View: 2595|Reply: 12
|
[Jenayah]
Dalang Pakej Poligami Ekspress Akan Di Dakwa
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR - Individu dipercayai terlibat dengan sindiket nikah poligami ekspres dekat Kuala Kedah sejak beberapa tahun lalu kemungkinan akan didakwa di Mahkamah Syariah, selepas Aidilfitri.
Difahamkan, beberapa individu termasuk pasangan terlibat akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes tersebut.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, siasatan berhubung kes tersebut kini dalam peringkat akhir.
“Kertas siasatan berhubung sindiket ini sudah hampir siap sepenuhnya dan kita sedang menyemak semula beberapa perkara sebelum dia didakwa di mahkamah.
“Kita tidak tahu bila individu terbabit akan didakwa, tetapi saya tidak tolak kemungkinan selepas Aidilfitri. Bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, pasangan yang dipercayai terlibat dengan sindiket terbabit juga telah memberi kerjasama baik kepada Jaik.
“Kita akan teruskan siasatan ini dari masa ke semasa dan pasangan berkenaan juga akan dipanggil sebagai saksi,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian mendedahkan khidmat sindiket nikah poligami ekspres yang menyediakan pakej lengkap termasuk sijil nikah menyerupai Jaik boleh dilakukan tanpa kehadiran wali.
Menurut laporan itu, sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak beberapa tahun lalu dengan mengenakan bayaran serendah RM3,000 dan dikatakan mendapat sambutan hangat mereka yang mahu berpoligami secara rahsia.
Lebih mengejutkan apabila sindiket terbabit dipercayai didalangi jawatankuasa sebuah masjid di Kuala Kedah dan orang dalam Jaik.
Selain menawarkan perkhidmatan poligami mudah, mereka juga mengeluarkan sijil nikah yang sah.
Read here:http://www.sinarharian.com.my/ed ... an-didakwa-1.301694 |
|
|
|
|
|
|
|
Selain menawarkan perkhidmatan poligami mudah, mereka juga mengeluarkan sijil nikah yang sah.
.....kawin cara sah pon salah. hadoih la |
|
|
|
|
|
|
|
nnt kluaq fatwa poligami itu haromm |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang salah weh? Ada langgar apa2 law ke? Bukan semua sah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kena dakwa,didenda...pas2 aktiviti berjalan macm biasa...untung maaa |
|
|
|
|
|
|
|
Johnyblaze87 posted on 22-7-2014 03:21 PM
Apa yang salah weh? Ada langgar apa2 law ke? Bukan semua sah ke?
Dari sisi Islam sah... Cuma melanggar undang-undang syariah ciptaan manusia...
|
|
|
|
|
|
|
|
laaa... biarla poligami... dah susah sgt org nk kawin dlm msia, dorg cari cara mudah pun nk kaco... lg suka jenis yg skandal zina sana sini ke? isk isk
i pun sakit ati tgk kes ni...mnde halal nk disusahkan...mudahkan la poligami, bru org x p siam.or sindiket etc. cam kes artis tu, smpai ke siam nikah... seb baik skrg dh bahagia dpt baby... |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku buat benda ni. RM 2.5k tuk 1 pasangan. Ok je xde apa, lepas setel kat siam, balik malaysia register, kena denda sikit. Pastu dah. Xde menda pun. Apa yang salah pun xsure. Kalau kita pergi sendiri pun boleh xpayah guna sindiket ke apa ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Sialan btol..takut bini plak tu |
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa posted on 22-7-2014 04:31 PM
laaa... biarla poligami... dah susah sgt org nk kawin dlm msia, dorg cari cara mudah pun nk kaco... ...
Artis mana? Apasal takut nak poligami kat malaysia? Tak lepas syarat? |
|
|
|
|
|
|
|
arianakhalid posted on 22-7-2014 08:54 PM
Artis mana? Apasal takut nak poligami kat malaysia? Tak lepas syarat?
ashraf muslim tu... kan ke jenuh dia tggu..
yg x cukup syarat pun klu bini first redha, ape salahnya... pastu yg cukup syarat pun klu bini first x redho pun ,xde salah gak... Tuhan pun x marah... |
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa posted on 22-7-2014 09:50 PM
ashraf muslim tu... kan ke jenuh dia tggu..
yg x cukup syarat pun klu bini first redha, ape sal ...
tapi kalau tak cukup syarat nak jg poligami takut mengundang dosa lain pulak. Dosa ni bukanlah semata2 dosa zina.. |
|
|
|
|
|
|
|
arianakhalid posted on 22-7-2014 11:17 PM
tapi kalau tak cukup syarat nak jg poligami takut mengundang dosa lain pulak. Dosa ni bukanlah sem ...
terpulang pd keadaan... dosa zina kn dosa besar... klu boleh elak, xkan xmo elak sbb takut akn dosa yg lebih kecil...
terpulang pd dorang la... hmmm |
|
|
|
|
|
|
| |
|