CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Tiada Syarat Untuk Ambil Diana Danielle Berlakon

1-7-2014 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13242| Komen: 43

Diana Danielle


PETALING JAYA: Pelakon Diana Danielle tidak meletakkan sebarang syarat tertentu kepada mana-mana syarikat produksi yang ingin mengambilnya berlakon dalam filem terbitan mereka.

Diana, 24, berkata, biarpun lebih selektif terhadap watak yang ditawarkan kepadanya namun itu tidak bererti dia meletakkan syarat tertentu bagi menyesuaikan dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.

"Setakat ini saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat tertentu pada mana-mana produksi yang ingin saya membintangi filem terbitan mereka.

"Ini kerana sekiranya ia sesuatu peranan yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan status saya kini, saya akan tolak," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Diana berkata, dia dan suaminya, Farid Kamil tidak merancang untuk mengadakan parti hari jadi bagi menyambut ulang tahun pertama anak mereka iaitu Muhammad yang jatuh pada Rabu ini.

Kata Diana, selain menghormati bulan Ramadan dia tidak melihat sambutan itu suatu keperluan kerana Muhammad terlalu kecil untuk memahami majlis yang bakal diadakan untuknya.

"Saya dan Farid mungkin akan buat majlis kecil-kecilan bersama keluarga sahaja dan tidak akan mengadakan parti besar-besaran bagi meraikan Muhammad.

"Tunggulah dia besar sikit dan sudah boleh memahami perkara yang berlaku disekelilingnya, barulah seronok," katanya.

Dalam perkembangan lain, Diana berkata, sepanjang bulan Ramadan ini dia akan lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersamanya keluarga dan akan menghadkan aktiviti seni.

Bagaimanapun kata Diana, dia bakal muncul dengan sebuah filem televisyen berjudul Perempuan Lindungan Kaabah di Astro Mustika HD pada 12 Julai ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 1-7-2014 08:48 AM
erghhhh.....no komen...









Quote achik2009 1-7-2014 08:48 AM
DD tak nak letak syarat kpd produksi pasal pelakon lelaki tak bole pegang tangan dia kalo ambik gambar masa photoshoot utk tujuan promosi filem/drama ke?....
Quote skymania 1-7-2014 08:59 AM
pegang2 xleh..pakai baju tak cukup kain..boleh.. nmpk ketiak lgk..
Quote achik2009 1-7-2014 09:02 AM
skymania posted on 1-7-2014 08:59 AM
pegang2 xleh..pakai baju tak cukup kain..boleh.. nmpk ketiak lgk..

dia tak pe...asalkan jgn kacau hak dia katanya....hehe...
Quote little_sis 1-7-2014 09:18 AM
skrg kurus sgt.. td tgk gamba dia kawin, cantikkkk lg..
Quote bambimo 1-7-2014 09:20 AM
berapa banyak daa thread dia ni...huhuhuhu
Quote iman_aly 1-7-2014 09:24 AM
kurusnyeeee
Quote mitnick 1-7-2014 09:24 AM
kurus sgt DD
Quote enot_sibudak 1-7-2014 09:25 AM
farid xcukup bg makan...tu kurus....
Quote sokmogitu 1-7-2014 09:31 AM
achik2009 posted on 1-7-2014 08:48 AM
DD tak nak letak syarat kpd produksi pasal pelakon lelaki tak bole pegang tangan dia kalo ambik gamb ...

aku rasa DD bengang hari tu sebab ND pegang / remas tangan suami dia ketika TAYANGAN PERDANA PROMOSI FILEM.

aku faham situasi DD
1. tayangan perdana, tujuan datang utk tonton filem, tak perlu gimik bercinta sebab pelakon lelaki utama diketahui suami orang.
2. unless untuk fotoshoot majalah / poster filem, kadang-kadang bergambar mesra perlu
3. apa perlu ND pegang tangan FK ketika fotoshoot seolah2 seperti sedang bersanding?

Jadi dalam bab ni, aku rasa marah DD ada basisnya, tapi disalah sangka sebagai cemburu. Bukan pertama kali pun ND berlakon dgn FK, rasanya dah 4 filem. Jadi dalam hal ni ND dah over the limit.

situasi ND
1. DD tak perlu sound setepek kat IG, boleh call dia je dan tnya kenapa
2. ND mungkin perlu fikirkan gimik utk promosi filem dia, dan disokong oleh David Teoh dan bininya, Jane



Quote alieyrina 1-7-2014 09:39 AM
Cengkungnya ...pliss la...
Quote ninjago 1-7-2014 09:48 AM
nie nak promote diri ke apa nie..
Quote kucen_miang 1-7-2014 09:51 AM
achik2009 posted on 1-7-2014 09:02 AM
dia tak pe...asalkan jgn kacau hak dia katanya....hehe...

ouchhhhh


Quote fifie_olin 1-7-2014 09:53 AM
skymania posted on 1-7-2014 06:59 AM
pegang2 xleh..pakai baju tak cukup kain..boleh.. nmpk ketiak lgk..

xpe ketiak putih..sbb tu gigih tayang...x mcm org tu dh tau karat ..lg mau tunjuk...
Quote senahsanasini 1-7-2014 09:56 AM
Majlis harijadi xbuat sbb baby terlalu kicik utk memahaminya..

Tp anak kau bukan pandai ber -IG dgn twitter ke???

Le aku igt ank die ni baby genius sbb belom setahun dh pandai guna gadget..

Quote tomet05 1-7-2014 10:52 PM
kui3 .. abis la kena lahar kan
Quote solstice 1-7-2014 11:38 PM
Kau blakun ngan laki kau je lah dd
Tu pon kalau ada org nk tengok
Quote scrooby 2-7-2014 12:02 AM
Kurus sangat DD ni. Dah terover diet dah ni. Kalau berisi sikit lagi comel.
Quote khaira01 2-7-2014 12:14 AM
ok.no komen.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.074463 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top