Tidak bayar zakat didenda RM2,000 MARAN - Umat Islam di daerah ini supaya membayar zakat fitrah hanya kepada amil bertauliah yang dilantik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sahaja. Pegawai Agama Islam Daerah Maran, Syarifuddin Mohamad Sa’ad berkata, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pahang) 2013 telah menetapkan mana-mana individu membayar kepada amil tidak bertauliah boleh dikenakan denda, penjara atau kedua-duanya. Menurutnya, Seksyen 40 di bawah enakmen sama pula menyatakan mereka tidak membayar zakat fitrah boleh dikenakan denda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. “Amil di daerah ini turut diingatkan supaya tidak melanggar sempadan kariah yang ditetapkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip). “Bagi kesalahan memungut zakat atau fitrah tanpa kuasa atau tauliah pula boleh dikenakan RM3,000 denda atau dua tahun penjara atau kedua-duanya di bawah enakmen berkenaan. “Amil perlu menyerahkan kutipan zakat fitrah kepada Muip kerana kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua,” katanya. Syarifuddin berkata, bagi 43 amil di daerah Maran, mereka diminta memandang serius perkara tersebut kerana perkara baik yang dituntut Islam tidak harus dicemari dengan sebarang perselisihan faham. Pada masa sama, Amil perlu mengambil pendekatan lebih proaktif dalam usaha menarik lebih ramai umat Islam membayar zakat fitrah.
|
14
Bagus |
24
Marah |
13
Terkejut |
10
Sedih |
13
Lawak |
37
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anak_Nogori posted on 14-7-2014 12:12 PM
saya tertanya2 jugak...macam mana pusat zakat macam kat Selangor ni nak trace siapa yg tak bayar zak ...
Anak_Nogori posted on 14-7-2014 01:45 PM
habis agaknya macam mana pusat zakat nak dakwa kalau tidak membayar zakat fitrah boleh dikenakan ...
aechae posted on 14-7-2014 01:55 PM
xpelah pakcik, sy salah paham kot...sbb pakcik pnya post td ada tulis psl selangor....sy xleh rela ...
ADVERTISEMENT