CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tawaran Daging "Segar" Dan "Murah"

11-7-2014 04:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9794| Komen: 30

SEREMBAN - Orang ramai berpeluang membeli daging lemsegar dengan harga istimewa pada program Mantai Perdana 2014, 25 Julai ini, di kawasan bekas tapak kem tentera Paroi di sini bermula pukul 10.30 malam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, para penternak yang menyertai program itu bersetuju menjual daging lembu segar pada harga RM20 sekilogram berbanding harga pasaran RM30 sekilogram.

"Bekalan daging yang ditawarkan mengikut bilangan yang telah ditetapkan dengan komitmen untuk memastikan semua orang dapat membeli daging murah. Oleh itu, setiap orang hanya boleh membeli dua kilogram daging dan kita tidak menggalakkan orang dari luar negeri ini datang untuk membeli," katanya di sini hari ini.


Beliau berkata program itu adalah antara usaha kerajaan negeri membantu meringankan beban perbelanjaan orang ramai sempena Aidilfitri yang menjelang tiba.

"Program tahunan ini mendapat komitmen daripada para penternak (lembu, kerbau, ayam, itik dan puyuh). Saya ucapkan terima kasih kepada semua penternak yang sudi mengambil bahagian," katanya.

Mohamad berkata daging daripada 250 ekor lembu, 25 ekor kerbau dan beribu ekor ayam pelbagai jenis seperti ayam daging, ayam telur dan sebagainya akan dijual di situ pada harga lebih murah.

Selain itu, program Mantai Perdana itu akan turut disertai para peniaga yang menjual pelbagai jenis rempah ratus, sayur-sayuran dan sebagainya.

Mohamad berkata ia akan menjadi sebagai pusat sehenti untuk orang ramai membeli barang keperluan bagi persiapan Aidilfitri.

Perkataan 'mantai' dalam dialek Negeri Sembilan itu bermaksud membantai, hari umat Islam bergotong-royong melapah daging, menjual, menyediakan makanan keperluan Hari Raya seperti membakar lemang, merebus ketupat dan memasak rendang.

3

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dellema 11-7-2014 02:10 PM
Tiap2 thn ada
Quote zacrin 11-7-2014 02:27 PM
memandangkan isteri aku orang negeri sembilan jadi aku xdikira orang luar la kan..ke kira juga
Quote fatehana 11-7-2014 02:47 PM
macam mana nak taw org dr negeri lain klu dah ramai2 tu
oh yea dia kata dia x galakkan jd org dr negeri lain jgn turun paroi plk
Quote xtahumenahu 11-7-2014 03:01 PM
gambo lauk daging masak kicap tu ko sajeee je letak kan???

standard apa rege rm20 sekilo kat pasar
Quote ronin 11-7-2014 06:11 PM
Dah order daging rusa 5 kg...murah....harga kawan...ayam kampung 10 ekor....
Quote GhostWalking 11-7-2014 06:22 PM
xtahumenahu posted on 11-7-2014 07:01 AM
gambo lauk daging masak kicap tu ko sajeee je letak kan???

standard apa rege rm20 sek ...

Hahahaha aku saje test bagi ko terliur
Quote garyura 12-7-2014 01:27 PM
kalau projek lembu fidlot dulu menjadi mesti harga lembu lg murah kannn
Quote kucen_miang 12-7-2014 01:29 PM
zacrin posted on 11-7-2014 02:27 PM
memandangkan isteri aku orang negeri sembilan jadi aku xdikira orang luar la kan..ke kira juga

kau kira masuk suku.
Quote kucen_miang 12-7-2014 01:30 PM
ronin posted on 11-7-2014 06:11 PM
Dah order daging rusa 5 kg...murah....harga kawan...ayam kampung 10 ekor....

sekilo daging rusa brp. tempat aku 35 inggit.
Quote ajinomotonosuga 12-7-2014 01:36 PM
fatehana posted on 11-7-2014 02:47 PM
macam mana nak taw org dr negeri lain klu dah ramai2 tu
oh yea dia kata dia x galakkan jd org ...

ekau kene praktis slang nogori kut minah

Copekkkkk laa sikitttt yang oiiii , lombab bebeno haaa nanti melopeh ekau daging tuh..putih bijik mato
Quote solstice 12-7-2014 01:42 PM
Sure berebut
Kena tunjuk ic kah
Quote bambimo 12-7-2014 01:45 PM
Murah untung juga org NS..cz kt tmpat iols rm28/kg....
Tp tmpat keje adik yg buat research psl pertanian pun offer harga rm18/kg...so tiap2 tahun order dgn dia sja
Quote Modngengade 12-7-2014 01:46 PM
Buat daging salai sodap
Quote BeeHaa 12-7-2014 02:45 PM
Tiap2 tahun mantai kat beranang ni haa..3 ari 3 mlm gitu 24jam x tutup kekdahnya...

tp...............yg sodih nye lah.....kebanyakan org niaga mantai ni x poso.............den x buek pitenah...betol2 depan den.......x sogan silu selamba je minum...ada gak org niaga air di siang ari waktu mantai tu............bila den tanyo kenapo wa'ang x poso..jawab eh.....ponek lah kak !    Apo lah nk jd....lahai
Quote budaktua 12-7-2014 03:11 PM
ajinomotonosuga posted on 12-7-2014 01:36 PM
ekau kene praktis slang nogori kut minah

Copekkkkk laa sikitttt yang oiiii , lombab bebeno haaa ...

don think word "bebeno" is from NS...
Quote akusukaq 12-7-2014 03:34 PM
garyura posted on 12-7-2014 01:27 PM
kalau projek lembu fidlot dulu menjadi mesti harga lembu lg murah kannn

Menungu bila Selangor nak jual daging murah utk raya ni
Quote ronin 12-7-2014 03:36 PM
kucen_miang posted on 12-7-2014 01:30 PM
sekilo daging rusa brp. tempat aku 35 inggit.

Rm20....sayangnya hanya dpt beli 5 kg jer...
Quote dellema 12-7-2014 03:37 PM
kalu poie pun tk tntu dapek laie..
ramai bona org ehh
thn lopeh den poiee tak dapek pun..
buek ponek yorr
Quote ronin 12-7-2014 03:38 PM
ajinomotonosuga posted on 12-7-2014 01:36 PM
ekau kene praktis slang nogori kut minah

Copekkkkk laa sikitttt yang oiiii , lombab bebeno haaa ...

Lombab Bonar disobut mcm biso bonar lagu Hattan tu...lol...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.038787 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top