CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Isteri Benarkan Ajak Shiro Pegang Pipi Sherry Ibrahim?

21-7-2014 11:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14029| Komen: 33

Ajak Dapat Kebenaran Isteri Jalin Hubungan Dengan Sherry Ibrahim



Pelawak dan pelakon Ajak (Shiro) awal-awal lagi sudah meminta kebenaran isterinya yang dikenali sebagai Fifa, melakonkan adegan intim bersama aktres Sherry Ibrahim dalam telefilem sempena Aidilfitri berjudul 'Sayang Wak Lu'.

Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanafi Razak, 28, dalam telemovie arahan pengarah Michael Ng itu mencabar dirinya mrembawakan karakter seorang yang serius dan pernah menjalin hubungan cinta dengan Sherry. Namun hubungannya putus di tengah jalan. Tetapi akhirnya mereka kembali bersatu semula.


"Saya bawa watak serius dalam telemovie tu. Ada adegan saya pegang pipi Sherry dan lap kan airmata dia. Tapi awal-awal lagi saya dah minta kebenaran isteri saya dan dia okay.

"Isteri saya sebenarnya dia tak kisah pun cuma dia minta kalau saya kena berlakon dengan mana-mana pelakon wanita apatahlagi kalau ada babak babak mesra, dia pesan beritahu dia dulu. Jangan nanti kalau dia dapat tahu dari orang lain.", kata Ajak ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Program-program Terbaik Dari Pakej Indopek dan Majlis Berbuka Puasa, bertempat di Taman Tasik Ampang Hilir, malam tadi.

Bercerita lanjut, Ajak tidak menafikan suakr untuk dia melakonka watak serius. Namun dia puas diberi peluang melakonkan karakter diluar zon selesanya.

"Susah sebenarnya nak bawa watak serius. Tapi ia satu cabran buat saya Tapi saya dapat lakukan atas bantuan pengarah. Michael Ng, walaupun beliau nampak giler-giler tapi bila di set beliau seorang yang sangat komited dan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

Begitupun kata anak kelahiran Kota Tinggi Johor ini, dai masih lagi mahu menumpukan pada dunia lawa pentasnya dan lakonan drama sekadar sampingan.

"Sesekali diberi peluang bawa watak serius memang beri kepuasan pada saya. Baru saya rasa yang saya betul-betul berlakon. Tapi saya masih suka pada lawak pentas. Lagipun saya akui peminat -peminat saya ramai dikalangan kanak- kanak. Malah berlakon pun sebenarnya merupakan pilihan ketiga saya", ujarnya yang juga akan muncul dalam dua lagi telemovie sempena hari raya nanti di saluran Astro.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 18-7-2014 07:54 PM
Wak lu lahh..
Quote mokcikKSKB 18-7-2014 07:55 PM
I like ajak better. Xdelah manjang nk melawak je
Quote hana930505 18-7-2014 10:39 PM
eh, bini dia cikgu kan? kalau tak silap lah...
Quote drivethru 18-7-2014 10:51 PM
tt ni peminat no.1 ajak ke? gigih hari2 bukak tread ajak. hehe...
Quote Pailang 19-7-2014 12:03 AM
mokcikKSKB posted on 18-7-2014 07:55 PM
I like ajak better. Xdelah manjang nk melawak je

Betul,  aku benci yang sorang tu tak matang langsung macam budak2, pakai hentam je melawak kat semua tempat. melawak ni biar kena pada tempat. salah tempat, dikatakan badut sarkas, orang gila, terencat akal, bodoh, budak2 masih berhingus, kanak2 ribenia, melampau, tak patut.

benci siot orang yg melawak tak kena tempat ni. bodoh sangat. agaknya kalau MAK DIA MATI PUN orang lain dok menangis sedih, dia pulak boleh memperbodohkan jenazah mak dia semata2 nak buat lawak.












Last edited by Pailang on 19-7-2014 12:04 AM

Quote cowey 19-7-2014 12:30 AM


Quote senahsanasini 19-7-2014 12:42 AM
maxim kantoi ade idola baruu..
kehkehkeh...
Quote munchkin 19-7-2014 12:56 AM
berita apa ni. hmmm
Quote zila_hakimie 19-7-2014 06:27 AM
Nti zila tgk ye ajak...
Quote kucing_gebu 19-7-2014 07:20 AM
Aduiiiii...statement bajet hensem ke....
Takat berlakon lap air mata je pun nk cerita izin isteri semua bagai
Quote enchikfitz 19-7-2014 08:08 AM
Tu pun nak bagitau. Adehhh
Quote maxim 19-7-2014 08:31 AM
drivethru posted on 18-7-2014 10:51 PM
tt ni peminat no.1 ajak ke? gigih hari2 bukak tread ajak. hehe...

Ajak kan tgh trending skang. Xtau ke
Quote rosasa 19-7-2014 09:12 AM
femes sungguh ajak sekarang, ada 2 tred di bod gosip cari setaraf dah femesnya dengan fazura , nd
Quote krukx 19-7-2014 09:14 AM
Kalau suruh pilih antara ajak & sharul aku prefer ajak. nampak agak ok la. sharul tu cakap dah la terjerit2. aku tak boleh blah bila dia bawak watak bangla pastu konon nak ikut slang bangla tapi tak menjadi. yg terror bawak watak bangla cuma Radhi Khalid je masa bawak watak Abdullah dalam Spanar Jaya
Quote HaifaHanna 19-7-2014 10:43 AM
Hmmmmm, baguslah mintak kebenaran isteri...
Quote famri7 19-7-2014 11:33 AM
Kalo rephrase balij
Isteri benarkan saya berusap nikmat dengan perempuan lain,demi kerja
Quote apitkl 19-7-2014 12:32 PM
konfem dia jenis takot biniiii tp x takut dgn tuhan kn
Quote tomet05 19-7-2014 04:51 PM
ok lah tuh kan .. bagus ajak nih
Quote mohdcrow 21-7-2014 10:19 AM
so bini bagi kira tak dosa la?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.068737 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top