CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kesian Enot Kene Maki Ngan Doktor

11-7-2014 11:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30044| Komen: 200

Doktor Lemparkan Kata-Kata Kesat Terhadap Enot

Enot redha dan pasrah dengan penyakit kanser usus yang dihidapinya.



PETALING JAYA: Pelakon Enot  membuat keputusan untuk tidak mendapatkan rawatan susulan penyakit kanser ususnya di sebuah hospital berikutan keceluparan dan sikap biadap seorang doktor yang melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, berkata, perkara tersebut terjadi selepas dia enggan melakukan rawatan kemoterapi dan radioterapi yang disaran bagi mengubati penyakit tersebut.

"Saya tidak akan ke hospital itu untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadap dia sanggup melemparkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan saya.

"Saya tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia kata pergi matilah kalau tak mahu buat semua itu dan saya rasa ingin tumbuk sahaja muka dia ketika itu," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Enot turut mengakui kejadian tersebut terjadi berikutan  emosinya yang kini tidak begitu stabil dan mudah tersinggung.

Sementara itu, Enot berkata, dia enggan membuat rawatan berkenaan berikutan kegagalan kaedah rawatan tersebut terhadap ahli keluarganya yang turut mengalami penyakit kanser.

Sehubungan itu dia memilih untuk melakukan rawatan tradisional dan mengambil beberapa pil untuk kesihatan tambahan.

"Rawatan tersebut meyakitkan dan tidak berkesan, malah ahli keluarga saya yang membuat rawatan tersebut menjadi lebih parah bukan semakin sembuh.

"Saya sudah reda dan pasrah akan ‘pergi’, namun saya ada juga menjalani rawatan tradisonal dan ambil ubat-ubat tambahan untuk memberi tenaga," katanya.

Sementara itu, Enot mengakui kini bekerja keras bagi menyimpan duit sebanyak mungkin untuk bekalan kepada anak-anaknya.

Dia juga menyimpan impian untuk menunaikan umrah bersama anak-anaknya sebelum meninggal dunia.

"Saya bekerja bukan lagi untuk saya tetapi untuk anak-anak. Saya nak kumpul duit untuk bekalan mereka bila saya sudah tiada nanti.

"Kalau ada rezeki lebih saya memang teringin nak menunaikan umrah jika mendapat peluang itu," ujarnya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 11-7-2014 01:04 AM
hai liza                              
Quote mrsLucky 11-7-2014 01:09 AM
eh kazen i dapat kanser  15 tahun dulu berjaya di rawat dengan kemo..tapi saluran peranakan terpaksa dibuang kerana dah merebak. Dia teruk waktu kemo..rambut dia botakkan..katanya sangat sakit..tapi dia berjaya menempuhinya dan masih hidup hingga kini..sihat cuma tak boleh zuriat..

Pantang beralah sebelum ajal...pi lah hospital lain kalau doktor tu kurang ajar..kasian anak2 tuh
Quote Grengo 11-7-2014 01:17 AM
Haiyer... why talk abt death enot.
Talk abt surviving. Fight cancer.
You can do it.
Quote ana_w_houb 11-7-2014 01:18 AM
biadapnya doktor....mohon enot gitau sama nama dr yang biadap sangat tu
Quote machiko 11-7-2014 01:28 AM
Kena kanser memang kena radiotherapy atau chemotherapy atau kedua2nya. You have to do it. At least you try. Doktor beri kata kesat, report je. Sure doktor tu kena. Jgn go for trasidional treatment. My uncle dulu kena kanser usus, pergi berubat kampung. Happy dia sebab kanser dia dah takde, tup-tup tak lama kemudian dapat berita dia dh meninggal dunia. Mana boleh awal2 lagi dh pasrah, it's not right. Unless kanser Enot dah tahap 4 la, which normally mmg takde harapan. Kalau early stage, go for treatment, Insha Allah sembuh.
Quote ladyxez 11-7-2014 01:34 AM
Sakit pulak hati dengn doktor biadap ni , tp mmg ujud spesies ni terutama kjaan.  
Enot knp rak terus je buat kimo n radioterapi tu, my auntie ada kanser lung dan breast , dah kat 6 rahun Alhamdulillah sihat lagi.  Dia buat semua yg hospital suruh buat  sblm ni mng berumahtangga di hispital, sekang pun dok ulang tp tak la sekerap dulu
Quote cmf_blingblings 11-7-2014 01:39 AM
Ada seorg makcik ni kaki kena potong sbb komplikasi kencing manis. Anak-anak jarang ambik tahu, tiba-tiba bila sampai rumah berbau bangkai, puas cari di merata tempat rupanya kaki mak depa yg dah busuk. Pergi hospital doktor tarah keliling, buang nanah dan air bisa. Doktor suruh potong tetap taknak, so setiap hari kena bawa mak dia ke klinik swasta utk cuci. Sampai sekarang kulit tak tumbuh2 lagi...merah menyala sampai kena tutup dgn bandage takut dihurung lalat.

