Intan anggap status luahan rasa bukan kerana hubungan cinta. PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli menafikan percintaannya dengan pelakon Intan Ladyana kini bergolak ekoran tindakan wanita itu memuat naik dua keping foto di laman Instagram miliknya pada Isnin. Kamal, 29, berkata, dia tiada kena mengena dan tidak tahu tentang status dan foto yang menggambarkan seolah-olah percintaan mereka berhadapan masalah. "Hubungan kami tiada masalah dan ia berjalan seperti biasa, namun saya akui memang sepanjang puasa ini saya agak sibuk dengan penggambaran di Taiping dan sudah dua minggu kami tidak berjumpa. "Tapi kami hantar mesej seperti biasa sahaja, mungkin status tersebut berkaitan perkara lain," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini Selasa. Kamal diminta mengulas tentang status intagram milik Intan Ladyana pada Isnin yang menggambarkan seolah-olah dia tidak mahu berhadapan dengan kenyataan yang dilaluinya sekarang dan ingin menganggap sesuatu yang berlaku sebagai sebuah mimpi sahaja. Foto yang dimuat naik oleh Intan menimbulkan pertanyaan banyak pihak. Foto ini turut menarik perhatian pengikutnya yang meminta dia bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang datang. Selain itu dia juga mengambarkan seperti sedang bertahan dengan sesuatu yang agak berat untuk dilaluinya waktu ini. Luahan perasaan itu mendapat perhatian daripada pengikut-pengikutnya di laman sosial itu sehingga ada yang mengandaikan ia tentang hubungan percintaan mereka sedang bergolak. Malah rata-rata peminat memberi sokongan dan meminta Intan supaya bersabar dengan apa juga dugaan yang sedang dilaluinya sekarang. Sementara itu, Intan yang dihubungi tidak mahu mengulas panjang tentang status tersebut dan berkata tidak ada apa yang berlaku dengan hubungan mereka. "Tidak ada apa-apa lah ia hanya status biasa, saya malas nak cakap pasal itu, hubungan kami baik-baik sahaja," katanya.
|
lilcountess posted on 23-7-2014 10:19 AM
bukan intan ni ke yg ada masalah nak settle down? rasa mcm pernah baca somewhere. ke tu masa dgn kev ...
ADVERTISEMENT