ANA DAHLIA kelihatan sopan di sampung Ubaidullah, lelaki yang bakal menjadi suaminya. MASA semua orang asyik kecoh pasal Neelofa bertudung dan Felixia Yeap yang sudah memeluk Islam, Diva ada juga terbaca pasal Emma Maembong dan ratu dangdut Sheeda juga rasa tercaras sampai berniat nak pakai tudung. Berniat tu bagus, tapi benda-benda niat biar dalam hati dulu. Dah betul nak jadi, cakap dan bikin, baru kelas, macam Neelofa. Diva tak sabarlah kalau ada jemputan buka puasa yang ada Neelofa, nak tatap wajah comelnya puas-puas. Mana tahu, Diva boleh dapat inspirasi daripada Neelofa juga. Tapi, satu benda Diva nak cakap. Dalam diam-diam, rupa-rupanya ada seorang lagi artis perempuan popular yang baru bertudung. Kalau tak silap Diva, awal puasa juga dia bertudung, kalau tak cakap namanya rasanya ada juga dah tahu. Artis yang Diva maksudkan itu ialah Ana Dahlia. Ya, bekas menantu Cef Wan tu. Cerita pasal Ana bertudung ni datang daripada mulut sumber Diva yang tak kurang hebat becoknya. Katanya, dia terserempak dengan Ana dan jejaka kacak, Ubaidullah sedang berbuka di sebuah restoran Pavilion. Sumber Diva tadi pun sama-sama berbuka di situ. Katanya, manis sungguh rupa Ana bila bertudung. Tiba-tiba Diva teringat cerita seorang kawan, dia cakap, Ana sebenarnya dah nak kahwin tak lama lagi. Persiapan pun dah dibuat. Molek benarlah Ana pun dah bertudung, tak lama lagi, kita semua tengok Ana naik pelamin pula. Diva: Ada seorang minah yang perasan dah jadi selebriti, baru nak rasa bahang popular, banyak sangat publisiti mulalah menyombong.
|
achik2009 posted on 6-7-2014 06:39 AM
anadahlia2106 Every new day is another chance to be a better person than u were the day before ...
ADVERTISEMENT