Bukan Enot seorg yg tak nak buat rawatan utk sakit kronik ni, ramai lagi, pilih utk makan supplement yg mahal-mahal pulak tu, takut ubat-ubatan yg tak diiktiraf ni lama-lama memberi kesan pd buah pinggang aja. Enot masih muda, eloklah jalani rawatan yg hospital suruh.
Quote batman_2007 11-7-2014 01:52 AM
Biadap nya doc.
Elok jd doc hewan je gtu
Quote pengimbas 11-7-2014 01:54 AM
orang puteh sibuk duk terai THC ngan CBD rawat kanser nih.

Quote periukTanah 11-7-2014 02:02 AM
Ubat yang diiktiraf pun effect hati dengan buah pinggang juga..
sama ja..

pilih la yang terbaik untuk diri sendiri..
sakit tu kita nak tanggung.. duit pun kita yang kena keluarkan..
puluh2 ribu tu bukan murah
tengok mak aku dulu masa kanser kena chemo dgn radio...
botak kepala, kening semua takda.. muntah ja.. makan tak lalu..
duit pun sampai kena buat loan..
p umrah masa sakit tu.. balik umrah terus hilang takda kesan...
terapi solat, doa...
Quote Cookeelaat 11-7-2014 02:35 AM
Kalau I jadi doktor kaka enot ni pun i geram.
hari tu tengok kat hlive bila pokcik aznil tanya dia kenapa taknak buat chemo, tak kesian ke kat anak2  sebab tu pun salah satu usaha kan plus yakin ke dengan ubat2 tradisional, cara dia jawab pun macam tak meyakinkan and lebih kepada dia degil je sebenarnya tak nak tak nak.
pastu dia sendiri mengaku buat cara tradisional ni pun ada pantang2 dia tapi dia langgar pantang makannnn je segala dengan alasan ada ahli keluarga (ayah dia kot tak ingat dah cerita) dia kencing manis potong kaki semua ada cakap kat dia kalau nak makan apa2, makan je.
buatkan i geram tau sampai nak kesian pun macam alahaiiii sangat

based on my experience, doktor kaka enot tu dah frust sebab orang nak tolong tapi dia tak nak, macam cikgu, ada murid yang tak berapa nak pandai bila nak tolong bagi tuition dia tak na,k nak juga usaha sendiri makan ubat cerdas minda je.
geram kan?
Quote mitnick 11-7-2014 04:01 AM
hmm.. xtau nak kata ape dah enot... mebi doc nak tlg sesangat + da habis pujuk smpi jadi marah pulak bila enot xmo dgr cakap....

org sakit nie pula kalau org salah cakap sikit mmg senang terasa hati....

Quote mizahanan 11-7-2014 04:10 AM
Cookeelaat posted on 11-7-2014 02:35 AM
Kalau I jadi doktor kaka enot ni pun i geram.
hari tu tengok kat hlive bila pokcik aznil tanya dia  ...

Yea, dr temuramah tu saya sgt geram dgn enot. Spt mahu mengikut caranya saja
Quote RatuDunia94 11-7-2014 04:14 AM
lately ni ramai retis buat statement ala2 mati gitu..
Quote mokcikKSKB 11-7-2014 04:28 AM
Pikirlah enot oiii...kalau ko meninggal sape nk jaga anak2 kau nanti. Mmgla kemo menyakitkan tp better byk lagi dr rawatan tradisional yg xpernah lnsg berkesan
Quote asampodeh 11-7-2014 05:09 AM
knp kuajo sgt doktor tu..??
Quote Manusiabiasa 11-7-2014 05:10 AM
Pleaselah fikir betul2 enot...jgnlah ego..jgn disebabkan family ko yg takde kesan bila buat kimo, ko pun terus decide tak nak buat...
Patutnya discuss dgn doc betul2 ttg sakit ko tu...ape rawatan terbaik...google pun boleh...
Ko kesian kat anak2 tp ko kesian tak kat diri ko? Huhuhuuu

Yg doc tu kalau aku yg kena mmg dah kena carut depan2...
Quote beta_carotene 11-7-2014 05:40 AM
biasanya yang negative thinker gini, cepat sampai ajalnya
cepat2 siapkan kain kapan ye enot
Quote SissySembah 11-7-2014 05:42 AM
buat sahajalah terapi sis, takat pergi bomoh habis ribu riban yang dapat hanya angin jah.

Lihat semua komen(200)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.055706 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top