ATM Masjid Jalan Mudah Untuk Dapatkan Wang
Lelaki terbabit dipercayai melakukan kegiatan itu dengan mencungkil tabung masjid menggunakan lidi. Bagaimanapun perbuatannya berjaya dikesan penduduk kampung ketika sedang cuba mendapatkan wang dalam tabung berkenaan. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, lelaki terbabit berjaya ditangkap orang awam selepas solat tarawih. “Dipercayai wang dalam tabung yang dicuri berjumlah kurang daripada RM30. "Namun ketika dia ditahan, tiada wang dalam simpanannya dan perkara ini telah diselesaikan keluarga lelaki terbabit dengan pihak masjid," katanya. Menurutnya, lelaki terbabit bagaimanapun ditahan semula selepas positif ujian air kencing dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.
|
encikWawad posted on 11-7-2014 03:02 PM
huh mencuri satu hal
dalam bulan puasa
nak g membli dadah satu jadah lagi
ADVERTISEMENT