CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Umie Aida Dan Suami Kembali Bersatu

14-7-2014 10:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30017| Komen: 101

Umie Aida, suami kembali bersatu 


Syukur alhamdulillah, walaupun banyak berita sedih kita dengar pada Ramadan ini seperti pemergian penyanyi kesayangan ramai, Datuk Sharifah Aini, Linda Rafar kehilangan cahaya mata dan Gaza diserang Zionis Laknatullah, tetapi ada berita gembira Cik Pang terima membabitkan rakan artis kita.

Selain beberapa artis menutup aurat rambut, ada lagi berita gembira yang Cik Pang dengar. Iya memang benar, pelakon bertaraf seniwati, Umie Aida masih berpangkat Datin. 

Itulah cerita gembira yang mahu Cik Pang kongsi dan rupa-rupanya cerita Umie dan Datuk Paduka Khairuddin bercerai tidak benar. Teman rapat pasangan ini memberitahu Cik Pang dan menjelaskan, mereka hanya berpisah bantal. 

Patutlah sebelum ini ramai teman media lihat Umie dan Khairuddin muncul di Masjid At-Taqwa menziarahi jenazah Allahyarhamah Sharifah Aini bersama.


Baru-baru ini, sewaktu Umie menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim, nampak Khairuddin turut sibuk seperti tuan rumah.


Rupa-rupanya, memang ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu masih tuan rumah kerana dia dan Umie tidak pernah bercerai, tetapi hanya berpisah. 

Kata sumber itu, ramai pihak salah anggap apabila nampak kelibat Umie di Mahkamah Syariah sebelum ini. Waktu itu, dia ke sana kerana urusan untuk mendapatkan cop dan bukan mahu bercerai. 

Kata sumber rapat pasangan ini, sebelum ini Umie dan Khairuddin berpisah kerana memberi ruang untuk kedua-duanya berfikir, maklumlah hidup berumah tangga ada pasang surutnya. Ibarat kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. 

Nampaknya segala permasalahan timbul dapat diselesaikan. Syukur, berkat doa dan istiqamah mungkin membuatkan Allah menunjukkan jalan buat Umie dan suami. Apatah lagi perkara baik ini berlaku di bulan mulia. 

Pasangan ini juga khabar-nya mahu meraikan perkara baik ini dengan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci dalam waktu terdekat. 

Mereka mahu mengambil keberkatan Ramadan, apatah lagi ia mampu mengimbau saat manis sewaktu mereka dinikahkan di depan Kaabah. 

Tahniah dari Cik Pang untuk Umie dan abang. Mendengarkan berita baik ini membuatkan Cik Pang pula yang teruja.

2

Bagus
16

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
14

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zila_hakimie 13-7-2014 01:05 PM
baguslah........
Quote lis_miranda 13-7-2014 01:09 PM
syukur lah macam tu
Quote maxim 13-7-2014 01:13 PM
semoga istiqomah
Quote leftrani_kel 13-7-2014 01:31 PM
alhamdilillah
Quote mattzzx 13-7-2014 01:31 PM
Semoga terus kekal sampai hujung usia...
Quote sepitsiput 13-7-2014 01:38 PM
Selain beberapa artis menutup aurat rambut, ada lagi berita gembira yang Cik Pang dengar. Iya memang benar, pelakon bertaraf seniwati, Umie Aida masih berpangkat Datin.


wah..bertaraf seniwati...camne nk tau retis tu bertaraf seniwati ke tidak? yg tua2 jalan ampas tu konfem la seniwati...yg muda2 baru separa abad ni kira seniwati jugak la?

Quote sepitsiput 13-7-2014 01:39 PM
ada org cakap hubby dia main kayu 3... kiranya umie ni jenis pemaaf orgnya
Quote syasb 13-7-2014 01:39 PM
Alhamdulillah
Quote Changa 13-7-2014 01:49 PM
sepitsiput posted on 13-7-2014 01:39 PM
ada org cakap hubby dia main kayu 3... kiranya umie ni jenis pemaaf orgnya

Kayu tiga dengan lelaki atau wanita?
akak macam syak jah tengok suami beliau itu.
Quote mangkok 13-7-2014 01:58 PM
Alhamdulillah. Kita doakan yang baik baik untuk pasangan ini.
Quote rosasa 13-7-2014 01:58 PM
Syukurlah..baru tau dia dulu ada problem dengan laki..fikir aman2 sj
Quote Yoongie 13-7-2014 02:08 PM
syukur Alhamdulillah
Quote senahsanasini 13-7-2014 02:24 PM
Syukur alhamdulillah...
Quote hanuma 13-7-2014 02:29 PM
syukur Alhamdulillah semoga kekal hingga ke hujung nyawa
Quote famri7 13-7-2014 02:34 PM
Suami dia mcm ..erm.
Quote MissLibra 13-7-2014 02:43 PM
berpisah bantal pun diwara warakan kat paper skrg ek..
Quote noell 13-7-2014 02:45 PM
Changa posted on 13-7-2014 01:49 PM
Kayu tiga dengan lelaki atau wanita?
akak macam syak jah tengok suami beliau itu.

awat senah??transpoder gaydar hg ada bunyi ping ka??
Quote roblucci 13-7-2014 02:48 PM
huk aloh baguslah gitu
Quote encikWawad 13-7-2014 02:50 PM
@sepitsiput

iols rela umie dagu witch ni di angkat seniwati
at least sheols belakon dari dagu penyet sampai ke dagu panjang dahh
dari umur 17 kan katanya - dari mendengar puji pujian terhadap erra kejung tu
primadona pilim melayuuu

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.191730 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top