CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ieda Moin Kecewa Diperalat

21-7-2014 11:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29750| Komen: 80

Ieda Moin kecewa diperalat

Selepas melahirkan cahaya mata sulung, Nur Dhia Dania yang kini berusia enam tahun, berat badan Ieda Moin, 35, naik mendadak hingga mence-cah 72 kilogram (kg) dan dia mengambil masa lima tahun untuk kembali ke berat badan idealnya iaitu 47kg.


Selain bersenam dan menjaga pemakanan, dia juga mengambil jamu keluaran tempatan. Namun, di sebalik kejayaan me-ngurangkan berat badannya dengan mengamalkan produk itu, Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin berasa dipergunakan pengasas produk itu.

Katanya, selepas dia mencuba produk itu beberapa bulan dan terbukti keberkesanannya, pengasas produk berkenaan menyatakan hasrat mahu melantiknya sebagai duta. Sebelum itu, Ieda juga banyak mempromosikan produk berkenaan melalui Instagram, Facebook, akhbar dan majalah.

“Bagaimanapun, selepas produk itu mendapat sambutan dan pengasas produk itu sudah kenal ramai artis lain serta pihak media, dia mula memburukkan saya kononnya saya bermasalah. Jika tak mahu lagi bekerjasama dengan saya, jangan rosakkan nama baik saya kerana sejak remaja saya jadi artis, saya tidak pernah mencetuskan masalah dengan sesiapa.



“Nampaknya dia hanya memperalatkan saya untuk melariskan produknya dan saya kini tidak lagi menggunakan produknya, cukup dengan menjaga diet dan bersenam. Lebih mengecewakan saya, mereka masih menggunakan gambar saya pada produk itu.

“Sepatutnya mereka tidak perlu gunakan gambar saya lagi kerana saya tiada kena mengena lagi dengan produk itu,” katanya.

Menurut Ieda, di sebalik sikapnya yang suka berkongsi apa saja dengan peminat di laman sosial, dia tak sangka ada orang yang mengambil kesempatan terhadapnya.

“Melihatkan perubahan diri saya, peminat akan bertanya produk apa yang saya makan. Saya tak lokek untuk bercerita kerana setiap wanita mahu nampak cantik, kurus dan langsing. Saya beritahu nama produk berkenaan walaupun tidak dilantik sebagai jurucakap atau duta kerana saya hanya mahu berkongsi dengan peminat.

“Namun sikap pengasas produk itu keterlaluan kerana selepas ia laris, terus mereka lupa pada janji,” katanya.

2

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 19-7-2014 11:30 AM
Oklah daripada ummah lupa terus akan kewujudan kau...siapekah dia nih btw?
Quote maxim 19-7-2014 11:38 AM
[youtube]WxYCgNtNPrA[/youtube]
Quote cmf_premierleag 19-7-2014 11:50 AM
Shuuuwapppp de bebehhhhh
Shuuuwapppp de bebehhhhh
Quote cmf_premierleag 19-7-2014 11:51 AM
Masa zaman sekolah dulu2, ada lak bdk kelas aku ni bleh rembes kt adim dia yg si eddy moin tu
Fikir2 kan lah
Quote epis 19-7-2014 12:25 PM
kau yang kurindu, kau yang ku sayang~~
Quote cendol 19-7-2014 12:25 PM
Saya suka dia in person.. baik dan peramah.. dkt scene memang pecah perut nengok dia berlakon.. lg satu liza shadan.. ckp lembut dan peramah..
Quote nanie 19-7-2014 12:30 PM
ni produck slimming beauty care tu ke?
Quote exclusive_vvip 19-7-2014 12:57 PM
cendol posted on 19-7-2014 12:25 PM
Saya suka dia in person.. baik dan peramah.. dkt scene memang pecah perut nengok dia berlakon.. lg s ...

really?... i ingatkan liza shahdan tu cam tegas orangnya...mungkin air muka dia je yg buat dia nampak cam garang...
Quote cendol 19-7-2014 01:11 PM
exclusive_vvip posted on 19-7-2014 12:57 PM
really?... i ingatkan liza shahdan tu cam tegas orangnya...mungkin air muka dia je yg buat dia nam ...

Hahaha.. xle uolss.. muka dia jer.. tp peramah.. ckp lembut jer..sebijik lain dr dlm lakonan.. iolss suka dan minat dia.. Masa memula jumpa.. iolss terus terang ckp minat dia.. dia tersipu2.. katanya ala akak ni..terima kasih la.. xde muka fake pun.. si ida jgn ckpla.. mau runtuh dibuatnyer ngan latah tak sudah..
Quote maxim 19-7-2014 01:15 PM
cendol posted on 19-7-2014 01:11 PM
Hahaha.. xle uolss.. muka dia jer.. tp peramah.. ckp lembut jer..sebijik lain dr dlm lakonan.. iol ...

Uols as ape noks.. Krew ke
Quote cendol 19-7-2014 01:17 PM
maxim posted on 19-7-2014 01:15 PM
Uols as ape noks.. Krew ke

Bkn crew.. ada yg terdekat terlibat dlm pengambaran..
Quote poison_paradise 19-7-2014 01:28 PM
Kan da comel bile kurus.. Sblm ni gemuk huduh selebet je time gemuk.
Quote fadzyjemi 19-7-2014 02:16 PM
Produk apo yg dia gune?
Quote Suchi 19-7-2014 02:18 PM
jumpa dia bulan lepas kat ehbazaar kat maeps serdang
mmg kurus jah
bila kurus terus nmpk csm remaja kn
dia ngn ani mayuni

masa tu dia singgah booth ekin mawi
kemain ekin jerit
eh lama tak mmpk dah kurus lahh
Quote catwoman91 19-7-2014 03:04 PM
produk apa ni?
Quote tomet05 19-7-2014 04:51 PM
dia nih yang kuat melatah tuh kan
Quote drivethru 19-7-2014 05:39 PM
suka dia berlakon dgn nurkiriah. dua2 kaki melatah n saling kena mengena mase berlakon.
Quote mommymonster82 19-7-2014 05:45 PM
Suka dia ni blakon..xkesah pon blakon selekeh Last edited by mommymonster82 on 19-7-2014 05:46 PM

Quote clarizsa 19-7-2014 08:17 PM
mana nya pic kurus....

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.058221 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top