CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Allahyarhamah Sharifah Aini : Lebih 2 Ribu Persembahan Amal Tanpa Bayaran

8-7-2014 03:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11562| Komen: 50




SEPERTI baru semalam kita menerima perkhabaran mengenai pemergian penyanyi Seri Dewi Malam ini kembali ke rahmatullah.

Meskipun sudah tiga hari berlalu, namun jasa dan perjuangan, Biduanita Negara ini kepada industri seni menjadikan kehilangannya sangat dirasai.

Sehinggakan semasa penghormatan terakhir, Allahyarhamah diziarahi ribuan saudara-mara, sahabat dan rakan artis yang mendoakan kesejahteraannya.

Sementelah doanya untuk meninggal di bulan suci dimakbulkan oleh ALLAH SWT dan tarikh 6 Julai 2014 Bersamaan 8 Ramadan 1435 Hijrah, ini menjadi sejarah buat seluruh peminat yang akan terus merindui suara merdunya.  

Mendengar nama Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar atau lebih mesra dipanggil Kak pah, pasti ramai yang membayangkan lagu-lagu dendangan popularnya seperti Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru, namun hakikatnya tidak ramai yang benar-benar mengenali sisi peribadi beliau.

Bagi rata-rata rakan baik dan rakan seperjuangannya, Kak Pah adalah insan yang berhati mulia dan memiliki sifat dermawan yang sangat dikagumi terutama bagi mereka yang sering bekerjasama dengan beliau.   

Malah turut tercatat dalam Wikipedia, beliau pernah menjayakan 2,518 persembahan amal tanpa bayaran.

Ini turut disokong Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez yang  bekerjasama lebih 30 tahun bersama Allahyarhamah dalam industri ini.

Menurutnya, Kak Pah sememangnya dikenali sebagai artis yang gemar membuat kebajikan dan kerja-kerja amal.

"Sewaktu era 80 dan 90-an, beliau sangat aktif membantu golongan memerlukan terutamanya anak-anak yatim.

"Dia rajin mengumpul dana untuk didermakan, dengan harapan dapat meringankan bebanan mereka.

"Beliau juga sanggup melakukan pelbagai persembahan amal bagi mencapai misi tersebut tanpa meminta sebarang bayaran," katanya kepada Zass.

Juga berjaya mendidik satu-satunya anak tunggal beliau, Aliff Omar Ali sehingga bergelar tahfiz, maka tidak hairanlah jenazah Allahyarhamah dikatakan berbau harum.

Prihatin atas kesusahan rakan

Bertemu rakan-rakan Allahyarhamah ketika penghormatan terakhir beliau di  Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini, turut memberi peluang untuk kita mengenali lebih mendalam siapa Allahyarhamah di mata sahabatnya.

Menurut Mohd Shamsuddin Abdul Rahman @ Mimie Zarina, sepanjang 35 tahun dia mengenali anak kelahiran Johor itu, ia adalah sesuatu yang cukup berharga.

Momen indah ketika bersama tidak ternilai harganya dan akan diabadikan buat selamanya.

Katanya, walaupun sibuk dengan karier tetapi Allahyarhamah seorang yang sangat prihatin jika rakannya di dalam kesakitan atau kesusahan.

"Kalau dia tahu kawan-kawan sakit, dialah orang pertama  datang melawat. Dia sangat risau jika tidak tahu bagaimana keadaan kita.

"Semasa hayatnya dia bukan seorang yang kedekut bahkan sangat pemurah.

"Dia banyak membantu daripada segi kewangan dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, Allahyarhamah bukanlah seorang yang suka bercerita mengenai hal orang lain.

"Dia lebih selesa dengan rakan-rakannya, walaupun bukan semua berkesempatan menjadi sahabat baiknya tetapi arwah sebenarnya seorang yang sangat mesra," katanya.

Kuih tart jadi kegemaran

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Husin berkata, persahabatan yang terbina sejak 30 tahun lalu mengingatkan beliau kepada sifat dermawan yang ada dalam diri Allahyarhamah.

"Bagaimana saya boleh melupakan segala bantuan yang dihulurkan kepada saya ketika dalam kesusahan.

"Pernah sekali, dia memberi saya wang sebanyak RM2,000 dan waktu itu saya sebenarnya memang memerlukan bantuan kewangan," katanya yang menyifatkan pemergian Allahyarhamah tiada gantinya.

Akui M. Daud, Allahyarhamah juga suka dengan masakan isterinya.

"Dia suka makan nasi beriani air tangan isteri saya, selain itu kuih tart juga menjadi kegemarannya," katanya mereka sekeluarga pasti merindui insan yang lebih mesra digelar Kak Pah itu.

