CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Pendirian Mizz Nina

11-7-2014 03:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16661| Komen: 64



MASAKAN tidak, ia berlaku secara tiba-tiba setelah kembalinya dari menunaikan ibadah haji pada Oktober 2013.

Lebih membanggakan lagi, transformasi Ratu Hip Hop, Mizz Nina tidaklah hanya terletak pada imejnya semata-mata, sebaliknya ia turut mencakupi aspek muzik dan karier seninya.

Tetap istiqamah dengan keputusan yang di ambil, pelantun lagu What You Waiting For ini bagaimanapun menyedari perubahan yang dilakukannya itu sememangnya memerlukan satu pengorbanan besar.

"Sebelum ini, perjalanan kehidupan saya lebih terarah kepada aktiviti duniawi. Saya alpa dengan kehidupan dunia.

"Ketika itu, saya tidak fikir langsung apa akan terjadi pada masa hadapan?. Saya beranggapan akan ada banyak masa untuk berubah.

"Tapi, saya lupa, mati akan terjadi pada bila-bila masa. Tidak kira usia muda mahupun tua," katanya ketika menjayakan sesi fotografi dengan Sinar Harian sempena Ramadan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Nina, kematian adalah faktor utama yang membawa kepada penghijrahannya itu.

"Kematian membuatkan saya sedar tentang banyak perkara. Kematian jugalah yang membuatkan saya berfikir semula tentang kehidupan yang selama ini saya abaikan.

"Biarlah saya lepaskan apa saja aktiviti duniawi yang melalaikan dengan begitu saja sebab ia bukanlah jalan yang membawa saya ke syurga ALLAH SWT," katanya yang kini hanya mahu menyanyi di hadapan tetamu wanita.

Mengakui agak tegas terhadap diri sendiri, Nina bagaimanapun tetap menghormati dan menyokong sepenuh hati kerjaya suaminya, Mohammad Noh Salleh sebagai penyanyi.

"Saya tidak akan menghalang Noh untuk terus menyanyi. Lagi pula, bidang nyanyian adalah hala tujunya," katanya.



Kembara rohani

Benarlah kata orang tuntutlah ilmu walau ke negara China. Mungkin itulah peribahasa yang paling sesuai bagi menunjukkan situasi yang dialami oleh penyanyi urban, Mizz Nina.

Apa tidaknya, setelah berhijrah, Nina dilihat semakin memperhebatkan lagi usahanya mendalami ilmu ALLAH SWT.

Tidak hanya menyimpan sendiri, Nina sebaliknya sedia berkongsi dengan masyarakat akan pengembaraan rohaninya itu menerusi program Always A Traveler - Reclaim Your Heart yang memaparkan suntingan ceramah daripada penceramah dan penulis buku popular,

Reclaim Your Heart, Yasmin Mogahed.

Berpeluang bertemu empat mata dengan Yasmin, Nina menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sangat bertuah sementelahan dirinya juga sedang melalui fasa perubahan.

"Asasnya, pembelajarannya lebih kepada meletakkan jiwa dalam konteks Islamik bersandarkan kepada al-Quran.

"Saya menyingkap mengenai punca transformasi saya. Antaranya, pertimbangan yang perlu dibuat, pergolakan perasaan yang hadir dan intelektual yang dialami," katanya.

Bukan sekadar luahan emosi, sebaliknya Yasmin turut mengajarnya bagaimana menjadi Muslimah yang baik dalam kehidupan di zaman moden ini.

"Selama tujuh hari di sana, saya banyak meluangkan masa dengan Yasmin.

"Saya mempelajari lebih banyak tentang Islam. Apa yang menyentuh hati saya apabila kata-kata yang disampaikan kepada saya terus menangkap ke hati," katanya.

Ketika ditanya mengapakah Nina sanggup berkongsi kisah penghijrahannya dengan masyarakat umum, ternyata dia ada sebabnya tersendiri.

