Gadis berusia 24 tahun ini memiliki hampir 30 ribu pengikut di lamannya itu. Memiliki kulit putih mulus dan gaya fesyen yang sopan, ternyata wajahnya yang manis menjalin kekuatan menarik pandang setiap mata. Cita-cita Gadis berwajah anggun ini masih lagi menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dalam bidang perhubungan awam. Di samping itu beliau juga memiliki diploma di dalam jurusan pengurusan dan teknologi pejabat. Menurutnya beliau mengimpikan untuk menjadi figura yang dikenali sebagai eksekutif perhubungan korporat yang terbaik. Hijab dan fesyen Baginya kesederhanaan adalah kunci untuk tampak bergaya dalam balutan hijab. Tidak perlu mencuba stail yang keterlaluan dan serabut. Apabila memilih pakaian, bukan sahaja tertutup menjadi kepentingan bahkan bentuk yang tidak terlalu melekap pada tubuh harus menjadi keutamaan. Nasihatnya, jangan hanya berhijab untuk tampak bergaya namun tidak meletakkan agama sebagai perkara pertama. Wajah pelaris Untuk pengetahuan anda, gadis ini juga merupakan seorang peragawati. Menurutnya pada permulaan beliau hanya sekadar mencuba. Kini wajahnya menjadi dambaan banyak jenama fesyen berhijab sekitar kota. Baru-baru ini juga beliau telah diberikan kepercayaan sebagai duta kepada produk kecantikan yang diberi nama Belvya.
|
30
Bagus |
14
Marah |
32
Terkejut |
27
Sedih |
20
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT