CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Heliza Helmi Kagumi Felixia Yeap & Neelofa Dalami Ilmu Islam

9-7-2014 05:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15392| Komen: 30

Heliza Helmi Kagumi Felixia Yeap & Neelofa Dalami Ilmu Islam

Heliza Helmi.



KUALA LUMPUR: Penyanyi Heliza Helmi berasa kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan model Felixia Yeap dan pelakon Neelofa yang kini sudah berhijrah dan berusaha mendalami agama Islam.

Heliza, 28, berkata, kedua-dua selebriti itui menunjukkan semangat mereka untuk menjadi muslim yang lebih baik berbanding sebelumnya.

"Alhamdulillah pintu hati mereka terbuka untuk berhijrah sehingga saya sendiri rasa kagum dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh mahu mendalami Islam.

"Felixia setiap minggu hadir kelas agama dan ada satu ketika dia datang dengan teksi kerana tidak tahu tempat usrah tersebut, begitu juga Neelofa yang tidak pernah ketinggalan menyertai kelas-kelas agama," ujarnya kepada mStar Online selepas majlis pengumuman Heliza Helmi sebagai duta terbaharu produk penjagaan rambut Sunsilk.


Heliza berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penghijrahan beberapa selebriti tempatan pada Ramadan ini.

Tambah Heliza, kesungguhan mereka membuatkan dirinya berasa malu kerana sering memberi pelbagai alasan jika tidak hadir ke kelas-kelas agama.

Katanya, dia sentiasa berharap agar lebih ramai lagi selebriti yang berhijrah menjadi lebih baik.

"Saya lihat Felixia sangat rajin dan bila tidak dapat datang ke kelas belajar agama, dia rasa sedih dan saya pula jadi malu kerana sering bagi alasan jika tidak dapat hadir.

"Saya bersyukur semakin ramai artis yang sudah berhijrah. Hijrah bukan sekadar menutup rambut tetapi jika seseorang itu belum bertudung tetapi dia melakukan sesuatu benda baik yang tidak dilakukan sebelum ini, hal itu juga boleh dikatakan berhijrah," ujarnya.

Heliza dilantik sebagai duta baharu produk penjagaan rambut Sunsilk. 


Sementara itu, Heliza yang sibuk dengan aktiviti memberi bantuan kepada warga Palestin dan Syria mengakui belum memikirkan soal mendirikan rumah tangga.

Kata Heliza, dia menyerahkan urusan jodohnya kepada Allah.

"Buat masa ini saya sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti dan kerjaya hingga tiada masa untuk fikir soal jodoh.

"Keluarga saya memahami tentang itu dan kakak saya pun belum lagi berkahwin, apa-apa pun saya hanya berdoa agar ditemukan dengan lelaki yang baik," ujanya.

Sementaa itu, Heliza yang dilantik sebagai duta baharu syampo jenama Sunsilk ini mengakui sangat terkejut apabila menerima tawaran tersebut.

Katanya, selepas hampir empat tahun bekerjasama dengan produk itu, dia akhirnya dipilih menjadi duta produk berkenaan.

"Sebelum ini saya hanya jadi model iklan itu sahaja iaitu kira-kira empat tahun. Bila ditawarkan menjadi duta, saya rasa seperti macam nak pengsan.

"Saya pengguna produk ini sejak dahulu dan ia satu-satunya produk yang menyokong wanita berhijab," katanya.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 9-7-2014 05:43 AM
"Hafiz Hamidun Bukan Lekaki Idaman Saya" - Heliza Helmi
Quote badai 9-7-2014 07:14 AM
kakikuDibibirmu posted on 9-7-2014 05:43 AM
"Hafiz Hamidun Bukan Lekaki Idaman Saya" - Heliza Helmi

hihihihi funny
Quote tomet05 9-7-2014 07:20 AM
eloklah tuh kan .. bagus dia nih
Quote kentel 9-7-2014 08:21 AM
kakikuDibibirmu posted on 9-7-2014 05:43 AM
"Hafiz Hamidun Bukan Lekaki Idaman Saya" - Heliza Helmi