"Ini adalah satu tanggungjawab saya sebagai seorang Muslimah.

"Mungkin, dengan cara ini, ia mampu menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih mendekatkan diri kepada Pencipta-Nya.

"Ini adalah salah satu cara saya dalam membantu masyarakat," katanya.

Tidak cukup dengan itu, pengembaraan rohaninya turut memerlukannya mengembara ke Pulau Queenstown, New Zealand, yang cukup terkenal dengan keindahan pemandangannya.

"Subhana ALLAH, New Zealand sangat cantik dan indah. Saya kagum dengan ciptaan dan kebesaran ALLAH SWT.

"Jika di dunia ini, sudah sebegini cantik, bayangkan bagaimana syurga ALLAH SWT nanti,” katanya.

Always A Treveler - Reclaim Your Heart boleh ditonton secara serentak di saluran Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135), setiap Sabtu dan Ahad mulai 5 Julai lalu, jam 6.30 petang bertepatan dengan tema ‘Kosong-Kosong, Buka Lembaran Baru’ sempena
Ramadan dan Syawal ini.

Fokus pada bisnes

Tidak aktif dalam bidang seni, tidak bermakna penyanyi berusia 34 tahun itu hanya duduk diam.

Pemilik nama penuh Shazrina Tan Sri Azman itu sebaliknya kini fokus pada perniagaan busana Muslimahnya, Madeena.

Jelasnya, Madeena menyediakan pelbagai busana yang mampu memenuhi penampilan mengikut syarat wanita Muslimah.

"Selain menjual jubah dan abaya, Madeena turut mengetengahkan busana fesyen jalanan seperti skirt dan jaket.

"Malah, melalui Madeena, saya bercadang mengembangkan lagi perniagaan ini dengan menjual minyak wangi dan alat solek halal," katanya.

Dalam pada itu, Nina juga berhasrat untuk membuka butik dan kafe Madeena di Gallery Empire, Damansara, tidak lama lagi.

Sebelum ini, Madeena beroperasi secara online di Madeena.My menerusi laman sosial Instagram.

"Insya-ALLAH, jika tiada aral, selepas Aidilfitri, operasi Madeena  akan diperluaskan lagi melalui pembukaan butik dan kafe," katanya yang turut terlibat dalam Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), baru-baru ini.

Hafaz al-Quran

Seperti individu lain, Nina turut menanti-nantikan ketibaan Ramadan. Malah, keterujaan itu turut dikongsi dengan suami tercinta, Noh Salleh.

Baik Noh mahupun Nina, kedua-duanya berhasrat memenuhi Ramadan kali ini dengan lebih sempurna berbanding Ramadan lalu.

"Ramadan lalu benar-benar merubah kehidupan saya. Semuanya kerana Nina yang banyak mendorong saya," katanya.

Bahkan, pasangan ini turut meletakkan beberapa matlamat yang ingin di capai pada Ramadan ini.

"Saya sendiri berhasrat mahu mendirikan solat sunat tarawih sebanyak mana yang termampu selain cuba menghafaz sebanyak mungkin ayat-ayat al-Quran dan memahami maksud pada ayat tersebut.

"Alhamdulillah, Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa sebab kita boleh buat tarawih di merata-rata masjid.

"Lebih istimewa, pada tahun ini juga penceramah terkenal dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk datang ke Malaysia dan akan memberi tazkirah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya mulai 28 Jun ini.

"Insya-ALLAH, saya dan suami akan ke masjid itu menunaikan solat tarawih dan mendengar tazkirah beliau," kongsi Nina pula.

Dalam pada itu, pasangan popular ini juga sentiasa mencari peluang untuk berbuka bersama-sama.

"Kami hanya berbuka secara bersederhana bagi mengelakkan sebarang pembaziran terjadi.

"Cukuplah sekadar membeli nasi bungkus di gerai Studio 5 yang terletak di Ampang," kata Noh sambil memberitahu mereka tidak mengamalkan budaya membeli di bazar Ramadan.

