CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Lagi Dikecam, Lagi Kami Murah Rezeki - Eira & Azad

10-7-2014 04:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14959| Komen: 69



Pasangan selebriti Eira Syazira dan suaminya Azad Jazmin tidak berputus asa menjalankan perniagaan online meskipun sebelum ini mereka pernah dikecam hebat oleh segelintir pihak gara-gara mereka memilih bidang perniagaan berkonsepkan networking.

Menurut Eira, kecaman yang dilemparkan kepada dia dan suaminya itu sikit sebanyak dijadikan penyuntik semangat untuk mereka meneruskan kerjaya sampingan mereka itu.

"Sejak beberapa tahun dulu saya sudah menceburi bidang perniagaan online secara samping. Macam-macam jenis bisnes saya buat. Saya rasa saya antara artis pertama yang buat bisnes online sehingga pernah saya dikecam teruk. Ada pihak yang kata saya buat bisnes macam ni nampak yang kami ni sengaja merendahkan status artis dan sebagainya.


"Tapi bagi saya, kecaman itu bagus sebenarnya kerana lagi kami dikecam lagi rezeki kami murah. Alhamdulillah saya rancang nak buka butik tak lama lagi. Sekarang ni pun saya sudah punya bazaar di Mara", kata Eira Syazira ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Astro, bertempat di hotel Royal Chulan, semalam

Berkongsi tentang perkembangan terkini, Eira memberitahu dia dan suaminya kini sibuk mengembangkan perniagaan ‘multi-level marketing’ (MLM), Rania Marketing, yang baru mereka ceburi sejak beberapa bulan lalu.

Kerana mahu menumpukan pada perniagaan tersebut, buat masa ini Eira memperlahankan aktiviti lakonannya. Bagaimanapun selepas Aidilfitri nanti, ibu kepada Amarra Sofea Rose ini akan kembali ke set penggambaran untuk sebuah drama bersiri 26 episod.

"Saya ingin jelaskan disini yang kami tidak tinggalkan bidang lakonan. Kami masih sayangkan kerjaya lakonan kami. Cuma buat sementara waktu ini kami berehat dari berlakon untuk tumpukan pada bisnes.

Sementara itu, Azad yang turut berada di sini Eira ketika sesi temubual pula berkata, perniagaan yang mereka jalankan itu lebih kepada membantu masyarakat Melayu dalam menjana kewangan.

Tambahnya lagi, dia yakin dengan perniagaan ini memandangkan syarikat tersebut adalah sebuah syarikat yang kukuh dan sudah hampir 15 tahun bertapak dalam industri.

"Kita semua sedia maklum, bila orang kita dengar saja tentang MLM mereka terus menunjukkan reaksi kurang minat. Tapi apa yang oleh saya katakan, perniagaan yang kami ceburi ini lebih kepada membantu orang-orang Melayu dalam menjana kewangan. Akan ada satu pelancaran khas memperkenalkan perniagaan ini pada umum sekitar November nanti.

"Lagipun syarikat yang menjalankan perniagaan ini adalah sebuah syarikat berpengaruh dan sudah hampir 15 tahun bertapak dalam dunia perniagaan. Sebab itu saya yakin untuk menyertainya.

"Bayangkan lah, dalam masa dua minggu saja Allhadulillah saya sudah mampu membeli motosikal Ducati Diavel. Dan Eira sekarang ni sedang menunggu pinjamannya diluluskan untuk beli Evo", kata Azad yang sudah berehat dari berlakon sejak Mei lalu.

