CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JAIP tahan 36 pengikut Syiah

21-7-2014 12:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8641| Komen: 35

KUANTAN 20 Julai - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan 36 individu termasuk tiga kanak-kanak serta seorang bayi dipercayai pengikut ajaran Syiah dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Mentakab, Temerloh, dekat sini awal pagi ini.

Pengarah JAIP, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata, serbuan pada pukul 3 pagi itu dilakukan pasukan penguat kuasa JAIP selepas mendapat aduan daripada orang awam berikutan berlaku penyelewengan agama di rumah itu.

"Kesemua mereka yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia iaitu 19 lelaki, 13 wanita dan tiga orang kanak-kanak serta seorang bayi ditahan ketika bersama-sama berada di dalam satu kumpulan dipercayai cuba mengamalkan ajaran Syiah Bukhara yang berasal dari India.

"Siasatan awal mendapati pemilik rumah mengakui telah mengamalkan Syiah Bukhara tetapi tidak berdakwah dan hanya mengamalkannya dalam kalangan saudara-mara terdekat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Menurut Mohamad Nor, siasatan dan pemeriksaan awal mendapati mereka cuba melanggar fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan ahli Sunnah termasuk penemuan beberapa buku, zikir dan dokumen berkaitan Syiah.

"Siasatan dilakukan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Sekysen 15 iaitu menyalahi fatwa, Seksyen 17 meiliki dokumen yang bertentangan dengan Ahli Sunnah dan Seksyen 18 memiliki buku, majalah dan lain-lain di dalam kawalan dan simpanan.

" Jika sabit kesalahan ketiga-tiga seksyen itu memperuntukkan hukuman yang sama iaitu boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," jelasnya.

Tambah Mohamad Noor, mereka diarahkan hadir ke Pejabat Kadi Daerah Temerloh Rabu ini bagi membantu siasatan selepas dibebaskan hari ini selepas diambil ke-terangan masing-masing.

SEBAHAGIAN daripada penganut ajaran Syiah (berjubah) yang ditahan dalam serbuan JAIP ke atas sebuah rumah di Mentakab, Pahang, pagi semalam.

5

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
5

Sedih

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 21-7-2014 10:52 AM
Ini macam laaaaa
Quote kucen_miang 21-7-2014 10:55 AM
Syiah bukhara apakah? Nasik bukhara aku tau la.
Quote Aliaskotonggo 21-7-2014 11:04 AM
syiah bukhara la pulaaaakkkkk.....boleh makan nasik bukhara made by syiah bukhara
Quote sup@rm@n 21-7-2014 11:27 AM
Sape lawan syiah yg kejam di syria akan ditangkap plak..

Hmmm
Quote zjen 21-7-2014 11:50 AM
sup@rm@n posted on 21-7-2014 11:27 AM
Sape lawan syiah yg kejam di syria akan ditangkap plak..

Hmmm

sial kat sana lain,  kulit putih cantik
Quote sup@rm@n 21-7-2014 11:52 AM
zjen posted on 21-7-2014 11:50 AM
sial kat sana lain,  kulit putih cantik

Sini sawo matang tak brape cun ye dak hahaha

Sunni sana pon lawa2 gak. Sana sunni lagik ramai. Megabombastik sedap mata memandang, sedap lagi bahu yg memikul
Quote zjen 21-7-2014 12:30 PM
sup@rm@n posted on 21-7-2014 11:52 AM
Sini sawo matang tak brape cun ye dak hahaha

Sunni sana pon lawa2 gak. Sana sunni lagik ramai.  ...

tak kira sunni ke sial,  yg putih cantik idong mancung punya mesti lebih sayang,  malah yg amoi sepet cam felixia pun lebih ada nilai,  kutty siap kasi jd PM sampai 22 tahun,  skang plak gliran nak sanjung anak kutty jd PM
Quote Leonarzi 21-7-2014 12:38 PM
Senah changa salah sorang yg kena tangka JAIS
Quote edoraixora 21-7-2014 12:43 PM
ketua nye adlh pemilik kedai kain yg agak well known di bandar temerloh
Quote kukulangau 21-7-2014 12:45 PM
Aliaskotonggo posted on 21-7-2014 11:04 AM
syiah bukhara la pulaaaakkkkk.....boleh makan nasik bukhara made by syiah bukhara

maap tumpang tanya
syiah bukhara ni masak nasi bukhara baca bismillah macamana?
Quote crossfire 21-7-2014 12:46 PM
edoraixora posted on 21-7-2014 12:43 PM
ketua nye adlh pemilik kedai kain yg agak well known di bandar temerloh

KAID JOHAR...abam keross dah tau lama.

Quote Miss_Aleena 21-7-2014 12:46 PM
alahh encik kaid johar ni......patut la semalam pegi kedai yg ada hanya pekerja aje
Quote crossfire 21-7-2014 12:46 PM
kukulangau posted on 21-7-2014 12:45 PM
maap tumpang tanya
syiah bukhara ni masak nasi bukhara baca bismillah macamana?

lepas sembahyang pekena nasi Bukhara ....
Quote edoraixora 21-7-2014 12:49 PM
crossfire posted on 21-7-2014 12:46 PM
KAID JOHAR...abam keross dah tau lama.

ye lah abam kerosss.....aku tak berani nk letak name tadi
mesti abam keross yg repot tu kan
Quote AbukRokok 21-7-2014 12:49 PM
zjen posted on 21-7-2014 11:50 AM
sial kat sana lain,  kulit putih cantik

sulu? somalia? sudan?
Quote AbukRokok 21-7-2014 12:50 PM
kukulangau posted on 21-7-2014 12:45 PM
maap tumpang tanya
syiah bukhara ni masak nasi bukhara baca bismillah macamana?

nasi bukhari dgn nasi bukhara sama specis ke lain lain
Quote Leonarzi 21-7-2014 12:51 PM
crossfire posted on 21-7-2014 12:46 PM
lepas sembahyang pekena nasi Bukhara ....

Makan nasi bukhara 5 kali sehari la kalau gitu
Quote crossfire 21-7-2014 12:52 PM
edoraixora posted on 21-7-2014 12:49 PM
ye lah abam kerosss.....aku tak berani nk letak name tadi
mesti abam keross yg repot tu kan
...

Dato Syed Ibrahim, kan exco agama Pahang , dia lebih tau.

Quote crossfire 21-7-2014 12:53 PM
Leonarzi posted on 21-7-2014 12:51 PM
Makan nasi bukhara 5 kali sehari la kalau gitu

tgk gayanya iyerlah begitu...


Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.067121 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top