Tidak sekadar berdua, pasangan ini turut mencuri masa untuk menjalani ibadah puasa bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.

"Kami akan berbuka puasa dengan keluarga atau rakan-rakan untuk beberapa kali sepanjang Ramadan ini.

"Selepas berbuka, kami akan bersama-sama mendirikan solat tarawih," katanya yang lebih meraikan sambutan Ramadan berbanding Aidilfitri.


Sumber Sinarharian *


4

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote puterikhaleeda 11-7-2014 02:27 PM
alhamdulillah....




ada duit segalanya mungkin....
Quote zacrin 11-7-2014 02:28 PM
bagus dia ni..pandai noh
Quote kecimpret 11-7-2014 02:29 PM
Tidak cukup dengan itu, pengembaraan rohaninya turut memerlukannya mengembara ke Pulau Queenstown, New Zealand, yang cukup terkenal dengan keindahan pemandangannya.

"Subhana ALLAH, New Zealand sangat cantik dan indah. Saya kagum dengan ciptaan dan kebesaran ALLAH SWT.

betul dan tepat apa yg dia cakap..mmg cantik



queenstown bkn pulau..ia bandar pelancongan di pulau selatan
Quote miss_darling 11-7-2014 02:30 PM
duit bekepok tp still berniaga. bkn bukak butik esklusif mewah ke apa, biasa2 je, mula dr bawah
Quote leftrani_kel 11-7-2014 02:36 PM
alhamdulillah
Quote mawibotak 11-7-2014 02:37 PM
Same la aku pun x suka sgt beli kat bazaar ramadhan, kdg lauk2 x masak la, tawar la, recycle lauk smlm la. Baik la beli kat kdai mkn je
Quote maxgamer82 11-7-2014 02:41 PM
untung Noh...semoga mereka dikurnia cahaya mata yang solehah
Quote biggirlduncry 11-7-2014 02:41 PM
bagus...alhamdulillah...
Quote jerukkedondong 11-7-2014 02:42 PM
semoga Allah merahmati Mizz Nina n Noh...
Aminn....
Quote lolali 11-7-2014 02:49 PM
respect mizz nina , btol2 berubah.. suka diorg!
Quote cantleyi 11-7-2014 02:53 PM
semoga beliau terus istiqomah
Quote edoraixora 11-7-2014 03:05 PM
all the best mizz nina
you've earned my respect
Quote epis 11-7-2014 03:12 PM
respect die, hidayah-Nya tu ketentuan-Nya... bagaimana mizz nina yg dulu sangat duniawi boleh berubah terus~
Quote toxicated 11-7-2014 03:17 PM
Iols nak mengidolkan noh dan mizz nina ni.byk contoh baik dorg bawa skrg..alhamdulillah..x sangke dgn segala kemewahan yg nina ni ada dan cara hidup lama, dia boleh berubah jd mcm ni akhirnya.
Quote iman_aly 11-7-2014 03:18 PM
bagus laaa gituu...
Quote muo1202 11-7-2014 03:20 PM
alhamdullilah... moga istiqamah..
Quote lylea 11-7-2014 03:26 PM
respect betul kt dorang.. semoga terus istiqomah.. aku terpikir plak diri ni.. haishhhh byk betul cabaran kalau nk berubah
Quote enchikfitz 11-7-2014 05:08 PM
Bagusnya Mizz Nina ni. Byk berkongsi aktiviti islamik dgn masyarakat. Dia ni patut jadi artis contoh. Syabas!
Quote enchikfitz 11-7-2014 05:09 PM
mawibotak posted on 11-7-2014 02:37 PM
Same la aku pun x suka sgt beli kat bazaar ramadhan, kdg lauk2 x masak la, tawar la, recycle lauk sm ...

Salah benang ke ni?

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.071595 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top