hahahahha .... ini sangat lucu....terhegeh2 jantan tu kat dia...x dapat meroyan..
Quote ohsemmm 9-7-2014 08:29 AM
biarlah macamana pun dia kuar kat paper.....aku tak tahu kenapa aku tak berkenan kat dia
Quote Suchi 9-7-2014 08:56 AM
jumpa heliza nih kat eh bazaar masa kat maeps serdang alahai slim nauuu dia yeaa.. pkai jubah lapis2 ngn shawl tebal melilit pun still nmpk kecik gak.
muka dia kecik je mata je besar.
kebetulan ada banner gambar dia
jauh beza betul dlm gambar dgn dedepan
tak mcm diana danielle dlm gambo nmpk kurus  dedepan  pun sama juga dlm gambo rupanya igt lg kering.
tp dia jenis rangka omputeh tinggi n besar.
Quote ida88 9-7-2014 03:26 PM
Heliza kagum pun bole jd bahan brite
Quote aderaderker 9-7-2014 03:33 PM
Nama dia x cukup kuat kut sebab tu reputz selit pasal dua retis(?) yg tengah in sekarang ni

Tp aku tertarik ngan statement last sekali tu..produk ni satu2nya yg sokong wanita berhijab?
Heh.....
Quote tepisket.. 9-7-2014 09:57 PM
aderaderker posted on 9-7-2014 03:33 PM
Nama dia x cukup kuat kut sebab tu reputz selit pasal dua retis(?) yg tengah in sekarang ni

Tp ak ...

Ye la kut. Sunsilk kan first kuar iklan syampu dgn model btudung. Shahida, Wardina, Fathia, now Heliza..

Tp skang ada la mcm2. safi shyla la..
Quote solstice 9-7-2014 10:08 PM
Banyak lah kau bagi alasan ponteng usrah khennn
Quote fossil 9-7-2014 10:35 PM
Heliza bila nk kawen..moga cepat jumpa jodoh lelaki yg solehhh
Quote shachihata33 9-7-2014 11:00 PM
tepisket.. posted on 9-7-2014 09:57 PM
Ye la kut. Sunsilk kan first kuar iklan syampu dgn model btudung. Shahida, Wardina, Fathia, now He ...

Tak silap Fathia dh bertukar shampoo. model pantene lak
Quote shachihata33 9-7-2014 11:01 PM
aku x minat sheolss. tapi aku respek dia sbb terima teguran org..dulu asyik post pic muka bajet comel mata terbeliak, senyum kepit...tp skrg nampak mcm dah xde lg dia post pic bajet2 comel.
Quote ex-bantal.B 10-7-2014 12:46 PM
iols cuma tahu produk dia dlm filem dgn awal tu jer..
Quote arira_arora 10-7-2014 01:00 PM
hurm... tkde cite cite la psl org lain.. nexttt
Quote bambimbom 10-7-2014 01:01 PM
iols tak pernah minat dia ni... xtaw la nape?
Quote Eljie 10-7-2014 04:36 PM
hijrah itu pengorbanan..
Quote Parit.Hilton 10-7-2014 04:38 PM
ohsemmm posted on 9-7-2014 08:29 AM
biarlah macamana pun dia kuar kat paper.....aku tak tahu kenapa aku tak berkenan kat dia

kannn??
aku pun sama.

aku rasa dia ni gedik jugak orangnya. cuma orang tak mengata sangat sebab pakai tudung. kalau bukak tudung tu sama je dengan artis lain.
Quote Pailang 10-7-2014 10:05 PM
solstice posted on 9-7-2014 10:08 PM
Banyak lah kau bagi alasan ponteng usrah khennn


itu menunjukkan yang dia tu seorang yang jujur, mengaku salah dan silap diri sendiri. dia pun sedar yang dia tu manusia biasa yang tak sempurna. orang yang jujur ni memang mulia di mata Allah SWT.

Bukannya macam sesetengah orang tu, bila buat salah, tak nak mengaku. dah tak nak mengaku tu satu hal, pastu boleh plak dia perbodohkan orang lain supaya orang lain nampak yg dia tu semuaaaaa betul. sifat2 macam ni kita namakan HIPOKRIT dan antara tingkahlaku yang HINA serta KEJI di mata Allah SWT.

Terbaik Heliza. semoga dirahmati Allah selalu.












Last edited by Pailang on 10-7-2014 10:08 PM

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.080979 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top