Lama rasanya tak dengar perkembangan mengenai pelakon kacak, Adi Putra kan? Kali terakhir kami dengar mengenai Adi ketika Gosip percintaannya dengan isteri orang kembali diperkatakan bulan lalu. Mungkin sepanjang Ramadhan ini, Adi sedang sibuk menguruskan pakej umrah kot. Maklumlah Adi kan mempunyai sebuah syarikat pakej umrah iaitu Hadid Travel & Tours yang ditubuhkan sejak awal tahun lalu.Bagaimanapun, terkejut kami membaca headline di sebuah akhbar, kononnya Adi kini sudah tak tinggal serumah dengan Isterinya, Aida. Betul Menurut ruangan Laser Miss J di Pancaindera, katanya, ada pihak yang mendakwa, sejak isu skandal itu kembali dibangkitkan, Adi dan isterinya dilihat kurang bercakap antara satu sama lain. Pelik juga kami membacanya, maklumlah sejak awal kes skandal ini, isteri Adi pernah mengaku yang isu tersebut langsung tidak menggugat keharmonian rumah tangga mereka. Takkanlah bila kes dibuka semua hubungan mereka terus bermasalah, betul tak? Kata Miss J lagi, Adi tak mempunyai banyak masa bersama keluarga dek kerana jadualnya yang padat dan selalu berulang alik dari Malaysia ke Singapura. Apapun, jika benar hubungan mereka masih baik, baguslah. Kami pun ikut sekali mendoakan kebahagiaan rumahtangga Adi Putra dan Aida.
|
ADVERTISEMENT