Jantung Ibarat Terhenti, Hilang Akal! – Amy Search. Ini Luahan Hati Seorang Bapa.
Hati bapa mana yang tak tersentuh jika perihal anaknya seringkali menjadi isu. Begitu juga dengan Amy Search, meskipun berimej rock, perasaan seorang bapa itu masih tersemat kemas di dalam sanubarinya. Mungkin dek kerana terlalu lama memendam perasaannya, Amy baru-baru ini dilihat telah mengeluarkan kata-kata kesat di laman Instagram anaknya, Nabila Huda. “Pasal isu masuk Kristian dah buat jantung saya ibarat terhenti. Bila cakap pasal boyfriend pula, saya terus jadi hilang akal”. Itu adalah antara luahan hati Amy apabila ditemubual semalam mengenai kontroversi Nabila Huda.
Amukan Amy Search di laman Instagram Nabila Huda
Bagaimanapun, Amy memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah jika Nabila mahu bertemu dan duduk berbincang dengannya mengenai isu ini kelak. Nama Nourish pula turut terjebak sama dalam konflik Amy-Nabila Berkesempatan menemui isterinya, Nourish, kami pun terus bertanyakan adakah betul dakwaan sesetengah pihak mengatakan bahawa dia yang sebenarnya menulis komen dan status tersebut.
Bagi kami, soal perbalahan ini hanya boleh diselesaikan jika mereka bertemu muka, sembang daripada hati ke hati. |
anumqis posted on 3-7-2014 09:10 AM
asyik nak salahkan amy tak didik, bukan dia tak anta anak dia gi sekolah. bukan tak belajar subjek a ...
ADVERTISEMENT