Sedikit memori bersama, M. Daud memberitahu, Allahyarhamah pernah memberinya sebuah biodata yang diselitkan 100 lagu Allahyarhamah kepadanya.

"Dia berpesan supaya menyimpan biodata tersebut dengan baik dan jangan sesekali memberikannya kepada orang lain.

"Insya-ALLAH, amanat Allahyarhamah akan saya pegang dengan baik," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jefri90 8-7-2014 11:20 AM
baca tajuk ingatkan akan berlangsung persembahan amal tanpa bayaran in the future.

tp kisah arwah rupanya. eloklah, bila dah pergi seseorang kita kena cerita yg baik2 je sebab kalau cerita yg buruk2 ibarat menganiaya arwah sebab arwah takleh defense diri.
Quote sokmogitu 8-7-2014 11:36 AM
jefri90 posted on 8-7-2014 11:20 AM
baca tajuk ingatkan akan berlangsung persembahan amal tanpa bayaran in the future.

tp kisah arwa ...

telah terjadi kepada Allahyarham Puan Sri Saloma...lepas meninggal mcm2 cerita mistik dan merepek keluar. wallahualam

Quote teky 8-7-2014 11:51 AM
udah2 la dikorek segala citer2 yg lepas.. xguna tuk dikenangkan..
Quote mokcikKSKB 8-7-2014 11:54 AM
Dh mcm pramlee plak kan. Disanjung tinggi setelah tiada...masa masih hidup dok kutuk buat hidung muka facelift..haihlah manusia.judgemental.
Quote larikesurga 8-7-2014 11:56 AM
SEMOGA DITEMPATKAN BERSAMA DENGAN GOLONGAN ORANG BERIMAN...AMIN..
Quote ladyxez 8-7-2014 11:59 AM
mokcikKSKB posted on 8-7-2014 11:54 AM
Dh mcm pramlee plak kan. Disanjung tinggi setelah tiada...masa masih hidup dok kutuk buat hidung muk ...

Tapi  p ramlee disanjung sbb seni , tp kak pah byknya sbb kebajikan ...   beza tu
Quote mokcikKSKB 8-7-2014 12:01 PM
ladyxez posted on 8-7-2014 11:59 AM
Tapi  p ramlee disanjung sbb seni , tp kak pah byknya sbb kebajikan ...   beza tu

Sama jah...hakikatnya dh org takde baru hegeh2 nk puji itu puji ini.masa xde semua yg jahat je nampak.
Quote sok_suci 8-7-2014 12:58 PM
Mohd Shamsudin @ Mimie Zarina tu yg Pengerusi Per. Mak Nyah Wilayah KL ke ape something  
Quote MissLibra 8-7-2014 01:15 PM
mokcikKSKB posted on 8-7-2014 12:01 PM
Sama jah...hakikatnya dh org takde baru hegeh2 nk puji itu puji ini.masa xde semua yg jahat je nam ...

tapi itulah hikmah buat kebajikan pun. Pelaburan dunia untuk diingati orang apabila telah meninggal dunia. Mudah mudahan bila cerita begini tersebar lepas arwah meninggal, boleh bantu kurangkan azab arwah dalam kubur.
Quote famri7 8-7-2014 01:17 PM
Bila dah meninggal baru dipakaikan perfume..dulu media kutuk kau2 .apa la..
#takziah
Quote cintakalin 8-7-2014 01:18 PM
lebih tertarik anak arwah kak pah alif dh berpunya tak?? :p
Quote puterikhaleeda 8-7-2014 01:20 PM
sok_suci posted on 8-7-2014 12:58 PM
Mohd Shamsudin @ Mimie Zarina tu yg Pengerusi Per. Mak Nyah Wilayah KL ke ape something

haah kan?
Quote mokcikKSKB 8-7-2014 01:23 PM
MissLibra posted on 8-7-2014 01:15 PM
tapi itulah hikmah buat kebajikan pun. Pelaburan dunia untuk diingati orang apabila telah meningga ...

Pahala arwah nonstop pon walau dh mati. Tak perlu media nk canang2 kebaikkan arwah pon.
Quote salimrock 8-7-2014 01:29 PM
wah kagumm...
Quote tomet05 8-7-2014 01:44 PM
bagus lah yang baik dikenang
Quote mitnick 8-7-2014 02:05 PM
hmm.. baguslah...
Quote enchikfitz 8-7-2014 02:09 PM
Kak Pah mmg dikenali dgn sifat pemurah beliau.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminnn
Quote cantleyi 8-7-2014 02:11 PM
semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman
Quote magpie5672 8-7-2014 02:12 PM
Facelift ke botox ker... hanya arwah dan Allah yang tahu... seandainya arwah dah bertobat n diterima Allah, sudah2 lah menyebut yangg negatif... bahagian kita tak tau lagi mcm na...

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.046384 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top