CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ziana Zain Sudah Berhijab

16-7-2014 10:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22983| Komen: 137



KL, 15 JULAI 2014: Kenapa Ramadan sentiasa dinanti, kerana Allah SWT menjanjikan bulan ini sebagai bulan untuk umatnya melipat ganda akan amalan dan beribadah untuk ganjaran pahala yang juga tidak terhingga banyaknya.

Tetapi buat  penyanyi tersohor, Ziana Zain Ramadan kali ini antara yang paling bererti bila dia menerima kurniaan yang amat bernilai daripada Allah SWT, sebuah hadiah istimewa serta ia adalah kejayaan buat semua yang mendoakan kesejahteraan penyanyi pujaan ramai ini.

Beberapa kali cerita mengenai Ziana Zain mula mengubah penampilannya terbit ditajuk utama media massa seluruh negara baru-baru ini. Namun tuan empunya badan belum lagi mengesahkan sendiri hinggalah pada hari ini 15 Julai bersamaan 17 Ramadan, diva pujaan ramai itu mengakui penampilannya di rakaman MeleTOP Raya merupakan imej baru buat Ziana Zain.

Dihubungi sebentar tadi menerusi panggilan telefon, Ziana atau nama penuhnya Siti Roziana Zain, tenang bercerita mengenai hijrahnya pada Ramadan ini adalah sebuah hadiah kemenangan dan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya. Bagi dirinya, ia adalah berkat dan doa dari insan yang menyayanginya selama ini  telah dimakbulkan Allah SWT.

“Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa  daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

“Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa.

“Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut(berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah,”tutur Ziana yang tidak lekang memanjatkan syukur kerana diberikan peluang yang begitu berharga di bulan mulia ini.

Ditanya tentang karier seninya, Ziana masih aktif seperti biasa cuma penampilannya kini akan cuba dijaga sebaiknya. Tambahan pula sokongan daripada keluarga terutama anak-anak akan mempermudahkan hari-hari yang bakal dilaluinya nanti berserta sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminatnya.

Penampilan istimewa penyanyi lagu Korban  Cinta ini adalah bersempena dengan rakaman khas MeleTOP Raya untuk siaran Aidilfitri ini di Astro. Memilih ilham rekaan pereka yang sinonim dengan nama penyanyi ini, Rizman Ruzaini telah menyiapkan persalinan indah lengkap berhijab khas untuk imej terbaru Ziana Zain itu.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote achik2009 15-7-2014 04:03 PM
Alhamdulillah....Tahniah Ziana....
Quote Innrukia 15-7-2014 04:03 PM
Alhamdullillah berkat doa forumer cari gak ni
Quote mizduches 15-7-2014 04:07 PM
Alhamdulillah... cantek je
Quote Suchi 15-7-2014 04:07 PM
mesti ank nya hari2 doakan ibunya.. syukur Alhamdulillah
Quote asampodeh 15-7-2014 04:09 PM
bertudung juga akhirnye akak jena.. alhamdulillah
Quote biggirlduncry 15-7-2014 04:10 PM
takdak radio nak interbiu kak jena kaa?
Quote rimau_belang 15-7-2014 04:11 PM
akhirnye............................
Quote achik2009 15-7-2014 04:13 PM


officialhlive   Penampilan baru Ziana Zain merupakan suatu hadiah paling istimewa di bulan Ramadan. Doa dari suami, keluarga dan peminat untuknya berhijab termakbul.

Saksikan temubual eksklusif bersama @iamzianazain di #hlive jam 5 30 pagi di Astro Ria 104 dan Astro Maya 135.  37min

Quote miminn 15-7-2014 04:13 PM
baju cantik
Quote funtasy 15-7-2014 04:14 PM
Setakat pakai tudung pun nak dipuji melambung lambung..perkara wajib la..tak payah la nak di agungkan sgt
Quote zila_hakimie 15-7-2014 04:14 PM
cntik...
Quote amiraira 15-7-2014 04:21 PM
Alhamdullillah Ziana mmg cantik.....
Pakai hijab lagi cantekkkkk
Quote irdina 15-7-2014 04:22 PM
alhamdulillah... tahniah kak ziana...
moga istiqomah
Quote lelaghani 15-7-2014 04:24 PM
funtasy posted on 15-7-2014 04:14 PM
Setakat pakai tudung pun nak dipuji melambung lambung..perkara wajib la..tak payah la nak di agungka ...

Setujuuu sgtt..bnda mmg wajib n dituntut dlm agama.tu pon nk dpuji
Quote lyailya 15-7-2014 04:27 PM
Alhamdulillah...sweet je ziana...semoga terus berhijab....
Quote rozza 15-7-2014 04:32 PM
kena la redho kalu org ckp mcm makcik2 ye... benda wojib.. patut dah lama dah..
apa pun tahniah..semoga istiqomah..
Quote fossil 15-7-2014 04:35 PM
Alhamdulillah...next ella pajila
Quote non.sari 15-7-2014 04:35 PM
remdan kali ni ramai pulak artis g berhijrah..

Alhamdulillah..
semoga memasing istiqomah..
Quote daiman 15-7-2014 04:36 PM
tahniah. lagi cantek rasanya

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.045385 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top