mohd Zamri, 10, melahirkan rasa tidak puas hati dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel. Walaupun masih kecil, dia tahu erti penderitaan dan kesusahan yang telah dilalui setiap penduduk di Gaza. "Seperti Malaysia, Palestin juga berhak untuk hidup aman tanpa perlu berperang untuk mempertahankan negara mereka dari kuasa luar. Kita kena terus sokong Palestin untuk terus pertahankan negara mereka," katanya.
|
Changa posted on 3-8-2014 12:38 PM
Tengah train jadi terrorist. Besar besar sesik jadi oengebom berani mati
famri7 posted on 3-8-2014 03:12 PM
Ummah bodoh..ummahj cina sibuk hantar anak g tusyen,ummah suchi ajar anak berusuhan dan main mercun. ...
ADVERTISEMENT