ALOR SETAR - Individu dipercayai terlibat dengan sindiket nikah poligami ekspres dekat Kuala Kedah sejak beberapa tahun lalu kemungkinan akan didakwa di Mahkamah Syariah, selepas Aidilfitri. Difahamkan, beberapa individu termasuk pasangan terlibat akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes tersebut. Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, siasatan berhubung kes tersebut kini dalam peringkat akhir. “Kertas siasatan berhubung sindiket ini sudah hampir siap sepenuhnya dan kita sedang menyemak semula beberapa perkara sebelum dia didakwa di mahkamah. “Kita tidak tahu bila individu terbabit akan didakwa, tetapi saya tidak tolak kemungkinan selepas Aidilfitri. Bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, pasangan yang dipercayai terlibat dengan sindiket terbabit juga telah memberi kerjasama baik kepada Jaik. “Kita akan teruskan siasatan ini dari masa ke semasa dan pasangan berkenaan juga akan dipanggil sebagai saksi,” katanya. Sebelum ini, Sinar Harian mendedahkan khidmat sindiket nikah poligami ekspres yang menyediakan pakej lengkap termasuk sijil nikah menyerupai Jaik boleh dilakukan tanpa kehadiran wali. Menurut laporan itu, sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak beberapa tahun lalu dengan mengenakan bayaran serendah RM3,000 dan dikatakan mendapat sambutan hangat mereka yang mahu berpoligami secara rahsia. Lebih mengejutkan apabila sindiket terbabit dipercayai didalangi jawatankuasa sebuah masjid di Kuala Kedah dan orang dalam Jaik. Selain menawarkan perkhidmatan poligami mudah, mereka juga mengeluarkan sijil nikah yang sah.
|
9
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
10
Sedih |
2
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Selain menawarkan perkhidmatan poligami mudah, mereka juga mengeluarkan sijil nikah yang sah.
Johnyblaze87 posted on 22-7-2014 03:21 PM
Apa yang salah weh? Ada langgar apa2 law ke? Bukan semua sah ke?
clarizsa posted on 22-7-2014 04:31 PM
laaa... biarla poligami... dah susah sgt org nk kawin dlm msia, dorg cari cara mudah pun nk kaco... ...
arianakhalid posted on 22-7-2014 08:54 PM
Artis mana? Apasal takut nak poligami kat malaysia? Tak lepas syarat?
clarizsa posted on 22-7-2014 09:50 PM
ashraf muslim tu... kan ke jenuh dia tggu..
yg x cukup syarat pun klu bini first redha, ape sal ...
arianakhalid posted on 22-7-2014 11:17 PM
tapi kalau tak cukup syarat nak jg poligami takut mengundang dosa lain pulak. Dosa ni bukanlah sem ...
ADVERTISEMENT