Bermain Meriam Tradisi Kampung Talang Kuala Kangsar Sejak berumur 15 tahun saya telah mula bermain meriam buluh, malam raya mesti mula bermain meriam buluh dari jam 12 hingga pagi raya.itu kata seorang pakcik yang telah berkongsi sedikit tentang pengalamanya semasa remaja dahulu. Kampung Talang: Kedatangan hari raya aidifitri sememangnya dinantikan oleh umat islam untuk meraikannya. Tetapi di kampung Talang ada sedikit keistimewaannya menjelang raya iaitu akan belaku sebuah pesta meriam antara penduduk kampung. Aktiviti bermain meriam di kampung Talang telah menjadi tradisi sejak turun temurun. Penduduk kampung Talang akan sibuk membuat persiapan untuk bermain meriam pada malam raya nanti. Biasanya buluh dijadikan sebagai meriam, tapi penduduk kampung Talang memilih untuk menggunakan besi untuk bermain, kerana ia lebih tahan dan kuat berbanding buluh. ![]() Dan bagi Loh' seorang pengusaha kebun getah dia mempunyai misi dan tugas yang besar menjelang aidilfitri setiap tahun. Hari terakhir berpuasa di bulan ramadhan amat berbeza bagi Loh'kerana lebih sepuluh tahun dia mempunyai rutin yang sama pada tarikh ini. Loh' harus membuat persedian berkenaan buluh besi yang bakal diguna pada malam raya nanti. Lokasi bendang atau sawah dijadikan medan untuk bermain meriam. Loh menceritakan menggunakan buluh sebagai meriam tidak selamat dan tidak 'power' ada seorang pakar kimia mencadangkan Loh' menggunakan besi. Jadi Loh' pun membuat kajian menggunakan besi. Saksikan clip video dibawah ini, pesta meriam kampung Talang Kuala Kangsar
|
twins posted on 24-7-2014 03:38 PM
kalau main dengan cara selamat ok la.. lagipun tak silap aku yg main ni orang2 dewasa bukannya remaj ...
tumpanglalu74 posted on 24-7-2014 04:21 PM
Kampong aku ke ni? Kat Kole ade banyak Talang.
Aku punye Talang Tembok. Ade rope pacik aku siki ...
piao posted on 25-7-2014 10:13 AM
mercun PLUG moto siapa ada main?
piao posted on 25-7-2014 10:13 AM
mercun PLUG moto siapa ada main?
piao: mercun PLUG moto siapa ada main?
ADVERTISEMENT