Bermain Meriam Tradisi Kampung Talang Kuala Kangsar
Sejak berumur 15 tahun saya telah mula bermain meriam buluh, malam raya mesti mula bermain meriam buluh dari jam 12 hingga pagi raya.itu kata seorang pakcik yang telah berkongsi sedikit tentang pengalamanya semasa remaja dahulu.
Kampung Talang: Kedatangan hari raya aidifitri sememangnya dinantikan oleh umat islam untuk meraikannya. Tetapi di kampung Talang ada sedikit keistimewaannya menjelang raya iaitu akan belaku sebuah pesta meriam antara penduduk kampung.
Aktiviti bermain meriam di kampung Talang telah menjadi tradisi sejak turun temurun. Penduduk kampung Talang akan sibuk membuat persiapan untuk bermain meriam pada malam raya nanti.
Biasanya buluh dijadikan sebagai meriam, tapi penduduk kampung Talang memilih untuk menggunakan besi untuk bermain, kerana ia lebih tahan dan kuat berbanding buluh.
Dan bagi Loh' seorang pengusaha kebun getah dia mempunyai misi dan tugas yang besar menjelang aidilfitri setiap tahun. Hari terakhir berpuasa di bulan ramadhan amat berbeza bagi Loh'kerana lebih sepuluh tahun dia mempunyai rutin yang sama pada tarikh ini.
Loh' harus membuat persedian berkenaan buluh besi yang bakal diguna pada malam raya nanti. Lokasi bendang atau sawah dijadikan medan untuk bermain meriam.
Loh menceritakan menggunakan buluh sebagai meriam tidak selamat dan tidak 'power' ada seorang pakar kimia mencadangkan Loh' menggunakan besi. Jadi Loh' pun membuat kajian menggunakan besi. Saksikan clip video dibawah ini, pesta meriam kampung Talang Kuala Kangsar
Last edited by piao on 24-7-2014 03:39 PM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
balik kpg kali ni nk pegi la tengok..dr dulu tringin nak pegi..tp takut..
macam2 yg aku bayangkan..
dngar bunyi pun da rasa bergetar jantung ni..pegi tengok dekat2..mau gugur terus ker..
dngar citer ramai sgt org2 dr luar & berdekatan datang..
ummah sunni dan benda meletop2 bagaikan aur dan tebing
no wonder hingga kini mereka masih main meriam sebab sejak lahiriah lagi udah mewarisi naluri suka bina benda meletop2 begini
dia org main meriam besi.....
ada setengah pangge....meriam paip....
kg aku main meriam besi....
meriam2 nih kompom selamat.....
tak macam meriam buluh....bila kat dlm buluh dah haus kena mkn dgn kabait...
tu yg jadi pecah tu.....
aku pernah main mercun plug...isik belerang bunga api pastu ketuk2 sikit bagi mampat..
lepas tu baling tinggi2 atas jalan raya and hasilnya bunyi yang agak menakutkan jugaklah...hahaha