CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Mohd Hassan (Imam Muda) Tidak Terlibat Rendahkan Wartawan Isu MH17

21-7-2014 04:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13727| Komen: 83

Mohd Hassan (Imam Muda) Tidak Terlibat Rendahkan Wartawan Isu MH17


Imam Muda Hassan mohon maaf atas status menyinggung perasaan wartawan yang membuat liputan tragedi MH17.


PETALING JAYA: Status kontroversi Facebook milik juara Imam Muda musim kedua iaitu Mohd Hassan Adli Yahya yang mempersoalkan tugas wartawan berhubung insiden MH17 bukan ditulis olehnya.

Mohd Hassan berkata, status berkenaan ditulis oleh individu yang menjaga page peminat (fan page) Facebook berkenaan tanpa pengetahuannya.

“Status tersebut dimuat naik oleh pihak pengurusan saya yang tidak terlibat dalam industri media sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pihak wartawan khususnya mereka yang terlibat membuat liputan nahas itu.

"Saya ambil kesempatan untuk mohon ribuan kemaafan kepada semua wartawan terhadap status yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook saya,” katanya dalam satu mesej yang dikirimkan kepada mStar Online.



Permohonan maaf yang dibuat Hassan menerusi laman Facebooknya.


Mohd Hassan pada Jumaat lalu memimbulkan kemarahan pengamal media di negara ini apabila terdapat status merendah-rendahkan tugas wartawan yang membuat liputan mengenai tragedi pesawat MH17.

Dalam status berkenaan Mohd Hassan dikatakan mempersoalakan soalan-soalan wartawan yang dianggap tidak berfaedah kepada keluarga mangsa MH17.

Status itu menimbulkan rasa kecewa pengamal media  yang terpaksa bekerja untuk memberi liputan terbaik agar orang ramai mendapat gambaran sebenar termasuklah luahan hati keluaga mangsa.

Bagaimanapun status kontroversi itu telah dipadamkan dan digantikan dengan permohonan maaf.



Status di laman Facebook milik Mohd Hassan mempersoalakan soalan-soalan wartawan terhadap keluarga mangsa MH17 menjadi kontroversi.

Dalam pada itu Mohd Hassan berkata dia tidak menyedari status berkenaan menjadi isu sehinggalah perkara tersebut dimaklumkan oleh salah seorang peserta Imam Muda yang lain.

"Selepas saya perasan tentang status itu saya terus meminta pihak yang bertanggungjawab terhadap Facebook saya agar padamkan status yang dia buat itu supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.

"Sepanjang Ramadan ini saya agak sibuk, jadi saya jarang muat naik atau lihat status di Facebook. Tidak sangka perkara sebegini berlaku," katanya.

Sehubungan itu Mohd Hassan berharap perkara tersebut tidak merenggangkan hubungan baiknya dengan pihak media yang terjalin selama ini.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 21-7-2014 11:11 AM
mmg btul pun apa dia ckp..wartawan meleis mmg ske tanya sikap2 ganjil mangsa sebelum meninggal..
Quote jula7 21-7-2014 11:16 AM
a'ah...
mesti nak tanya soalan mcm tu..
Quote purpler 21-7-2014 11:19 AM
aku dah lama tertanya² kenapalah wartawan kita suka sangat tanya soalan mcmtu....
cubalah kembangkan pemikiran sikit tanya soalan lain, kan....
susah nak jumpa wartawan yang soalan atau percakapan diaorang yg boleh tenangkan famili² mangsa ni....
Quote Yoongie 21-7-2014 11:22 AM
aku setuju ngan teguran imam muda ni.
Quote CikE 21-7-2014 11:27 AM
mmg betul pn...masih beretika bahasa yg disampaikan...
soalan2 gitulah selalu reporter tanya...tak salah pun teguran tu..demi menjaga hati pihak2 yg terlibat dgan nahas @ sebarang kejadian...
Quote dondangdendang 21-7-2014 11:32 AM
bukan salah imam ni...slh reporter tu la
Quote annezghaff 21-7-2014 11:33 AM
betul aku agreed ust hassan ni punya statement..dah xda modal lain nak tanya..kelakuan pelik lah apa lah..ni pagi ni aku dgr hot fm..dok ulang2 salah sorg mangsa MH17 nyanyi lagu raya...for what?? tambah kesedihan waris lagi adala...
Quote lululun 21-7-2014 11:43 AM
memang soalan2 tu soalan bodoh dan tak perlu pun. mengaku je lah wartawan oi
Quote cikatilia 21-7-2014 11:44 AM
tapi mmg ye pon wartawan ni
tanya soklan gitu2
kalau aku, dah lama aku back hand kan aje

pastu dok la tunjal2 microfon kat muka
walhal org tu dah nangis xnak ckp

mengom
Quote inusya 21-7-2014 11:47 AM
wartawan2 ni skit2 nk sentap.
cuba baca dgn rilex dan fkir blik tguran tu..
betul la ape IM ni ckp..
Quote Lula2 21-7-2014 11:58 AM
soalan favourite...
ape perasaan pakcik selepas mendengar berita ni?
agknye kene jwb gini baru wartawan tak tanya dah..

'pakcik bersyukur nakk...gembira anak pakcik dah xde...'
Quote pichee 21-7-2014 12:11 PM
hnye wartawan metro je yg ske kontroversi mcm tu...
Quote yeos 21-7-2014 12:16 PM
teguran dia tu betul... yang terasa tu mesti yang selalu kuarkan soalan tak berapa cerdik macam tu kat keluarga mangsa
Quote azmyn 21-7-2014 12:17 PM
smlm dgr radio (klasik rasanya), boleh plak buat kuiz 'siapa nama pramugari yg terlibat dlm MH17' ..jwb betul dpt hadiah...siap tahniah2 kat pemanggil sbb jwb betul....tak sensitif langsung...geram dgrnya
Quote miszdidi 21-7-2014 12:22 PM
sangat setuju.. balik2 nak tanya, ada kelakuan pelik..

paling aku tak suka bila tanya budak2.. kalau mak/bapak dia yg meninggal..
"mana ayah? rindu ayah tak?"
sensitif la sketttt..
Quote blackred99 21-7-2014 12:25 PM
pastu kalo mangsa terlibat tu ada anak 4 taun (walaupun budak tu ada akak atau abang), interview budak 4-6 taun tu, tanya 'mak, ayah mane?'

bodoh ke bodoh ni?
Quote cik_luna 21-7-2014 12:27 PM
soalan wartawan memang soalan bodoh
Quote uori 21-7-2014 12:28 PM
Lula2 posted on 21-7-2014 11:58 AM
soalan favourite...
ape perasaan pakcik selepas mendengar berita ni?
agknye kene jwb gini baru war ...

hehehehehe  
Quote mokcikKSKB 21-7-2014 12:29 PM
Ok je status tu.selayaknya lah..mcmkn xde soalan lain je. Org yg nk mati xdenye buat benda ganjil..

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.237902 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top