Lebih menggembirakan Azad, dia telah berjaya meyakinkan 10 selebriti popular tempatan untuk turut sama menyertai perniagaan tersebut antaranya seperti Shaheizy Sam dan Keith Foo.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juecy 10-7-2014 09:19 AM
Woww... Alhamdulillah lah hidup mewah hasil duit niaga.
Semuga berjaya
Quote tomet05 10-7-2014 09:22 AM
MLM lagik .. bile nak serbu nih ..
Quote kentel 10-7-2014 09:22 AM
MLM ? hm . kalau style penindasan, mungkin kaya, tapi rezeki tu tak kemana pun .
Quote sweetfasha 10-7-2014 09:23 AM
ala sama je mana mana mlm. bukan jual produk tapi jual networking.. produk ko ke laut..
Quote hellorara 10-7-2014 09:23 AM
Kalau betul menguntungkan, belilah Evo tu cash.
Perniagaan berasaskan MLM ni paling lama pun setahun je.
Lepas tu bila market dah tepu memang collapse.
Tak terfikir ke duit banyak tu dapat dari mana?
Of course dapat dari orang bawah bawah yang cari orang
Quote rosevelvet 10-7-2014 09:25 AM
kentel posted on 10-7-2014 09:22 AM
MLM ? hm . kalau style penindasan, mungkin kaya, tapi rezeki tu tak kemana pun .

style penindasan + org yg paling last x dpt apa + dgn ada unsur penetapan keuntungan= harom. hadaplah balasan Allah bagi mkn kat family plak tu. sian anak2 yg x tau apa. sekian tazkirah pagi.
Quote kentel 10-7-2014 09:29 AM
rosevelvet posted on 10-7-2014 09:25 AM
style penindasan + org yg paling last x dpt apa + dgn ada unsur penetapan keuntungan= harom. hadap ...

terima kasih ostad / ostajah utk tazkirah tersebut . tapi skrg ni kan , memang orang tak peduli dah la dgn agama . duit lagi dikejarkan .
Quote chinta89 10-7-2014 09:33 AM
mlm?
Quote sweetfasha 10-7-2014 09:33 AM
macam gelang AC tu ler. dulu ada sorg marketing dia dtg promote kat opis aku.. masa tu dia sibuk suruh leburkan duit 10k untuk beli gelang tu lepas tu aku cari netwotking..

tak kuasa koo baik aku lebur 10k beli pakej pi london.. pas tu aku selamba je jawab..' malaslah nak join bisnes org x reti bayar nafkah anak ni.. sok sok rezeki saya pun sama x berkat'  bengang je mamat tu terus blah sambil tinggalkan pesanan penaja.. 'u x tahu apa apa jangan komen lah pasal ac tu'

phuii.. selamat 10 k aku
Quote reenz013 10-7-2014 09:35 AM
jgn nnti kene tarik ducati ngn evo lak..jgn lupa bt PC yer
Quote amyainsamad 10-7-2014 09:37 AM
rania ni xde produk lg, nnti br bgtau produk apa. just cari org join jd downline dulu
Quote Leeen82 10-7-2014 09:38 AM
Rania Marketing kan nama MLM azad ni
sapa tahu brp perndahuluannya?
Quote fcl29 10-7-2014 09:49 AM
standard MLM.. tnjk harta kenderaan

"Bayangkan lah, dalam masa dua minggu saja Allhadulillah saya sudah mampu membeli motosikal Ducati Diavel. Dan Eira sekarang ni sedang menunggu pinjamannya diluluskan untuk beli Evo", kata Azad yang sudah berehat dari berlakon sejak Mei lalu.
Quote azie.dz 10-7-2014 09:50 AM
bagus la kannnnnn
Quote da_vinci 10-7-2014 09:51 AM
dah tau dah....kalau dah huntung mmg diorang tunjuk keta dulu..........Evo beb.....
Quote missyqaldina 10-7-2014 09:56 AM
eh aritu die jual baju..sume..da x jual ke?
aku gegeh beli sekirt kt die..
lawak die si azad ni..
Quote rosevelvet 10-7-2014 10:00 AM
"Bayangkan lah, dalam masa dua minggu saja Allhadulillah saya sudah mampu membeli motosikal Ducati Diavel. Dan Eira sekarang ni sedang menunggu pinjamannya diluluskan untuk beli Evo", kata Azad yang sudah berehat dari berlakon sejak Mei lalu

Info lengkap ditujukan khas buat LHDN
Quote Myrara 10-7-2014 10:05 AM
fcl29 posted on 10-7-2014 09:49 AM
standard MLM.. tnjk harta kenderaan

berehat ke mmg xde job blakon dah?blakon asyik watak same je. poyo.serabut tgk.
Quote kenarikelabu 10-7-2014 10:07 AM
Ducati Diavel.....saja bakar line je nih.  

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.118825 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top